Resepi saya ambil dari http://damiacyan.multiply.com/journal/item/316
Belum rasa lagi sebab hari ini puasa sunat. Insya allah malam nanti boleh cuba.


COLDSTanggal 11 Julai 2009 adalah hari istimewa untuk adik saya dan pasangannya kerana mereka telah pun selamat mengikat tali pertunangan. Rasa gembira, seronok dan penat pun ada. Majlis yang di adakan tidaklah sebesar mana cuma dengan kehadiran sanak saudara, majlis yang kecil menjadi meriah! Dua hantaran di atas itu ialah sumbangan saya untuk adik saya. Dengan tangan yang keras dan masih amatur, ku gagah juga meconteng-conteng apa yang patut. Nak bawa balik ke Penang pun sanggup tak letak di belakang, saya dudukkan dia di atas kerusi siap berhawa dingin lagi. Punya laa takut! Sebahagian lagi hantaran yang ada akan saya upload sedikit masa nanti bila ada peluang. Untuk makluman, gambar yg ke dua itu adalah KEK BUAH yang bersalut coklat ganache ya. Memang tak pernah dibuat orang. Hanya dari dapur Kacip sahaja..hahahaha..[ bak kata MamaFaMi]. Ku sahut juga cabaran mu itu..hikhikhik..
Sebelum meledaknya kes H1N1, kami sekeluarga gemar makan di luar pada waktu hujung minggu. Yang paling kerap kami pergi ialah Restoran Puteri di Sungai Penchala. Masakan yang dihidangkan secara buffet ini memang menyelerakan selain susun atur yang menarik. Dari pembuka selera, hidangan nasi dan aneka lauk-pauk hinggalah ke pencuci mulut, memang sedap! Antara makanan yang disediakan ialah lauk pauk kampung seperti siput sedut masak lemak, pucuk manis masak lemak, asam pedas, kari ikan, masakan ayam, dendeng daging, terung berlada, aneka pilihan ulam-ulaman yang dicicah dengan pelbagai pilihan sambal belacan, mee johor, soto, rojak buah dan banyak lagi.Assalamualaikum,
Terima kasih saya ucapkan kerana meluangkan masa untuk menjenguk ke laman dapur saya yang tidak seberapa ini. Sudi-sudikanlah untuk memberi sebarang ulasan, komen, idea mahupun kritikan membina untuk saya lebih memperbaiki lagi kekurangan yang ada. Dan selamat berkenalan buat kawan-kawan bloggers semua.