Showing posts with label Aneka Mee. Show all posts
Showing posts with label Aneka Mee. Show all posts

07 May 2009

Kue Tiaw Goreng Simple


Ini sahaja yang mampu. Hehehehe..
Harini malas sangat nak masak nasi beserta lauk pauknya. Itu sebab semalam lepas ambil Yusra dari sekolah agama, terus ke pasar malam Sunway. Memang nak masak kue tiaw pun untuk hari esok. Lagipun Bos tak ada, outstation lagi. Jadi tak perlu lah nak eksyen lebih-lebih kononnya teruk dok masak kat dapur. Muahahaha...
Resepi saya seperti biasa memang sentiasa simple saja. Tumbuk bawang merah dan bawang putih kemudian tumis sampai garing. Masukkan cili kering mesin [cili boh] dlm 3-4 sdb kemudian tumis sampai pecah minyak. Masuk air sedikit diikuti sotong, udang, fishball, fishcake dsb. Letak je apa yang korang ada dlm peti ais tu. Pastu sos tiram 3-4 sdb, sos tomato sket, garam dan gula. Mendidih, masukkan batang sayur sawi dulu sampai empuk baru masukkan daun sawi. Akhir, masukkan kue tiaw. Jika suka taugeh, masukkan sekali. Kacau sebati. Nak makan..tabur daun bawang, daun sup, bawang goreng ataupun cili potong. Kalau nak terlebih sudah, boleh aje semakkan kue tiaw tu dengan hirisan tauhu goreng dan tomato hiris.
Hehehe..makan time!

27 February 2009

Mee Goreng Chin Chai


Uishhh nama!! hahahaha...
sesaje je adjust spelling..cincai sebenornya..ahaks..
Mee goreng nie dah nama pun cincai kan..so cincai-cincai je cara nak masak pun..
even bahan pun cincai-cincai je saya taruk..wakaka..
Ketuk barang 2-3 ulas bawang merah dan bawang putih..lebih sket pun takpa..ketuk jgn lumat, agak-agak kasar gitu..pastu tumis laa..dah garing masukkan cili boh..kacau sampai pecah minyak dan wangi, tuang sos tiram dan sos tomato. Tambah air sket jika suka berkuah. Masukkan sotong, udang, daging dsb yang disukai dan sayur sawi. Perasakan dengan garam dan gula. Dah mendidih masukkan tauhu goreng yang dipotong dadu or ikut suka hati korang lah dan jugak mee. Kalau suka taugeh, masukkan skali. Gaul-gaul sekejap kasik mesra alam gitu..dahh siap! Nak cantik tabur ler bawang goreng, cili potong dan serba serbi daun sup/daun bawang.
Kalau dapat stok udang lagik best. Tapi ini kan mee chin chai..so patut-patut laa..hahaha..

21 November 2008

Bihun Singapore

Goreng bihun nie untuk breakfast. Meriah betoi dengan udangnya, sotongnya..hehehe..tapi yg kurenggg is tak dak plak sambal atau cili jeruk! Kalau takkk..hmmm...ekekeke..


09 October 2008

Mee Kari

Mee kari nie kita buat sebab nak jamu mak sedara yang datang dari Perlis. Tengah hari mak masak lauk pauk yang sedap gilerr..kita cuma sediakan rendang ayam pedas saja. Then petang tuu kita jamu ler dgn mee kari nie. Memandangkan mak tak makan ayam, terpaksalah ganti dengan ketam. Yang bestnya part nk kopek kerang. Yang nie kita wat sehari sebelum. Sambil kopek sambil masuk mulut..sambil kopek sambil masuk mulut..mmg hantu kerang btoi laa..ekeke..
Mak Jang bawak buah tangan dari sana apa lagik kalau bukan rebung masam dengan kuih sepit. Dapat je rebung masam tuu mak teruih buat gulai ikan..hehehe..


MEE KARI
Sumber : Internet, kemudian diolah mengikut citarasa sendiri

Bahan-bahan :-

Dikisar/
2 labu bawang putih [biasa saya guna 1 labu shj]

8 ulas bawang merah
4 tangkai serai
2 inci halia
cili mesin [jika suka]

2 sdb rempah kari daging + 2 sdb rempah ketam [cedok bumbun]
3 batang fish cake, dihiris
1 bungkus fishball, dibelah dua
1 peket tauhu kering, kerat jika besar
300 gm tulang ayam [nak guna rangka pun boleh]
beberapa ketul isi ayam [jika suka]
1 ekor ketam [takde pun takpa]
5 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
3 helai daun kari

Cara-cara :-
1.Panaskan minyak dan masukkan daun kari. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sehingga kekuningan. Satukan dua jenis rempah tadi kemudian bancuh dengan air. Tuang ke dalam periuk. Tudungkan periuk dan kacau-kacau selalu. Biar sehingga rempah masak dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan tulang, ayam dan juga air. Biarkan sehingga empuk.
3. Masukkan santan cair & ketam. Setelah mendidih masukkan santan pekat, garam, tauhu kering dan fishball. Biar mendidih dan tutup api.

Bahan Taburan :-
500 gm kerang, ambil isi sahaja
4 biji telur rebus

daun sup dan daun bawang
3 biji cili merah, dihiris
bawang goreng
taugeh yang dicelur


SAMBAL

Bahan-bahan :-
10 ulas bawang putih, ditumbuk halus
3 sudu besar cili giling/cili mesin
¾ cawan udang kering, direndam kemudian ditumbuk
sedikit minyak masak

Cara-cara :-
1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan cili giling.
2. Setelah cili garing masukkan udang kering yang telah ditumbuk halus & biarkan seketika. Biar sehingga cili betul-betul garing dan pecah minyak. Masukkan sesudu dua air jika perlu.

Cara menghidangan :-
Letak mee di dalam pinggan. Hias dengan taugeh celur, telur rebus, bawang goreng, daun bawang dan daun sup, cili potong dan kerang. Letak sambal jika suka lebih pedas. Tuang kuah dan sedia untuk dinikmati.

03 August 2008

Mee Kari