02 April 2008

Suji oh Suji


Memang jakun sket kalau yang melibatkan suji/semolina nie. Dulu-dulu memang tak sentuh lah kalau kuih-muih yang memang bahan utamanya ialah suji. Entah penyakit apa ntah tetiba angin tiup suruh jugak buat kek nie. So buat je lah. Bukan nak rugi pun. Memang tak rugi pun pasal memang sedap!! hehehe..
Thanks to Kak Mastura sebab kongsi resepi ni kat forum.

Blueberry Sugee Square

Bahan-bahan :-

A/
1 1/4 cwn tepung
2 sdt serbuk penaik
1 cwn suji
1/2 cwn gula kastor

B/
200 gm mentega, lembutkan pada suhu bilik
2 bj telur saiz A
2 sdt esen vanila

Raspberry atau Strawbery jem secukupnya

Cara-cara :-
1. Panaskan oven kepada suhu 170'C.
2. Ayak tepung dengan serbuk penaik.
3. Di dalam mangkuk, masukkan tepung yang sudah diayak bersama suji dan gula kastor.
4. Tuang masuk bahan B dan gaul dengan menggunakan whisker. Gaul hingga sebati.
5. Tuang separuh dari adunan tadi ke dalam loyang empat segi yang berukuran 8X8. Kemudian sudukan jem ke atas permukaan adunan tadi. Tidak perlu meratakannya. Campak-campak je jem tu.
6. Tuang baki adunan supaya menutupi keseluruhan jem.
7. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga permukaan atas kek masak.

Nota :-
Menurut kata Kak Mas, tekstur kek ini agak berderai. Jadi untuk nak melembapkan kek nie dan mengurangkan berderai bila dipotong, boleh masukkan 2 sdb susu atau pun tambahkan kuantiti telur.
Jika suka manis, boleh lebihkan jem.
Selamat Mencuba.

Sarapan Pagi

Harinie teringin sangat nak buat lempeng kelapa. Orang utara cakap lempeng nyoq! Sedap lempeng nie kalau cicah dgn gula ke, kari yang semalam atau 2-3 malam ke. Seriously..mmg best cicah dgn kari. Ni kira my all time favourite lah. Senang sangat nk buat lempeng nie. Lempeng nie juga boleh dimakan waktu sarapan atau minum petang.


Lempeng Kelapa

Bahan-bahan :-
2 cwn tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih
2 cwn air [tapi tak sampai pun, guna dlm 1 3/4 cwn ja]
2 sdt garam

Cara-cara :-
1. Di dalam bekas yang bersih, masukkan tepung gandum, kelapa parut dan garam.
2. Kemudian tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat konsistensi adunan yang betul. Adunan ini jangan terlampau pekat dan tak boleh terlalu cair.
3. Kacau adunan supaya tidak berketul-ketul dan sedia digunakan.
4. Lengserkan sedikit minyak ke dalam kuali/pan. Sendukkan adunan tadi ke dalam kuali dan leperkan dgn belakang senduk. Jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.
5. Alih-alihkan supaya masak kedua-dua belah bahagian. Angkat.