31 March 2008

Lepak @ Hartamas Square

Nasi ayam nie mmg sedap gilerrrrrrrr! sampaikan kita pun tumpang tak malu makan Yusra punya..hihihihi..dahtu lupa diri plak tuh! ishhhh..


Char Koew Teow nie hmmm..bolehlaaa..tak basah sgt dan tak berapa pedas..kita imagine yang kow-kow ala-ala power rangers nyerr..tapi takpa..rezeki jangan di tolak..bedal laa jugak..



Waffle with ice cream nie mmg best! waffle dia tebal dan soo sooooo yummy! shud try wey!

Jom Dessert!

This one is Yusra punya. Single scoop vanilla ice cream.

This one is mine, one slice of Chocolate Mud Cake. Im really..really..owhh..speechless! Masa nie tgh lepak-lepak dengan my doter kat Secret Recipe Gurney Plaza sesambil menunggu our lovely man utk pick up kitaorang yg penat sebab shopping tak hengat! hihihihi..

Irresistible Foods!

























Cream Puff



Cream puff nie projek eksperimen untuk tahun lepas punya. Masa tu ada makan-makan kat kindy Yusra. So kena test dulu lah jadi ke tidak. Nasib baik eksperimen menjadi.
Kena teknik betul, baru dapat yg lembut. Kalau tak, keras ler jawabnya.
Resepi cream puff ni banyak sangat sebenarnya. Tapi saya pilih yang memang ramai dah cuba dan menjadi. Resepi seperti di bawah.
Cream Puff
Bahan-bahan :-
250 gm air
100 gm marjerin
200 gm tepung gandum [saya guna tepung redrose]
6 biji telur
1/2 sdt esen vanila
Cara-cara :-
1. Masukkan mentega, air dan esen vanila ke dalam periuk. Panaskan di atas api sehingga mendidih. Tuang tepung dan kacau hingga sebati. Angkat.
2. Dengan menggunakan mixer, putar adunan hingga betul-betul sejuk dan barulah dimasukkan telur satu persatu dan kacau hingga adunan menjadi pekat.
3. Gunakan nozzle untuk membentuk puff.
4. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 200'C.
5. Setelah sejuk, belah dua puff tadi dan bolehlah dipaipkan inti di tengah-tengahnya.
Inti Kastad
Bahan-bahan :-
275 gm susu segar
75 ml krim putar
35 gm gula kastor
25 gm tepung kastad
10 gm tepung jagung
Cara-cara :-
1. Didihkan susu segar bersama dengan krim putar.
2. Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung kastad, tepung jagung dan gula.
3. Tuangkan susu tadi ke dalam tepung. Kacau sampai sebati.
4. Panaskan adunan di atas api sambil kacau dengan whisker. Gunakan api yang kecil dan perlahan dan teruskan mengacau sehingga adunan pekat.
5. Sejukkan sebelum dijadikan inti.
Instant Custard
Bahan-bahan :-
100 gm instant custard
200 gm air masak
sedikit whipping cream
Cara-cara :-
1. Kacau instant custard dengan air masak. Masukkan whipping cream sambil kacau. Sedia digunakan.
Nota :-
Boleh pilih sama ada untuk menggunakan kastad yang dimasak atau kastad segera untuk inti puff seperti resepi di atas yang disumbangkan oleh Chef Anuar. Inti untuk puff ini terpulang sebenarnya. Sekiranya anda sukakan inti jagung, boleh juga menggunakan jagung krim. Ada juga sekadar menggunakan kaya. Kalau musim durian, boleh jugak menggunakan kaya durian dsb. Terpulang kepada citarasa dan kreativiti anda.

Blueberry Cheese Tart