Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

25 July 2009

Roti & Roti

Gambar no 1 & 2 ialah Roti Nasi resepi daripada Onigiri.
Memang tabik lah sebab roti ni lembut sangat dan tak perlu nak gunakan sebarang bahan tambahan untuk melembutkan roti. Rasa yang sedap-sedap masin ala-ala roti benggali. Memang puas hati hari ini. Dah siap masukkan dalam bekas untuk di buat bekal dalam perjalanan nanti. Gambar terakhir pula ialah roti bun yang saya buat 2 hari lepas. Berbaki seketul sahaja. Resepi dari Roshayati.

17 July 2009

Roti Sandwich


Roti Sandwich ni saya guna resepi Chef Farid dari buku Langkah Demi Langkah.
ROTI SANDWICH

Bahan-bahan :-
500 gm tepung roti
25 gm gula kastor
10 gm garam
7 gm bread improver
10 gm yis kering
25 gm shortening
20 gm mentega
260 ml air

Cara-cara :-
1. Campur tepung, gula, garam dan bread improver. Gaul rata dengan tangan.
2. Masukkan yis dan gaul lagi dengan tangan.
3. Masukkan mentega dan shortening. Gaul sebati dengan tangan.
4. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli adunan sehingga menjadi doh lembut.
5. Bulatkan doh, bungkus dengan plastik dan rehatkan 20 minit pada suhu bilik sehingga kembang.
6. Tumbuk doh dengan tangan sehingga kempis untuk mengeluarkan udara.
7. Gulung ketat doh untuk mengeluarkan udara yang masih ada.
8. Masukkan doh di dalam acuan roti [berukuran 18 cm panjang, 12.7 cm lebar dan 11.5 cm tinggi] yang telah dilengser dengan mentega dan tutup. Rehatkan doh lebih kurang satu jam sehingga kembang dan memenuhi tiga suku acuan.
9. Bakar roti sehingga masak pada suhu 200'C lebih kurang 35 minit.

14 July 2009

Roti Bun Coklat

Roti Bun Coklat. Inti saya gunakan lebihan ganache.
Resepi saya ambil dari http://damiacyan.multiply.com/journal/item/316
Belum rasa lagi sebab hari ini puasa sunat. Insya allah malam nanti boleh cuba.

09 July 2009

Roti Bun Lagi



Ini projek roti kali ke 2. Masih menggunakan bentuk bun jugak. [sebab itu je yang pandai pun! Hahaha..] Tak letak topping, tak bentukkan dan tak letak inti sebab Yusra tak minat..dia nie bukan kaki roti sebenarnya. Tapi, disebabkan teringin nak merasa filling mangga yang saya beli dulu, maka saya cuba paipkan di atas roti. Itupun tak banyak, hanya 6 biji sahaja. Ada lagi sebiji tu saya selitkan inti serunding daging yang berzaman dok terperap dalam peti ais. Lepas dah bakar, saya cuba yang topping mangga tu, wallahhhhh weyy..sedapnya..rugi tak paip semua dan letak sebagai inti kat dalam. Hmmm..
Resepi roti kali ke dua nie saya gunakan resepi Roshayati dari RNet. Macam feedback yang lain-lain jugak, memang tidak mengecewakan. Sedap sungguh roti ni. Lain kali nak cuba pelbagaikan bentuk dan citarasa pula. Apa pun terima kasih yang tak terhingga kepada sifu saya MamaFaMi sebab sudi ajar saya dari mula sampai akhir dan bagi semangat untuk saya kayuh basikal laju-laju. Hehehe..

06 July 2009

Roti Bun



Projek roti semalam.
Pukul 12.00 tengah malam baru siap habis bakar. Dah membancuh pun lambat. Resepi roti bun ni dari Kak Nor Masri [FnR]. Asalnya ialah roti bun pandan. Roti ni tak ada inti pun sebab niat nak cicah dengan gulai ikan. Pagi tadi dah tinggal separuh sebab bos makan untuk bersahur manakala Yusra untuk bersarapan cicah milo. Abaikanlah bentuk tubuh yang ala-ala kura-kura takdak kepala tu yea..hihi..
Mencari acuan semalam, rembat yang ada depan mata saja. Maka, jadiklah rupa itu. Huhuhu..
Roti ni lembut. [Pass dahhhhhhh..kalau dak manjang kejung!] Hahaha...