08 July 2009

Ikan Kukus


Orang yang puasa nie macam orang mengandung kekdahnya. Nak makan itu lah, ini lah. Teringin katanya. Jadi semalam lepas jenguk Yusra kat sekolah, terus ke K4 beli barang. Ternampak pulak ikan jenahak yang sedang elok tak besar tak kecik. Dalam kepala tak ingat lain dah, kompem jadik ikan jenahak kukus! Bos request sup ikan mulanya, tapi saya cakap, sekali sekala nak merasa ikan kukus pulak kan..hikhikhik..[ehh! siapa yang puasa? dan siapa yang teringin sebenarnya ni??] Hahaha..
Ikan jenahak nie saya saya masak very simple dan ikut bahan yang ada di rumah sahaja. Apa pun terima kasih yang tak terhingga kepada forumer saya di FnR sebab bagi idea dan berkongsi resepi macam mana nak jadikan ikan kukus nie bertambah sedap. Katanya, kalau ada sour plum dan jeruk bawang putih, memang kompem jadik macam di kedai!
.
IKAN KUKUS SEMPOI
.
Bahan-bahan :-
1 ekor ikan jenahak, siakap atau merah
sedikit sos tiram
.
Bahan A/dimesin
5 ulas bawang putih
9 biji cili padi
sedikit air
.
halia sebesar ibu jari, dihiris halus
1 btg serai, dihiris halus
1 biji bawang besar, nk hiris boleh, nk baji pun boleh
10 ulas bawang putih, hiris
4 biji sour plum, basuh sket
2 biji limau nipis, diperah dan ambil jus shj
1 tangkai daun sup, kerat 3-4 bahagian
1/2 sdt garam
1 sdb gula secukupnya
sedikit air

Cara-cara :-
1. Panaskan kukusan.
2. Bentangkan aluminium foil. Tuang sedikit sos tiram ke tapak tangan dan lumur keseluruhan ikan. Biarkan seketika.
3. Kemudian, taburkan kesemua bahan-bahan yang di atas ke atas ikan.
4. Balut kemas-kemas aluminium foil tadi dan letak di dalam kukusan. Kukus selama 20-30 minit sehingga masak.