24 March 2009

Cerita dari Perth

Salam kengkawan,
saya dah balik pun dari bercuti..hehehe..
Saya ke Perth dari 18/3 hingga 22/3. Puehhh aihhhh..lamaaaa tak pi makan angin..Nanti saya update sket-sket cerita ceriti dari sana..

Hari Pertama :-
Bangun awal-awal pagi sebab flight pukul 9 lebih mcm tu. Terus pecut ke airport utk check in tiket dsb. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehingga lah ke bangunan satelit untuk perlepasan antarabangsa. Duduk lepak di Lounge sekejap sehingga waktu penerbangan diumumkan. Cukup time, bergerak ke pesawat untuk berlepas ke Perth. Yusra bawak air tin, kantoi! kesian dia..tak boleh bawak air laa..hehehe..tapi takpa..dalam kapal terbang boleh mintak kan..Dah masuk pesawat rasa lega sgt lepas tu rasa tak sabar pun ada jugak. Dah makan seme cukup apa lagik, tido laaaa..hahaha..penat nk tunggu sampai 5 jam! Bila dah sampai..rasa syukur sgt sebab sampai dengan selamatnya. Tapi still hati tak sedap sebab takut tak lepas di imigresen/kastam dsb. Ye lah kat tempat orang kan..masa kat kaunter situ dah terkantoi sebab silap isi borang tapi nasib baik lepas. Sebelum nak sampai ke tempat luggage kena hadap 2-3 orang depa..tanya mcm2 jugak..bawak apa, makanan apa..duit berapa byk?? etc..jawab je..pastu masa kat tempat nk amik beg dah nampak anjing dok hidu2 beg kitaorang..ini prosedur biasa kat sini..tapi so far alhamdulillah takdak apa laa..cuma sebab saya bawak instant kopi RADIX, kena pegi scan tempat lain..takpa..bukan salah pun..cuma bawak benda yg kategori makanan/minuman jekk..derang kan very strict bab2 nie..Lepas dah kuar dari lapangan terbang, rasa mcm nk menjerit sajaa..hahaha..

Untuk pengetahuan kengkawan, kami ke Perth nie langsung tak buat booking untuk hotel tau! Nie kira mcm ikut nasib laa..ada hotel kosong kami redah jer..wakaka..masa amik teksi kitaorang cakap nk ke Holiday Inn..dia pun bawak laa..dah sampai hotel..tanya itu ini..tup2 takdak bilik kosong! Kan?!! Padan muka?! Macam nak menangis dahh..pastu kami jalan kaki sepanjang jalan di bandar tuu sambil usung 2 beg besaq mencarik hotel kosong! Semua hotel penuh!! Kami dah tak kisah kalau dapat hotel takdak bintang pun takpa..sanggup nih!! Hari dah petang, perut pulak lapar..nak tak nak..my bos tinggalkan kami kejap kat Westworth Plaza dia kuar kejap nk cari hotel. Punah jugak..mmg tak ada. Hmmm.. At last kami disuruh keluar dari town dan cari sekitar Burswood. Alhamdulillah, nasib kami baik sebab ada hotel yang bilik kosong. Kami tinggal di Intercontinental Hotel. Kebetulan orang tuu cancel last minute. Lega dah satu bab! Bila dah sampai bilik, rehat sekejap saja kemudian terus keluar cari teksi sebab perut lapar sgt. Kebetulan kami dapat teksi yang pemandunya ialah orang Malaysia..baik orangnya nama Pali keturunan Singh. Dia bawak kami ke Northbridge untuk ke William's Street sebab kat sini byk restoran HALAL. Kami ke D' Malaysia. Restoran nie baru lagi dalam setahun. Owner restoran nie ialah pemilik rangkaian D' Tandoor yang ada sekitar Malaysia. Owner dia memang baik dan ramah. Kami kenal dia sebab rajin makan kat D' Tandoor Damansara. Makanan kat sini memang sedap tapi harga agak mahal jugak.


Hari Kedua :-
Hari kedua kami pusing-pusing sekitar bandar dulu untuk sarapan pagi. Kami ke Old Shanghai [Chinatown]. Kemudian masa dok jalan-jalan tu ternampak pula satu kedai Turki menjual pelbagai jenis kebab, pizza dsb. Masuk dan cuba tgk mcm mana. Tak sangka makanan kat sini semuanya sedapppp! Burger, pizza dan roti semuanya sedap! Kami sentiasa ulang tayang kat kedai nie beberapa hari. Hehehe..

Yang pasti, harga makanan kat Perth amat menakutkan lah! Hahaha. Kemudian ambil teksi untuk ke Perth Zoo. Seronok sakan Yusra dapat ke zoo sebab tak sabar nak tengok koala dan kangaroo. Yang paling kami terkejut beruk [sib baik takdak berukkk time tuu..hahaha] bila tengok buaya! memang terkejut sungguh sebab tak pernah tengok buaya sebesar alam mcm tu! Ngeri jugakk..bukannya apa, sebab terlampau besar dan panjang!

Lepas ke zoo, kami ke Bell Tower. Sungguh segar dan rilek di sini sebab udara yang nyaman dan sejuk jugakkk! Kami posing-posing sakan kat tepi jeti tuu sambil hirup udara segar. Lepas tu kami naik Eye Of Perth sambil tinjau pemandangan sekitarnya.

Kemudian ke London Hall untuk tengok bangunan yang cantik kat situ. Dalam bangunan nie terdiri daripada beberapa kedai cenderamata, kedai coklat, kedai emas dan pelbagai. Tapi harga agak mahal sket. Malam pula kami dinner kat D' Tandoor.


Hari Ketiga :-
Kami bangun pagi-pagi kemudian ambil teksi untuk ke Prestige Kebab House lagi. Lepas tu singgah ke stesen keretapi untuk ke Fremantle. Pengalaman yang sungguh mengujakan bagi kami anak beranak. Memang seronok! Tak sabar untuk sampai ke Fremantle kerana ini merupakan salah satu tempat yang WAJIB pergi kalau korang ke Perth. Bila dah sampai, terus jalan kaki ke E-Shed Market. Shopping time!! Hahaha..

Bila sampai sini, jangan lupa beli cenderamata sebab harga kat sini murah sket berbanding Perth. Derang cakap, seafood kat Fremantle yang paling best! Tapi kami tak sempat nk merasa pun sebab amik CAT bus nak pusing-pusing sekitar bandar. CAT bus nie free je. Korang boleh naik anytime dan turun kat mana-mana tempat yang korang suka. No charge at all. Bus nie berpusing sekitar bandar. Dan bus nie pulak terdiri dari 3 warna untuk 3 destinasi yang berlainan.

Hari Keempat :-
Hari keempat pulak kami anak beranak ke AQWA iaitu Akuarium macam Aquaria KLCC tu lerr. Kat sini keadaannya sama jugak mcm kat Aquaria KLCC cuma ikan dia pelik sket dan yang penting jaws dia lebih besar berbanding jaws Malaysia..hahaha..

Selepas pulang dari AQWA, kami ke King's Park. Tempat ini memang teramat menarik, cantik, bersih dan sejukkkkkkkk! Menggigil kami dibuatnya. Kenderaan yang lalu lalang kat sini pun pelik-pelik jugak. Limo derang teramatlah panjang. Limo atau kenderaan yang pelik-pelik nie kebiasaannya digunakan untuk bakal pengantin saja atau acara-acara besar. Berbalik cerita King's Park, kalau nak ke sini korang kena ada transport sendiri yea sbb kat sini susah nak dapat teksi unless korang booking awal-awal. Kami tak tahu pun hal ni so kami terpaksa berjalan jauh sket untuk dapatkan teksi. My bos dah hangin dah..huhuhu..sebab dia kesejukan! Kesiannn..



Hari Kelima :-
Hari terakhir kami di bumi Perth. Kami sepakat untuk ke Harbour Town sebab dengarnya kat sini barang murah dan selalu SALE! Bila sampai kat sini memang rambang mata jadiknya sebab memang tengah SALE!!! Ada satu kedai Royal Doulton pun SALE! Tapi my bos tegah awal-awal tak kasik beli apa pun sebab dia tak suka nk usung benda-benda fragile dan bagi dia itu perkara yang paling dia tak suka..dan itu pula perkara yang saya suka! uwarghhh..saya tak beli tapi pegang-pegang dan belek-belek set-set pinggan kat situ pun jadik lah. Dalam hati dah menangis dahh..uwarghhh..sadissss nya laki akuu!

Lepas Harbour Town, terus bergegas ke hotel untuk ambil beg dan bertolak ke airport. Sampai kat airport terus check in dan rehat kejap kat lounge. Hampeh lounge tak best! dah laa perut lapar..harap makan dalam flight laa nampaknya..hehehe..bila dah lepas seksa dan azab kat kaunter kastam dsb..masuk je dalam perut pesawat rasa lega giler! Dapat duduk dan nak rehat secukupnya. Lepas dah makan kenyang-kenyang, tidur laa rencananya..hehehe..

Dalam pukul 10.10 malam, kami pun selamat sampai di bumi Malaysia dengan selamatnya. Alhamdulillah. Syukur pada Allah dengan rezeki yang dia bagi kat kami anak beranak dapat bercuti dan makan angin kat Perth. Terima kasih yang tak terhingga buat my bos aka laki kuuu..hehehe..

17 March 2009

Nak cuti sekejap

Assalamualaikum,
Me and my family nak bercuti sekejap sempena cuti sekolah nie. Nanti dah balik saya update kemana kami sekeluarga bercuti ekk. Apa pun doakan semoga kami selamat pergi dan balik ya. Jumpa lagi. Oh ya, cerita dari dapur..sempat laa pulok buat mufin bluberi. Itupun guna yang premix sahaja. Bukan apa, nak kasik bekal utk anak buah bawak balik. Dia datang sini waktu cuti sekolah untuk temankan yusra bermain. Main sahaja hokayy!
Belajar??!! jangan harap laaa..hahaha..

13 March 2009

Cuti Sekolah Pun Bermula..

Arghhhhhhhhhhhhhh...sound mengeliat! eiii teruknya..hahahaha..
bila cuti sekolah dah mula, saya memang seronok sangat. Tak tahu kenapa yang seronok sangat! Hahaha..dulu takpa lah sebab ada maid. Kalau cuti jer, berduyun segala adik beradik, anak menakan terkam kat rumah. Tak kisah lah sebab ada maid. Nak masak, ada orang kupaskan bawang, basuhkan sayur, siangkan ikan, petikkan daun kari. Macam melampau kan! Hahaha..Sekarang sejak maid ku sudah balik Indon, rasa macam...err..err..rasa macammmm tak percaya saja!!!! huhuhu..semua kerja jadi HALAL sebab semua kerja dah jadi HAK MUTLAK saya! uwarghhhh...Penat tuu tak payah cakap lah. Bangun seawal pagi lagi dan mula buat kerja rumah. Sambil buat kerja, fikir nak masak apa, lepas buat kerja ni nak wat kerja apa pulak, pokok-pokok belakang tu siapa nak tengokkan..Hmmm..itulah kejadahnya kalau dari mula asyik harapkan orang lain. No!No goyang kaki anymore! Huhuhu..
Tapi takpa, bukannya tak biasa buat kerja rumah pun. Cuma letih tu biasalah. Semua surirumah pun macam tu jugak kan. Kalau larat, buat..kalau tak larat..tinggal jer..hihihi. Esok kan ada?! Ahaks. Saya nie sekarang nak tidur pun dah tak mimpi yang bagus-bagus. Selagi mata belum lelap, selagi itulah fikiran pun merewang dok pikir tentang kerja, kerja, kerja! Sekarang ni memang dah cukup syarat la. Sayalah tukang cuci, tukang sapu, tukang mop, tukang urut, tukang kebun, tukang bawak keta semuanya tukang tuu sayalah!


Apahal dok membebel ni ekk?? Bukan apa, saja nak melepaskan isi hati ini. Hahaha..Harap-harap cuti sekolah yang seminggu ini langsung tidak membebankan. Dan semoga cuti ini dan hari-hari yang mendatang, sentiasa diberi kudrat yang kuat, dijauhkan segala penyakit dan diberi hati yang kuat dan tabah. Tabah???!! hmm..cakap pasal tabah, teringat my bos yang pergi hospital hari ini untuk further check up dia. Harap-harap tiada apa-apa yang berlaku. Insya allah..

12 March 2009

Kailan Goreng Bercili

Hari-hari bayam saja. Sesekali nak jugak sayur lain. Hehehe..
Pergi pasar tadi terus capai 2 ikat sayur kailan. Dalam hati rasa tak sabar nak makan. Ye lah, sebab dah lama tak makan kailan goreng. Nak masak pun simple saja, tumbuk beberapa bawang merah dan bawang putih bersama-sama 3 biji cili merah. Kemudian tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Tuang sos tiram sket. Masukkan anak-anak udang kertas [orang panggil udang sayur] ke dalam kuali dan tumis lagi. Masukkan batang kailan terlebih dahulu kasik dia lembut dan sedikit air jika perlu. Akhir sekali baru masukkan daunnya yang dihiris-hiris lebar tu gaul sekejap dan perasakan dgn garam. Siap!

Resepi Orang Malas! ahaks

Masa nak penuhkan menu yang tak seberapa tu, teringat pula nak buat sambal ikan bilis dengan kacang ni. Lama tak makan lauk nie. Lauk nie macam snek la sebab boleh ratah mcm tu saja. Bila dah dapat lauk nie, lauk lain tuu sori ler..hehehe..Nak buat teramat la senang. Nama pun resepi malas kan..ahaks..Memula tu, gorengkan ikan bilis bersama-sama dengan kacang tanah sehingga masak. Ketepikan sebentar. Masukkan beberapa bawang merah, bawang putih, halia dan serai sebatang yg dihiris halus ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga lumat. Kemudian campurkan dengan cili mesin dalam 1-2 sdb. Gaul bahan ini dan tumis dengan minyak. Masukkan air sedikit ke dalam lesung batu tadi sambil dikocak-kocak sedikit dan tuang masuk ke dalam kuali. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng tadi. Tuang cuka makan [agak banyak juga], garam dan gula untuk balance kan rasa. Gaul sehingga semua sebati dan sampai kering. Siap!

09 March 2009

My Homemade Serabai

bancuhan yg diperam & sedia utk dimasak

serabai yang dah siap dibakar

kuah serabai yg terlebih gula merah..nampak mcm sos coklat pulak..hihi

siap! jemput makan..hehehe..

Akhirnya! Tercapai jugak hasrat nak buat serabai sendiri..Mcm nak menangis pun ada..hahahaha. Setelah diteliti beberapa resepi yang ada dalam simpanan, dalam internet, dari kawan-kawan dan sepupu, kemudian saya olah mengikut suka hati sendiri..wakaka. Maka terhasillah serabai ku ini..wahhhh..syokkk sgt! Resepinya ada di bawah ini, selamat mencuba!!

SERABAI

Bahan-bahan :-
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1 sdb gula
1/2 sdt garam
1/2 sdt yis segera
1 cwn air
1/2 cwn santan pekat

Cara-cara :-
1. Satukan tepung gandum dan tepung beras kemudian masukkan garam, gula dan air. Gaul sehingga sebati kemudian masukkan yis kering. Gaul lagi kemudian perap selama beberapa jam.
2. Setelah adunan diperap, keluarkan dan tuang santan. Kacau-kacau sedikit dan adunan sedia untuk digunakan.
3. Panaskan acuan serabai, oles sedikit minyak masak dan tuang sesenduk adunan kemudian tutup dengan tudung periuk. Biar sehingga berongga dan serabai masak, boleh diangkat.
4. Serabai sedia untuk dihidangkan.



Nota :-
Masa pertama kali buat, saya campurkan kanji di mana tepung beras itu saya asingkan 2 sdb kemudian di masak bersama dgn 1/2 cwn air. Kacau hingga likat kemudian dicampur pula dgn adunan tepung dan diperap. [Saya rujuk resepi ninoZ]
Untuk kedua kali pula [pagi tadi] saya sengaja tak masukkan kanji untuk nk lihat kesan serabai. Tapi tiada apa-apa tanda. Serabai jadi mcm biasa saja. Pendapat saya, kanji mungkin melembutkan serabai. Ini kerana, serabai yang saya buat kelmarin petang, masih lagi lembut sampai ke malam.

Salam Maulidur Rasul 1429H




Assalamualaikum
Kepada semua muslimin dan muslimat yang dikasihi sekelian,
Marilah kita sama-sama berdoa dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w di atas hari yang amat bermakna ini iaitu hari kelahiran baginda.

07 March 2009

Mufin Pisang Coklat Cip & Kismis



Saja nak habiskan pisang emas yang tinggal beberapa biji lagik. Resepi nie saya guna resepi Kim's Moist Muffin [basic]. Nak lebih umphh saya masukkan choc chip dlm 50 gm kendian tabur kismis sket pastu colek sedikit coklat emulco dengan tooth pick kendian lorek sket2 kat atas tuu..part lorek nie yusra memang excited! hahaha..

06 March 2009

Terbaru!


Haaaaa! ada lagik nie..tadik sempat ke MPH Subang Parade jalan sorang-sorang tak tahu nak buat apa..apa lagik ke MPH laa jawabnya sebab voucher RM17 ada lagik so ingat memang nak cari buku baru. Dulu dah cari buku Chef Anuar tapi masa tu dah habis stok katanya. Takpa, takpa..sabar..sabar..kebetulan harinie very single the mingle laa jawabnya..berejam jugaklah menenggek kat situ. Rasa mcm nak beli semua tapi patut-patutlaa kan..hahaha..kang balik satgi ada yang kena makan dek buku kot..wakakaka..
Buku Chef Anuar dah ada dalam genggaman..hmm..mcm tak pueh hati lagik nie..belek punya belek jumpa dengan buku terbaru Chef Sabri. Wahhh apa lagik..sambar laa nak tgk isi-isi dalamnya..hmm..puas hati jugak lah! Serba serbi maklumat ada dalam buku nie. Kalau nak tahu, kena laa beli sendiri yea. Beli cepat sebab ada diskaun sekarang..hikhikhik

Nasi Beriani Udang

sebesar tapak tangan saya
Baru sekarang sempat nak upload pic udang segar yang saya dapat tempoh hari. Yang ini udang yang last sekali. Dalam beg yang dah saya asing-asingkan tu ada laa satu bag dalam 10-12 ekor. So yang ini utk last kopek..saya bikin nasik beriani udang. Gambar nasik still dalam kamera tak sempat nak upload lagik. Nanti ada masa lapang insya allah saya akan letak.
Layan gambar udang dulu ekk..hehehe

Sambal Belacan Kuinin

My all time favourite!!
Kalau dapat buah kuinin masak ranum, memang inilah yang saya akan kerja kan..hehehe..
Sambal belacan nie nak buatnya mcm sambal belacan biasa saja cuma racik isi kuinin dan gaul sebati. Kalau dapat sambal belacan kuinin nie, gu pulak dgn ikan masin..perghhh...bertambah-tambah nasik boleh hadap..hikhikhik..

05 March 2009

My 'khazanah' my 'reta'

Buku-buku comel ni saya beli masa SALE!
Kedua-dua jilid nie isinya lebih kurang sama
Buku hasil kerja tangan sifu kita iaitu Kak Liza..hehehe
Koleksi Chef Celeb kita iaitu Pn. Norzailina
Yang nie pun boleh jugakkkk..tapi buatnya tidakk! hahaha
Buku-buku panduan untuk biskut
Sama jugak, panduan biskut dan dessert
Buku nie best! panduan cheesecake
Berbuka puasa di hotel di mana dia jadik tukang masaknya, sambil promote buku
Koleksi Alex Goh
Koleksi dari Asmah Laili
Dari rak buku saya
dari rak buku saya juga


Saya seorang penggemar akan buku-buku masakan. Boleh dikatakan kalau ke kedai buku, boleh ambil masa berjam-jam jugak untuk belek satu demi satu buku masakan yang ada. Itupun kalau ada masa dan si Yusra tak kacau daun lah! Kalau tak, dapat lalu depan rak sambil jeling-jeling pun jadik lahhhhh...hahaha..
Nak kata ke semua resepi dah dicuba itu tidak lah..cuma saya suka lihat resepi yang ada dan bandingkan dengan resepi yang lain. Jikalau cuba pun saya akan olah sedikit mengikut citarasa sendiri. Itu bab kalau rajin..kalau bab malas pulakk..jangan harap laaaaaa nak belek-belek buku tu semua..dok tersepok laa dalam laci tu seme! hikhikhik..Alih-alih kat internet jugak laaa saya godek! huhuhu..