22 May 2008

Puding Kek Gulung




Puding Kek Gulung
sumber : DianaA
::
Bahan-bahan :-
1 biji kek gulung [swiss roll]
30 gram agar-agar
1 tin susu cair
2 cawan gula
5 cawan air
2 biji telur, dipukul ringan [telur yg saya guna saiz A, jadi hanya guna 1 bj shj]
3 sdb tepung kastard, dibancuh dgn sedikit air
2 sdb mentega
1 tin buah koktail
secubit garam
1 sdt esen vanila
::
Cara-cara :-
1. Rendam agar-agar selama setengah jam.
2. Potong kek gulung. Susun di dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga serap. Ketepikan.
3. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula dan kacau hingga mendidih. Tapiskan dan masak semula di atas api.
4. Selepas itu masukkan susu cair, telur, tepung kastard dan mentega. Kacau hingga sebati dan kemudian masukkan esen vanilla.
5. Bila agak mendidih, masukkan buah koktail. Biarkan mendidih sedikit dan angkat.
6. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan sejuk dan kental barulah dihidangkan.
::
pstt..kita takde fruits cocktail plak tadik..so hentam guna buah laici semata-mata.

21 May 2008

B.B.Q



::
Kita lunch ini je tadikk..perut lapor sgt..pas dah bako nie tak jadik makan nasik le pulokk..kenyang! hehehe...

Ayam Barbekue
::
Bahan-bahan :-
4 keping dada ayam, bersihkan dan buang lemak
::
Bahan A/
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia, sebesari ibu jari
lengkuas, agak dlm 1 sdb
1 btg serai
::
Bahan B/
5 sdb sos BBQ
2 sdb madu
1 sdb mentega
2 sdb kicap manis
2 sdt serbuk kunyit
1/2 sdb lada hitam
1 sdt serbuk cili, boleh dikurangkan jika tidak suka pedas
garam
::
::
Cara-cara :-
1. Kisar bahan A hingga lumat. Tuang ke dalam sebuah bekas.
2. Campurkan ke semua bahan B dan gaul mesra dgn bahan A untuk dijadikan bahan perap.
3. Lumur bahan perap tadi bersama-sama ayam dan perap semalaman.
4. Keesokannya, bolehlah dibakar.
5. Hiaslah mengikut kreativiti anda.
::
::

Nota :-
Jika ada lebihan ayam tadi, bolehlah dicarik-carik ayam tadi dan dibuat sebagai bahan untuk sandwich. Susun daun salad, buah tomato hiris dsb. Resepi ini kurang pedas. Jika suka pedas, boleh di tambah serbuk cili ataupun menggunakan Hot Sauce BBQ yang boleh didapati di pasaraya.

18 May 2008

Jom Breakfast!










::
Yahuuuuuuuu...akhirnya balik jugak ke Penang! punyalah teringin nak makan nasik kandaq. Tapi gambaq nasi kandaq tadak laa pulok..kita letak menu breakfast saja. Lainkali kita letak makanan-makanan yg menjadi signature of Penang. Sekarang layan dulu gambar-gambar biasa nie aja sebab balik pun 2 malam saja, memang laaa tak puassssss. Minggu depan cuti sekolah bolehlah nak meronda sakan! hehehe...

16 May 2008

Selamat Hari Guru 2008


.::. gambor yang 2 keping kat atas tu ialah cupcakes yg belen-belen. So, dah nama pun belen kan, saya hentam je lah conteng. Bubuh je apa yg ada. Pi mai pun nk masuk mulut sendiri, hehehe .::.
::



::
::
Selamat Hari Guru!
Disebabkan hari guru punya pasal..saya dikerah untuk memberi sesuatu untuk dihadiahkan kepada cikgu cikgi kelas Nur Yusra. Dia cakap seme kengkawan dia kasik present kat cikgu..so dia pun taknak ketinggalan lerr..dia pun nak kasik jugakk..yg jadik mangsa aku ler!
Start je semalam pukul 9.30 mlm, terus bancuh dan bakor kek. Pagi tadik baru siap conteng dan pukul 9.30 pagi tuu terus hantar kat sekolah dia. Harap-harap cikgu suka laa yea. Mak budak baru belajo..ampun cikgu ekk..Resepi nie saya guna resepi butter cake yang disumbangkan oleh bebop.


Kek Butter
::
Bahan-bahan :-
::
A/
250 gm butter
200 gm gula
210 gm tepung gandum
1 sdt baking powder
::
B/
5 bj telur
::
::
Cara-cara :-
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar lagi selama 4-5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil. Tuang adunan ke dalam loyang 9 inci dan bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
::
::
Nota :-
Resepi ni basic je. Kalau nk wat kek marble pun boleh. Nak wat kek yg perisa strawberry ko, oren ko, coklat ko..lantak lah. Memang seswai sesangat. hihihi..

14 May 2008

Pistachio Cheesecake

::
::
---------------<>---------------
::
::
Saya nak kongsi satu resepi cheesecake yang saya dapat dari seorang kawan [kak sal] yang baik hati telah sudi berkongsi resepi ini suatu ketika dahulu. Pertama kali saya rasa kek cheese nie dari tangan Kak Sal ler masa tu kita ada small gath kat Penang. Pertama kali rasa pun memang dah taktau nk cakap apa..seriously..mmg sedap sgt! Lepas pada tu saya order sebijik dari Kak Sal untuk birthday Yusra [masa tu umur Yusra 3-4 tahun kot] if tak silap laa. Kendian saya kecek-kecek laa dgn tuan empunya badan..alhamdulillah, Kak Sal mmg baik hati. Jadi saya pulak nk kongsi dgn kawan-kawan seme resepi cheesecake nie.
[gambar yg kat atas tu ialah gambar lama-lama yg saya korek balik..mmg tak lawa..tapi jgn pandang pada gambar yea..kena buat dah rasa hasilnya]
::
::
Pistachio Cheesecake
[Thanks to Kak Sal]
::
Base/
110 gm butter
200 gm digestive biscuits [Mc Vites], dihancurkan
50 gm cornflakes
30 gm brown sugar
::
Cara-cara :-
1. Melt butter in a pan then add brown sugar followed by biscuits and cornflakes. Fry till dry.
2. Spread in the baking tray. Guna loyang bersaiz 9 inci. Tekan hingga padat.
::
::
60 gm white cooking chocolate, cairkan dgn kaedah double boil
1 1/2 tbs fresh milk
20 gm grounded pistachio
::
Cara-cara :-
1. Cairkan white cooking choc kemudian campurkan fresh milk. Gaulkan.
2. Tuang bahan campuran ini di atas base.
3. Spread grounded pistachio on top.
4. Keep in freezer for 1/2 hour.
::
::
Cheese Filling/
::
[sour cream]
300 gm whipping cream
1 1/2 tbs lemon juice
350 gm white cooking chocolate, potong kecil-kecil
45 gm melted butter
::
Cara-cara :-
1. Campurkan whipping cream dan lemon juice utk menghasilkan sour cream. Ketepikan.
2. Cairkan white cooking chocolate dgn kaedah double boil kemudian tambah butter diikuti sour cream tadi. Gaul semua bahan hingga sebati, ketepikan.
::
::
500 gm cream cheese
50 gm castor sugar + 20 gm tpg jagung [campur ke dua2 bhn ini di dlm sebuah mangkuk]
1 tsp vanilla essence
4 eggs size A, slightly beaten
::
120 gm blended pistachio
40 gm coarsely chopped pistachio
::
Cara-cara :-
1. Beat cream cheese at low speed till fluffy.
2. Mix castor sugar and cornflour and add into cream cheese follow by vanilla essence.
3. Then add eggs, one portion at a time [3 times].
4. Kemudian tuang bhn campuran sour cream tadi. Masukkan juga blended dan chopped pistachio kemudian gaul sebati.
5. Keluarkan base, tuang adunan ini di atas base.
6. Bake in a pre-heat oven at 140'C for 1 1/2 hour using water bath method.
7. Switch off oven. Leave cake inside the oven for 1/2 hour then pour away the water but still leave the cake inside the oven with door slightly open for another 6 hrs.
::
::
Toppings/
50 gm white cooking chocolate
40 gm grounded pistachio
::
Cara-cara :-
1. Double boil to melt the chocolate.
2. Spread on top of the cake and sprinkle pistachio.
3. Keep in the fridge for another 6 hours before serving.

13 May 2008

Jantung Pisang Masak Parpu


::
---------------<>---------------
::
Kita dah cantas jantung pisang belakang umah tadi. Teringat mak selalu masak parpu. Tiba-tiba kecur air liur la pulak.

::
::
Jantung Pisang Masak Parpu [kacang dhall]
::
Bahan-bahan :-
1 biji jantung pisang, direbus dan dihiris
::
1/2 cwn kacang dhall
1/2 sdt serbuk kari ikan
1 sdt udang kering
1 kotak santan
garam
1 sdt serbuk kunyit
::
Bahan tumis darat/
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1/2 sdt jintan manis
3 biji cili kering, dikerat-kerat
::
::
Cara-cara :-
1. Basuh dan bersihkan kacang dhall. Rebus kacang dhall bersama-sama serbuk kari ikan dan udang kering sehingga kacang dhall empuk. Masukkan serbuk kunyit.
2. Masukkan santan bersama-sama dgn air anggaran 2 cwn. Bila agak mendidih, masukkan jantung pisang dan garam. Jika kuah terlampau pekat, tuang air sedikit.
3. Untuk tumisan, panaskan minyak dan masukkan daun kari dan cili kering terlebih dahulu. Kacau-kacau sedikit dan masukkan bahan-bahan lain seperti bawang merah, bawang putih dan jintan manis. Tumis hingga garing dan kekuningan. Tutup api dan tuang masuk ke dalam periuk kuah parpu tadi. Kacau-kacau sedikit biar mesra dan bolehlah dihidangkan.

Kek Yogurt


::
---------------<>---------------
::
Kek nie pernah mengalami zaman kegemilangannya semasa di FNR dulu. Memang glamour habis lah kek nie. Ramai forumer dah mencuba kek nie. Bagi saya, dah banyak kali jugak buat. Tapi pernah jugak dalam sekali tu kek tak menjadi. Tapi semalam teringin sangat nak makan kek. Dah la baru nie buat kek Japanese Cotton Cheesecake tak jadik! memang la frust menonggenggg!cheese dah la mahallllll..! telur pulak sampai 6 bijik ko! Nak mengubat hati punya pasal, cuba jugaklah buat Kek Yogurt nie.
::
::
Kek Yogurt Blueberry
Sumber : Tenko
::
Bahan-bahannya :-
6 bj telur
2 cwn gula halus
250 gm mentega
2 1/2 cwn tepung, diayak
3/4 cwn yogurt blueberry
hirisan badam
secubit garam
1 sdt pes blueberry [jika ada]
::
Cara-cara :-
1. Asingkan kuning dan putih telur terlebih dahulu.
2. Pukul putih telur hingga betul-betul kembang [soft peak]. Ketepikan.
3. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu kemudian tambahkan pes blueberry dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan putih telur [yang dipukul sebentar tadi], yogurt & tepung berselang-seli [guna kaedah kaup balikkan]. Kacau sehingga semua sebati dan tambah garam. Gaul lagi.
5. Tuang ke dalam acuan. Taburkan hirisan badam dan bakar hingga masak selama lebih kurang 1 jam dgn suhu 180'C.
::
::
Nota :-
Menurut Tenko, resepi asalnya menggunakan tepung naik sendiri. Tetapi beliau hanya menggunakan tepung gandum biasa saja. Manakala saya pula menggunakan superfine flour dan untuk gula pula saya kurangkan sedikit. Resepi ini juga boleh menggunakan sebarang perisa yogurt yang anda gemari. Setakat ini, blueberry adalah yang paling sedap. Selamat Mencuba!

12 May 2008

Mama Dihargai..Thanks Abah!


::
---------------<>---------------
::
Dua hari sebelum Hari Ibu bos belikan kita 2 utas jam tangan. Kemudian kelmarin dia bawak kita pegi lunch kat Restoran Puteri yang di Jalan Penchala. Ramai jugak orang yang datang celebrate Hari Ibu. Kebanyakkan datang dengan membawa ibu masing-masing. Meriah jugak lah. Tak kurang jugak makanan yang disediakan. Memang sedap dan menarik sekali. Ada macam-macam juadah dari hidangan utama hinggalah ke pencuci mulut. Awal-awal lagi kita makan nasi dulu sebab lapar laa..hehe..lepas tu kita amik sikit-sikit mcm gambar di atas tu. Restoran nie hanya menyediakan buffet sahaja. Kak Rubiah dgn suaminya mmg peramah dan sentiasa melayan tetamu mereka dgn baik.

Selamat Hari Ibu Sedunia



Selamat Hari Ibu!!!!
Buat ibuku..terima kasih untuk segala-galanya. Dikaulah ratu hatiku.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau panjangkanlah umur ibubapa ku Ya Allah. Murahkanlah rezeki buat mereka dan berilah kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ampunkanlah segala dosa mereka sesungguhnya mereka adalah insan yang amat berharga buat diriku. Tanpa mereka aku tidak akan berada di duniaMu ini Ya Allah. Amin.

10 May 2008

Sesi Bunga-Bungaan



---------------<>---------------
::
Kita tak ada pokok bunga banyak-banyak. Yang ada sekarang pun yg gambar kat atas tu. Paling atas ialah pokok bunga melur cina [as told by ninoZ] dan bawahnya ialah pokok bunga melur.Minat nak menanam bunga tu ada cuma takut hayat pokok tu je tak panjang..hihihi..maklumlah, tuan tanahnya tangan keras! hehehe..

Sesi Bercucuk Tanam

:: pokok daun pandan kesayangan hamba!! ::
:: yg nie ialah spesis ulam-ulaman. Atas tu pokok salad dan bawah pucuk gajus ::

:: kenal tak? ini ialah pokok lemuni. Orang utara suka wat nasik guna daun nie. Untuk wanita lepas bersalin pun boleh makan wat ulam ::
:: pokok serai yang kadang-kadang mati pastu hidup semula! magic..magic! ::
:: hok nie pokok halia ::
:: pokok dan buah belimbing besi..sodap wat masak lomak neh ::

:: spesis pokok pisang yang tak bernama..hehehe ::
:: bersama-sama pengarang jantungnya..hikhik dan kat bawah plak anak pokok baru lepas bersalin tuhari ::
:: yg bawah nie ialah pokok bayam pastu pegaga pastu pokok kacang bendi pastu pokok daun pudina pastu pokok durian yg kita beli benihnya kat Pesta PP ::


<
:: pokok jambu air ::
:: pokok mempelam ::
:: pokok kari ::
:: pokok kari yg hampir rosak dimakan makhluk tak bertanggungjawab ::
:: inilah makhluk perosak yg tidak bertanggungjawab tuh!!!! ::