Sebelum meledaknya kes H1N1, kami sekeluarga gemar makan di luar pada waktu hujung minggu. Yang paling kerap kami pergi ialah Restoran Puteri di Sungai Penchala. Masakan yang dihidangkan secara buffet ini memang menyelerakan selain susun atur yang menarik. Dari pembuka selera, hidangan nasi dan aneka lauk-pauk hinggalah ke pencuci mulut, memang sedap! Antara makanan yang disediakan ialah lauk pauk kampung seperti siput sedut masak lemak, pucuk manis masak lemak, asam pedas, kari ikan, masakan ayam, dendeng daging, terung berlada, aneka pilihan ulam-ulaman yang dicicah dengan pelbagai pilihan sambal belacan, mee johor, soto, rojak buah dan banyak lagi.Manakala untuk pencuci mulut pula biasanya disediakan pelbagai kuih talam, kuah durian yg dimakan bersama pulut, sagu gula melaka, lompat tikam dan bermacam-macam lagi.
Memang sungguh mengenyangkan!
Bagi mereka yang belum mengunjungi restoran ini, bolehlah ajak saudara-mara atau sahabat handai untuk sama-sama menikmati hidangan yang disediakan. Anda tidak perlu risau kerana mereka mempunyai tempat yang luas dan selesa. Selamat Menjamu Selera!



