28 April 2008

Selamat Hari Lahir Sayang!


::
---------------<>---------------
::
Untuk permata hati mama..Selamat Hari Lahir yang ke 7 tahun. Semoga menjadi anak yang solehah dan beriman hendaknya. Mama selalu mendoakan yang terbaik buatmu. Kaulah segala-galanya buat mama!
" Relaku menunggu mu..seribu tahun lama lagi..tapi benarkah hidup aku kan selama ini..biar berputar utara selatan ku tak putus harapan sedia setia..."

Puding Pelangi




Puding nie memang dah glamour kat forum. Penyumbang resepi nie ialah Blackmore. Ramai forumer dah cuba puding nie. Saya sendiri pun dah banyak kali buat. Kenapa?? sebab memang tak rugi pun kalau buat puding nie. Rasanya lemak manis dan memang sedap. Sesuai juga kalau dibuat sebagai buah tangan untuk majlis pertunangan, majlis kecil-kecilan mcm cukur jambul, tahlil dsb.

Rainbow Pudding
::
Bahan-bahan :-
26 gm serbuk agar-agar
1350 ml air
450 gm gula pasir
130 gm mentega
8 bj telur saiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sdb tepung kastad
1 sdt esen vanila
2 sdb serbuk koko
pewarna merah dan kuning secukupnya

::
Cara-cara :-
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih. Ketepikan.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu cair dan tepung kastad dan kacau hingga adunan sebati. Kemudian tapiskan ke dalam adunan agar-agar sambil dikacau sehingga rata dan mendidih.
3. Masukkan mentega dan esen vanila, kacau lagi hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuh serbuk koko [dicampurkan dgn sedikit air] ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau. 2 mangkuk lagi masing-masing diletakkan dengan pewarna kuning dan merah.
5. Gunakan loyang berbentuk 4 segi saiz 9X9 ataupun loyang berbentuk jantung [seperti gambar di atas]. Merengkan loyang sedikit dgn menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras, tuangkan satu senduk adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula dgn satu senduk adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan habis.
6. Letakkan loyang kembali ke kedudukan asal kemudian masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan sebelum dipotong.

25 April 2008

Cok Udang

::
---------------<>---------------
::
Cucoq [cucur/jemput-jemput] nie ada banyak versi kan. Korang pun tentu ada macam-macam resepi untuk cucoq ni. Ada yang letak ikan bilis, udang, jagung dsb. Macam saya, suka letak jagung juga, pastu udang hidup [sesetengah panggil udang basah] bawang besar, cili mesin [instead of cili merah], daun kucai, jintan manis sket, garam, gula dan soda bikarbonat. Bak kata orang, bedal sajalah apa yang ada dlm peti ais tuh. Apa pun cucoq kat Chowrasta Market jugaklah yang paling best! ehhh takk..cucoq mak kita jugak yang paling best! wakaka..

Daging Goreng


Daging goreng nie very simple yang saya buat. Bahan pun tak banyak sangat. Just perap daging dengan garam, serbuk kunyit. Kemudian blend bawang merah, bawang putih dan halia dan tuang masuk ke dalam mangkuk perapan daging. Panaskan minyak dan masukkan daging kemudian masukkan 1 sdb serbuk rempah sup, sedikit serbuk jintan manis dan juga air. Dah empuk, perah sedikit jus asam jawa. Last sekali percik kicap. Hias dengan bawang besar yang dihiris gelang dan cili hijau.

Muffin Coklat Cip



---------------<>---------------

Tak perlu susah tak perlu risau. Kalau rasa teringin nak makan muffin, boleh cuba buat sendiri samada dari resepi-resepi sedia ada ataupun guna muffin mix mcm saya. Saya dah biasa dengan muffin mix nie so saya stick kepada yang ini saja. Bagi saya memang mudah untuk menyediakannya malah yang lebih penting ia sedap dan menjimatkan masa. Kepada sesiapa yang ingin mencuba muffin mix ini, boleh dapatkan di kedai menjual barang-barang bakeri [alamat seperti di bawah]. Bukan setakat muffin mix sahaja, malah macam-macam tepung segera anda boleh dapatkan juga di situ. Ada juga bahan-bahan yang harganya murah berbanding tempat lain.

::

My Choice Trading, 14 Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam,

Tel : 03 5510 4198

Makaroni Sup

:: yang ini takde ayam ::

:: yang ini ada ayam, dari lebihan tulang ayam saya carik-carikkan isinya ::

::
---------------<>---------------
::
Semalam saya buatkan makaroni sup untuk gathering Yusra n her friend..wahh..kalah mama! mama pun tak pernah attend mana2 gathering before..tapi di rumah saja. Lepak, main and do some homework..ada jugak order pizza utk derang, belikan donut dan buatkan muffin coklat.
Tapi untuk makaroni sup nie, saya guna basic resepi dari forumer LVgirl. Thanks LV. Berbaloi saya mencuba..the recipes was great! laju jer bebudak tu makan..
Tak ada exact resepi sebenarnya. Buat lebih kurang ja.

::
::
Makaroni Sup

::
Sup/
1 ketul rangka tulang ayam [boleh kerat beberapa bahagian]
air [bergantung]

::
Cara-cara :-
rebus rangka bersama-sama air sehingga mendidih. Renih dgn api yg perlahan. Ketepikan.

::
makaroni, direbus dan ditoskan
2 btg fishcake, dihiris
6 biji fishball, dipotong 4 setiap biji [kes fishball tak cukup, hehe]
semangkuk udang, dikupas dan tinggalkan ekor shj
sayur sawi, kerat
5 ulas bawang putih, diketuk
2" halia, dihiris
garam secukup rasa
2 kiub pati ayam
lada sulah
minyak bijan

::
::
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga kekuningan.
2. Tuang stok ayam tadi. Kuantiti terpulang samada mahukan banyak atau kurang. Bergantung kepada berapa orang nak makan.
3. Masukkan kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Setelah agak mendidih, masukkan segala fishball, fishcake dan udang. Jika anda mahukan lebih variety, boleh aje masukkan bahan-bahan suki lain mcm yg biasa kita makan steamboat tu. Lepas tu masukkan sayur-mayur.
4. Bila sup mendidih, percik minyak bijan.
5. Untuk menghidang, masukkan makaroni ke dlm mangkuk dan tuang sup. Hiaslah dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng mahupun cili jeruk. Selamat mencuba.


23 April 2008

Gulai Daging Dan Tulang


Gulai Daging/Tulang
::
Bahan-bahan :-
1/2 kg tulang lembu
1/2 kg daging lembu [nk campur perut dsb pun boleh]
::
A/dimayang
9 biji bawang merah [byk pun takpa]
2.5 inci halia
5 ulas bawang putih
::
B/bahan tumis
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
5 buah pelaga
4 lawang
5 cengkih
1 daun pandan, disimpul
::
C/digaul
3-4 sdb rempah daging [baba’s + alagappa’s] – kalau boleh, kalau tak, sejenis pun takpa
1-2 sdb cili mesin
1 mangkuk air, lebihkan jika perlu
::
3 biji ubi kentang, potong ikut suka [biasanya sebiji tu dibelah 4]
1 kotak santan [guna tak sampai sekotak pun]
1 keping asam gelugor
1 sdb kerisik [tak bubuh pun takpa, tak dosa..hehehe]
::
2 biji bawang besar,dipotong 4 setiap sebiji
::
::
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan B dan biar masak sedikit kemudian masukkan bahan A. Kacau sehingga bawang layu dan kuning garing.
2. Masukkan bahan C. Kacau sebentar dan tutup periuk. [Ambil masa sedikit kerana perlu pastikan rempah betul2 masak dan pecah minyak].
3. Setelah rempah masak, masukkan tulang dan air. Setelah tulang empuk, masukkan kentang dan daging. Kalau tak empuk dan kuah agak kering, tambah lagi air.
4. Setelah kesemua bahan2 empuk, masukkan kerisik dan santan. Sekiranya kuah agak pekat, masukkan air. Masukkan asam gelugor.
5. Perasakan dgn garam dan bahan penambah perisa [jika suka].
6. Biar kuah mendidih sebentar dan masukkan bawang besar yang telah dipotong. Bolehlah dihidangkan. Esoknya kalau ada lagi baki kuah, boleh wat cicah dgn roti. Memang lagi terangkat lah!
Nota :-
  • Ikut cara mak saya, dia perap rempah+bawang dan halia yg dikisar dengan daging/tulang terlebih dahulu.

Acar Nyonya



---------------<>---------------

Saya tak pernah cuba buat acar nyonya nie. Dulu masa arwah tok ada, arwah rajin buatkan tapi bukan nyonya style but more to malay style. Saya cuba buat acar nyonya nie setelah meredah 'rumah' en. mat gebu laaa. Disebabkan terpesona dgn acar beliau, saya pun apa lagik, terus cuba buat. Masya allah, memang sedap sungguh acar nie. Masa menumis bahan pun dah bau wangi inikan pulak nk makan. Timun tu saya rendam dengan air kapur sket supaya crunchy. Tapi saya tak de kacang tumbuk dan bijan so saya letak biji sawi. Pastu masa menumis plak saya letak daun kari sket. Dan bahan sayur yang direandam pulak saya tak toskan tapi saya ambil dengan sudu biar perasa tu ada sket2 kat sayur. Err..sorilah mat, saya olah resepi pulakk..ampun!
::
---------------<>---------------
::
::
ACAR NYONYA
::
Bahan Sayur :-
2 biji timun, kerat 4, buang empulur dan hiris macam batang mancis
1 batang lobak merah, kerat 4, hiris macam batang mancis
2 bii bawang besar, belah 8 setiap biji
2 biji cili merah, kerat dua, buang biji dan hiris memanjang
2 biji cili hijau, kerat dua, buang biji dan hiris memanjang
100 g bunga kubis, cuci dan potong kecil (tak letak sebab tak de)
::
Bahan Perisa :-
80 ml cuka makan
4 camca besar gula
2 camca teh garam
::
Bahan Kisar :-
3 biji buah keras
2 batang serai, dihiris halus
20 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
4 biji cili merah
1/2 cm hirisan lengkuas
1 inci kunyit hidup
::
Bahan Lain :-
60 g kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
20 g bijan, sangai hingga kuning keemasan
::
::
Cara membuatnya :-
1. Satukan semua bahan2 sayur dalam satu bekas, gaul rata.
2. Satukan bahan2 perisa, kacau hingga larut. Kemudian tuang ke dalam bahan2 sayur, gaul rata dan biar 30 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga garing, gunakan api sederhana. Angkat dan biarkan rempah betul2 sejuk.
4. Toskan sayur2an tadi, kemudian gaul bersama rempah hingga rata. Masukkan juga kacang tanah dan bijan, gaul hingga semua mesra dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam sebelum dihidangkan......Yum yum...jom makannn!!!!

Pulut Kuning


---------------<>---------------


Ini pun kelmarin punya projek gak. Mula tu cadang nak buat rendang, tapi fikir-fikir balik tulang daging ituhari ada lagik so buat gulai tulang pun ok jugak. So pulut nie kita makan/cicah dengan gulai tulang campo daging sket. Slurpp..


Pulut Kuning

Bahan-bahan :-
1 kg beras pulut, direndam dgn 2" kunyit hidup [blender dgn sedikit air]
kalau nk senang, letak serbuk kunyit pun aci jugak.hehehe..
dan juga beberapa keping asam gelugor. Rendam semalaman.


A/dicampur
3-4 cwn santan
sesudu gula
1-2 sdt garam.


Cara-cara :-
1. Basuh beras pulut kemudian rendam semalaman.
2. Letak dlm loyang atau bekas dan kukus lebih kurang 25 min.
3. Keluarkan dan tuang bahan A. Kacau dgn garfu supaya santan meresap dlm pulut.
4. Masukkan balik ke dalam pengukus dan kukus lagi sampai masak dan mcm berminyak sket. Boleh dikeluarkan dan dibentuk dan dihias mengikut kreativiti anda.
psstt..pulut saya kaler tak berapa cantik plak sebab lapik dengan daun pisang [mungkin jenis daun kot] so bila kukus daun tu terlekat kaler kat pulut. frusttttt....! tapi takpa, rasa langsung tak mengecewakan..hehehe..

Kek Marble

:: sedia untuk dibakar ::

:: kek marble setelah dipotong ::

:: potong-potong untuk simpan dlm bekas ::

---------------<>---------------

Kek marble nie sempena birthday my bos semalam. Mula nak deco dgn buttercream tapi krimwell takde lagi pulak dah petang so malas nk keluar beli jadiknya potong-potong makan mcm tu aje lah. Banyak kali dah buat kek marble nie. Resepi nie saya guna resepi sorang forumer nama hazeleaf. Kek nie dalam kategori kek butter. Tapi diolah supaya menjadi marble.
---------------<>---------------
Kek Marble
::
Bahan-bahan :-
250 gm mentega
220 gm castor sugar
6 biji telur saiz A
1 sdk esen vanila
300 gm tepung naik sendiri, diayak
1/2 cwn susu cair
::
Cara-cara :-
1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
3. Masukkan esen vanila dan susu cair dan pukul lagi.
4. Akhir sekali kaup balikkan tepung ke dalam adunan dan gaul sebati.
5. Bakar pada suhu 170'C selama 50 - 60 min atau sehingga masak. Sejukkan.
::
Nota :: Jika anda ingin membuat marble, bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan 2 sdb serbuk koko dan kacau. Jikan inginkan marble berwarna merah/pink, tuang setitik dua pewarna merah/pink dan juga 2 sdb perasa strawberry. Kacau sehingga warna sempurna dan sedia digunakan. Sendukkan bahagian plain [putih] dahulu baru diikuti bahagian yg berwarna. Buat sehingga selesai.

21 April 2008

Fillet Dory Masak Sambal Tumis


---------------<>---------------

Nasiib baik ler ikan nie datang dlm keadaan frozen..mmg alasan ler nk simpan dlm peti ais berkurun pun..hikhikhik..ikan nie saya beli dah lama..cuma tak der masa nk masak ikan nie. Ye lah, stok ikan fresh2 melambak-lambak dlm ice box tuh..so harinie rasa kesian plak kat ikan nie jadik saya bikin aje sambal tumis. Lagipun dory nie tak byk sgt..tinggal sepeket je..alahai..byk mana ler sgt..tapi takpa lah..at least dah selesai satu perkara yang tertangguh!
Ini pun berkat sorang forumer yg tempek gambor kat porem..dan menjadikan idea buat saya..ishh..saya lupa siapa nama dia..apa pun thanks ya..

19 April 2008

Aktiviti Dan Makan-Makan

Seronok jalan-jalan kat sini..tenang dan mendamaikan..bila tgk air sungai tu..rasa mcm nk terjun!hohoho...

Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang nak beriadah kat sini. Yusra tu dok tgk apa pun taktau lah..

Ikan-ikan nie dah kenyang kot. Kita bagi makan depa wat dekk plak..uihh..dah pandai demand naaaa...

Alahai..bayangkan kalau taman mcmnie ada kat rumah kita..alangkah seronoknya. Hari-hari dok bertapa kat situ pun sanggup!hikhik..

Yusra tengah bagi makan ikan. Ikan-ikan yang nie mmg lapar. Sekali letak je depa pakat2 mai makan. Geram juga tgk, nak tangkap boleh???

---------------<>---------------

Yang kat bawah nie pulak ialah beberapa makanan yang kami order di Restoran Just Thai. Yusra teringin nak makan udang yang balut dgn kulit popiah tuh. Sedapp..bukan datang ramai pun, kami anak beranak je. So kitaorang order pun pada-pada la.

1. Just Thai Appetiser Combo

2. Tom Yam Soup [Vege]


3. Crabmeat Fried Rice

---------------<>---------------

Gambar-gambar di atas tu ialah di 1 Utama. Saja bawak Yusra jalan-jalan bagi mengenangkan harini is hari utk gantung apron dan periuk belanga..hihihi...So, kitaorang pilih nak ke 1 Utama. Sebabnya ialah harini dah mula SALE!!!! ishh..cam berhantu betul perkataan tu. Tambah plak bila jalan je dok terpandang sign SALE merata-rata. Kalau yang 70% memang boleh wat terjojol laa jugak.hehehe..
Sebenarnya yang keluar harinie pun sebab nak beli beg sekolah baru utk Yusra. Beg sekolah yang lama tu dah rosak pun. Hmmm..sekolah baru je 4 bulan! beg dah rosak, kasut pun dah koyak! eiiiiii...nak kata ganas, tapi anak dara..camno tuh?
Living Quarter ada SALE takat 2 hari ja. Tengok pinggan yang dok terletak elok tu rasa mcm ishh..tak senang duduk pulak. Nak jugak pegi belek. Pegang pun jadiklah. Sedap punya belek, kopak jugaklah seratus lebih. Jalan dari old wing sampai ke new wing memang rasa nak tercabut kaki. Itupun Yusra tak nak balik lagik. Kita dah jadik tarzan dah pun, yang tinggal tak terlondeh baju jer. Ishhh...





17 April 2008

Lala Masak Cili



---------------<>---------------


Lala Masak Cili

Bahan-bahan :-
siput lala, anggaran 1 kilo kot [terlupa nk timbang plak tadi..hehehe]

A/dimesin
2 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia, sebesar ibu jari
1 biji buah tomato
3 biji cili merah
2 sdb cili mesin [kalau suka pedas, taruk laa lebih]

B/
3 sdb sos cili
3 sdb sos tomato
1 sdb sos tiram

1 btg serai, diketuk
1 biji telur, dipukul
garam dan gula
air
minyak utk menumis
daun sup atau daun ketumbar sebagai hiasan


---------------<>---------------

Cara-cara :-

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tuang bahan A. Masukkan serai. Tumis bahan ini sehingga pecah minyak. Tambah air jika perlu.
2. Masukkan bahan B dan kacau. Tambah air dalam 1 mangkuk [jika suka berkuah]. Biar mendidih dan bubuh garam dan gula. Nak sprinkle lada hitam sket pun ok.
3. Masukkan siput lala, kacau sedikit supaya sebati dengan kuah. Tudungkan kuali sebentar.
4. Apabila siput sudah terbukak, kacau sedikit dan tuang telur bagi rata-rata.
5. Biar sekejap dan balik-balikkan siput lala tadi kemudian tutup api dan taburlah daun sup sebagai hiasan. Siap dan boleh dihidangkan.

16 April 2008

L.A.K.S.A.M


---------------<>---------------
Memang sedapppppppp! tapi bukan dari my kitchen..ini dari kitchen orang lain.hehehe..
Bos belikan utk kita as breakfast..mmg sedap sgt! lama tak makan.
Jangan mimpi ler kalau saya nk buat..memang takkan buat punya!
Bukan soal renyah ke apa, tapi soal siapa yang akan habiskan nanti???!! hahahaha..
maklumlah, mamak Penang mana reti makan laksam nie seme!
sib baik lerr bini dia nie tolak batu dgn kayu..hikhikhik..
So jemput makan semua...

Kek Coklat

>> BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN <<
>> BAHAN [A] IAITU CAMPURAN SERBUK KOKO, AIR DAN GULA <<

>> CARA-CARA UNTUK MENGADUN BAHAN <<





>> KEK YANG TELAH PUN SIAP DIBAKAR DAN MENUNGGU MASA UNTUK PROSES TOPPING <<

>> TOPPING DAN HASILNYA <<

Resepi kek coklat nie saya dapat dari sepupu saya Zairulniza [eja]. Dia plak dapat resepi nie dari sorang kenalannya iaitu Pn Sabariah. Memang nak cuba resepi nie lama dah, cuma baru-baru nie saja baru teringat nk try. Sebelum nie asyik dok buat style kukus saja, sekarang nk try versi bakar pulak. Orang kata, versi bakar akan buat kek lebih lembap dari hari ke hari.

---------------<>---------------
Kek Coklat Lembap


Bahan-bahan :-


A/
1 cwn serbuk koko
1 cwn air
1 cwn gula


Cara-cara :-
1. Panaskan bahan-bahan ini sebentar sambil dikacau hingga likat. Sejuk dan ketepikan.



B/
230 gm mentega
230 gula
230 gm tepung naik sendiri
6 biji telur gred C [tapi saya guna 5 biji telur gred A]




Cara-cara :-
1. Putar mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati.
3. Akhir sekali tuang masuk bahan A [campuran koko]. Kacau sehingga sebati dan tuang ke dlm loyang dan bakar pada suhu 180'C selama 60 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan hiaslah mengikut kreativiti masing-masing.

Instead of Nasi


Sekali sekala makan pasta..kasik tuko selera pulak.
Ni pun request dari my Bos laa..dia puasa semalam..so tanak makan nasik..takut gomok kot?!
so takpelah..kita watkan dia makaroni goreng plus daun kucai..ehh..sedap tau letak kucai nie..
kita pun tak sangka..next time selalu nk taruk lah..
resepi nie kita agak-agak saja..
[thanks to kak noormasri]
---------------<>---------------
Makaroni Goreng
Bahan-bahan :-
makaroni, direbus sehingga empuk dan toskan
[saya agak dlm 2-3 cwn ada laa kot], nak guna pasta bentuk lain pun ok
2 biji bawang besar, didadukan
3 ulas bwg putih, dicincang
2 biji cili merah, dibuang biji dan dicincang
sepeket cendawan butang, direndam kemudian dihiris
3-4 sdb sos cili
3-4 sdb sos tomato
1 sdb sos tiram
1-2 sdb cili giling [ikut suka nk letak byk mana]
3 sdb kicap
1/2 sdt serbuk oregano [terpulang nk letak, tak letak pun takpa]
1 sdt lada hitam atau lada putih serbuk
udang [boleh juga kalau nk letak ayam, daging, sotong dsb]
daun kucai, dikerat lebih kurang 2inci [ganti sayur lain pun boleh]
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan kekuningan.
2. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak. Tambah air jika perlu.
3. Masukkan udang dan biar seketika.
4. Tuang sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Tambah air sedikit. Masukkan cendawan dan cili merah cincang.
5. Masukkan serbuk oregano dan serbuk lada putih/hitam.
6. Masukkan makaroni dan kacau hingga makaroni sebati dgn kuah. Perasakan dgn garam sket kalau kurang. Tapi biasa saya percik kicap ja utk ganti garam.
7. Last sekali masukkan daun kucai. Jangan biar lama sgt di atas api nnt kucai layu dan tak sedap. Pastu hiaslah ikut kreativiti anda. Biasa saya letak capsicum jugak dlm makaroni nie, tapi stok takde, tu pasal saya guna cili merah cincang.

14 April 2008

Pengat Keledek no idea!


Pengat nie pengat no idea saya panggil. Sebabnya tak terlintas langsung nak buat pengat ni. Ubi keledek dalam peti ais dah banyak kali keluar masuk keluar masuk. At last saya keluarkan juga dan letak di luar. Termenung lama juga nak buat apa. Saya rebuskan dulu. Still tak dapat jugak idea. Akhir sekali saya fikir buat pengatlah. Lagi senang dan cepat. Bila keledek setengah empuk, saya masukkan sagu. Kemudian rasa tak lengkap pulak. Lepas tu tengok ada jagung frozen. So masukkan jagung frozen. Gula jangan lupa. Last masukkan santan. Saya buh garam sket nak bagi lemak. Agak dah mendidih dan boleh tutup api, kerat 3 biji pisang berangan then taruk sekali dalam tu. Idea nak letak pisang nie dari my Bos lah! boleh tahan sedap jugak ekk..

Roti Jala



Roti Jala ini kalau nak buat kena tunggu ada kari ke atau buah durian ke baru laa jalan projek nie. Kalau saja-saja nak buat ntah bila lah. Ini pun kebetulan saya buat sebab ada majlis tahlil kat opis my Bos. Malam tu kita dah siapkan kari ayam esoknya dia cakap tak nak bawak sebab sikit sgt karinya. Dah tak bagitau awal-awal berapa orang nk makan, so kita buat sikit je laaa. So saya simpan kat umah je lah untuk makan anak beranak. Untuk tahlil kita buat kek gula hangus dan puding rainbow ja.
Untuk resepi roti jala nie ada macam-macam versi. Ada yang masuk santan ada yang tidak. Setakat nie saya dah cuba buat guna 2 resepi. Bagi saya resepi yang menggunakan santan lebih sedap dan rotinya lembut.
---------------<>---------------
Versi I :: Roti Jala
Bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cwn air
1 biji telur
2 sdb minyak masak
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Cara-cara :-
1. Campurkan garam, serbuk kunyit bersama tepung, kemudian masukkan air, telur dan minyak masak. Gaul dan tapis supaya adunan tidak berketul. Panaskan kuali leper, sapukan dgn daun pandan yg di celup minyak dan kirailah adunan tadi dgn acuan roti jala. Setelah masak, angkat dan gulung.
---------------<>---------------
Versi II :: Roti Jala
Bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum, di ayak
2 biji telur
2 cwn santan
1 1/2 cwn air
1/2 sdt garam
1/2 sdt serbuk kunyit
Cara-cara :-
Pukul telur sedikit kemudian campurkan santan, garam, air dan serbuk kunyit. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan tapis. Sedia digunakan.
Bancuhan roti jala ini seeloknya cair supaya senang untuk dikirai. Sekiranya jumlah air yang dinyatakan di atas perlu ditambah, tambahlah mengikut kesesuaian.
---------------<>---------------
Ini adalah tips dari ninoZ :
" Minyak utk grease roti jala - panaskan minyak masak yg dicampur dgn butter [ration 1:1] kemudian masukkan daun pandan banyak-banyak dalam minyak tu biar sorta bergoreng. Nanti minyak tu jadi harum berbau pandan. Dan kalau greasekan roti jala guna daun pandan ianya akan bertambah harum ".

04 April 2008

Bila Hari Jumaat..


.:: Udang goreng kunyit simple & sempoi ::.

.:: Nasi tomato dengan hirisan carrot ::.

.:: Ayam masak merah ::.

.:: Acar timun dan nenas ::.


Harinie rasa bersemangat nak masak mcm ala-ala Hari Raya plak. Sekali sekala nak makan nasi tomato berlaukkan ayam masak merah. Yelah, kami nie hari-hari asyik jamu ikannnnnnnn ja. Ikan pun sure boring tengok hari-hari nk ngadap tuan nieeeeeeeeeeeee jer...hehehehe..
So lepas subuh tadi terus kuarkan ayam dalam ice box. Sempat lagik nak bertenet. Sambil bertenet sambil tumis nasi tomato atas dapo! hehehe..ingatkan nk buat nasi dengan ayam ja tapi bila pikir-pikir balik cam kurengg plakk. Takpe lah, kluarkanlah apa yang ada kita kasik lebur seme..so jadik lah menu yang tak seberapa nie..
Ada Nasi Tomato dgn hirisan carrot dan kismis [psstt..trick utk Yusra yang cerewet sgt nak makan sayur], Udang Goreng Kunyit, Ayam Masak Merah dan Acar Timun Nenas. Done!