Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

13 July 2009

Hantaran










Inilah serba serbi hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki. Hiasan kotak dibuat oleh mak saya sendiri yang begitu kreatif, sudah lah kerja, balik kerja nak siapkan hantaran lagi. Memang tabik lah! Yang lain-lain tu adalah sumbangan daripada saudara mara dan sahabat yang rapat. Saya dan keluarga amat berpuas hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan yang sudi membantu dalam majlis ini. Kita jumpa di majlis kenduri nanti. Insya allah.

10 July 2009

Selamat Bertunang DASHA & IZAN



Tanggal 11 Julai 2009 adalah hari istimewa untuk adik saya dan pasangannya kerana mereka telah pun selamat mengikat tali pertunangan. Rasa gembira, seronok dan penat pun ada. Majlis yang di adakan tidaklah sebesar mana cuma dengan kehadiran sanak saudara, majlis yang kecil menjadi meriah! Dua hantaran di atas itu ialah sumbangan saya untuk adik saya. Dengan tangan yang keras dan masih amatur, ku gagah juga meconteng-conteng apa yang patut. Nak bawa balik ke Penang pun sanggup tak letak di belakang, saya dudukkan dia di atas kerusi siap berhawa dingin lagi. Punya laa takut! Sebahagian lagi hantaran yang ada akan saya upload sedikit masa nanti bila ada peluang. Untuk makluman, gambar yg ke dua itu adalah KEK BUAH yang bersalut coklat ganache ya. Memang tak pernah dibuat orang. Hanya dari dapur Kacip sahaja..hahahaha..[ bak kata MamaFaMi]. Ku sahut juga cabaran mu itu..hikhikhik..

28 June 2009

Makan-Makan Jalan-Jalan

Sebelum meledaknya kes H1N1, kami sekeluarga gemar makan di luar pada waktu hujung minggu. Yang paling kerap kami pergi ialah Restoran Puteri di Sungai Penchala. Masakan yang dihidangkan secara buffet ini memang menyelerakan selain susun atur yang menarik. Dari pembuka selera, hidangan nasi dan aneka lauk-pauk hinggalah ke pencuci mulut, memang sedap! Antara makanan yang disediakan ialah lauk pauk kampung seperti siput sedut masak lemak, pucuk manis masak lemak, asam pedas, kari ikan, masakan ayam, dendeng daging, terung berlada, aneka pilihan ulam-ulaman yang dicicah dengan pelbagai pilihan sambal belacan, mee johor, soto, rojak buah dan banyak lagi.

Manakala untuk pencuci mulut pula biasanya disediakan pelbagai kuih talam, kuah durian yg dimakan bersama pulut, sagu gula melaka, lompat tikam dan bermacam-macam lagi.
Memang sungguh mengenyangkan!








Selain itu juga, kami amat tertarik dengan beberapa bingkai gambar yang disusun atur di dinding restoran. Anda boleh melihat beberapa wajah seniman dan seniwati termasyur tanahair kita. Saya begitu terpegun melihat kecantikan dan ketampanan mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka yang telah pergi meninggalkan kita.







Selepas selesai menikmati juadah tengah hari, terus ke aktiviti yang seterusnya iaitu balik rumah dan tidur! Hehehe..
Bagi mereka yang belum mengunjungi restoran ini, bolehlah ajak saudara-mara atau sahabat handai untuk sama-sama menikmati hidangan yang disediakan. Anda tidak perlu risau kerana mereka mempunyai tempat yang luas dan selesa. Selamat Menjamu Selera!

08 June 2009

Happy Birthday Noor Putra & Abah

Rich Moist Chocolate Cake
Chocolate Cupcakes with Sport themes
Monkey Business
Cookies & Cream Milkshake
Salmon Steak Grill [mine]
Fish & Chips
Daily Fish With Black Pepper Sauce
Chicken Chop

Saya dan adik perempuan saya konon-konon nak buat suprise party untuk adik lelaki dan abah kami tapi macam tak jadi je suprisenya sebab masing-masing dah boleh bau..hehehe..tapi tak kisah lah..
Malam 7 Jun tu kami pakat ramai-ramai pergi celebrate di The Breeks Gurney Plaza. Makan sampai kenyang terlentang balik rumah. Hehehe..Kek dan cupcakes tu pulak kami order dengan Pn. Siti Hajar, tauke kek dan edible image yang femes area Utara.

27 April 2009

1/2 Hari di Penang

Hari Ahad kelmarin, kebetulan masih di Penang dan belum balik ke KL, saya ditemani adik saya Dasha, Nur Yusra dan Siti kami ke Taman Tun Sardon, Gelugor untuk sarapan di sana. Menjadi kebiasaan kalau turun Penang mesti sarapan di sana. Apa yang menarik?? Banyak!!! hehehe.. Kalau ke sini, saya wajib pesan serabai yang menjadi makanan kegemaran saya selain mee udang [gambar bawah], lontong, roti jala, roti bakar + telur 1/2 masak, kuih-muih melayu seperti ketupat palas, bengkang kacang dan macam-macam lagi.


Selepas makan pagi di Taman Tun Sardon, kami ambil kesempatan ronda-ronda sakan di sekitar Penang. Dari Glugor ke Tanjung Tokong kemudian patah balik ke Jalan Penang. Tiba-tiba kami terlihat ada ramai orang. Kami tertarik untuk melihat jadi kami pun mengambil keputusan untuk berhenti kereta. Rupa-rupanya ada Penang Charity Bazaar! Saya tidak berapa pasti sangat tentang bazar ini cuma apa yang saya dimaklumkan, bazar ini diadakan pada setiap hari Ahad terakhir dalam setiap bulan. Barang yang dipamerkan atau dijual amat menarik sekali. Dari cenderamata sehinggalah ke barangan antik. Memang menarik dan mengujakan. Kami mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk jalan-jalan di bazar berkenaan dan kami dihiburkan oleh sekumpulan penari Capoiera. Saya memang suka! Minat juga dengan Capoeira ini kerana pernah melihat filem yang mengetengahkan aksi Capoeira dengan diiringi muzik! Memang asyik..walaupun hujan, masing-masing tak berganjak sehingga selesai persembahan.






27 June 2008

Botanical Garden, Penang

Ini ialah gambar-gambar yang saya ambil semasa di Taman Botani, Pulau Pinang.
Lama tak pergi kat sini dan banyak jugak perubahan. Landskap mmg cantik.
Kalau korang singgah ke Pulau Pinang, jangan lupa pi Taman Botani.
Boleh rehat dan jogging.



Buah yang memang tak pernah tgk!


Rasa mcm jakun, teruja dan peghak seketika bila asyik tgk pokok bunga nie




Monyet-monyet yang jinak, tapi awas! jangan sesekali diberi makan..