Showing posts with label Aneka Pasta. Show all posts
Showing posts with label Aneka Pasta. Show all posts

17 June 2008

Pasta Salad

::
Fussili Salads With Honey Mustard Dressing
Bahan-bahan :-
300 gm pasta fussili [sepeket]
1 tin tuna in water
1 biji bawang besar
garam
2 sdb minyak masak / minyak zaitun
lada sulah / lada hitam kisar kasar
::
honey mustard dressing [resepi di bawah]
::
Honey Mustard Dressing
Bahan-bahan :-
60 ml mayonis [boleh ganti dgn fat free yogurt]
15 ml mustard
15 ml madu
8 ml jus lemon
::
Cara-cara :-
1. Pukul ke semua bahan-bahan di atas dan simpan di dalam peti sejuk.
2. Buat 2 atau 3 kali adunan baru cukup utk dituang ke atas pasta. Lebihan dressing boleh disimpan atau digunakan sebagai cicahan ayam panggang dsb.
3. Kalau nk lebih rasa manis, lebihkan madu dan jika nk rasa lebih tangy lebihkan mustard.
::
::
Cara-cara membuat salad :-
1. Rebus pasta di dalam sebuah periuk bersama-sama air, minyak dan sedikit garam. Rebus hingga empuk. Sejat dan ketepikan.
2. Tuang pasta tadi ke dlm sebuah bekas besar. Bubuh secubit dua garam dan lada sulah kemudian gaul sehingga mesra.
3. Hiris bawang besar dan masukkan ke dalam pasta.
4. Tuang isi ikan tuna ke dalam pasta tadi. Isi ikan sahaja, airnya dibuang. Kemudian curahkan honey mustard dressing dan gaul sehingga ke semua pasta tadi disaluti. Sejukkan dan keluarkan apabila hendak menghidang.
::
::
Nota :-
Salad yg saya buat ini amat ringkas kerana bahan-bahan begitu terhad dan susah nk dapat kat sini. Jadi saya bubuh apa yg ada. Kalau nk sedap, boleh pelbagaikan salad nie sama ada masukkan hirisan kobis ungu, buah tomato, timun dsb.

25 April 2008

Makaroni Sup

:: yang ini takde ayam ::

:: yang ini ada ayam, dari lebihan tulang ayam saya carik-carikkan isinya ::

::
---------------<>---------------
::
Semalam saya buatkan makaroni sup untuk gathering Yusra n her friend..wahh..kalah mama! mama pun tak pernah attend mana2 gathering before..tapi di rumah saja. Lepak, main and do some homework..ada jugak order pizza utk derang, belikan donut dan buatkan muffin coklat.
Tapi untuk makaroni sup nie, saya guna basic resepi dari forumer LVgirl. Thanks LV. Berbaloi saya mencuba..the recipes was great! laju jer bebudak tu makan..
Tak ada exact resepi sebenarnya. Buat lebih kurang ja.

::
::
Makaroni Sup

::
Sup/
1 ketul rangka tulang ayam [boleh kerat beberapa bahagian]
air [bergantung]

::
Cara-cara :-
rebus rangka bersama-sama air sehingga mendidih. Renih dgn api yg perlahan. Ketepikan.

::
makaroni, direbus dan ditoskan
2 btg fishcake, dihiris
6 biji fishball, dipotong 4 setiap biji [kes fishball tak cukup, hehe]
semangkuk udang, dikupas dan tinggalkan ekor shj
sayur sawi, kerat
5 ulas bawang putih, diketuk
2" halia, dihiris
garam secukup rasa
2 kiub pati ayam
lada sulah
minyak bijan

::
::
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga kekuningan.
2. Tuang stok ayam tadi. Kuantiti terpulang samada mahukan banyak atau kurang. Bergantung kepada berapa orang nak makan.
3. Masukkan kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Setelah agak mendidih, masukkan segala fishball, fishcake dan udang. Jika anda mahukan lebih variety, boleh aje masukkan bahan-bahan suki lain mcm yg biasa kita makan steamboat tu. Lepas tu masukkan sayur-mayur.
4. Bila sup mendidih, percik minyak bijan.
5. Untuk menghidang, masukkan makaroni ke dlm mangkuk dan tuang sup. Hiaslah dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng mahupun cili jeruk. Selamat mencuba.


16 April 2008

Instead of Nasi


Sekali sekala makan pasta..kasik tuko selera pulak.
Ni pun request dari my Bos laa..dia puasa semalam..so tanak makan nasik..takut gomok kot?!
so takpelah..kita watkan dia makaroni goreng plus daun kucai..ehh..sedap tau letak kucai nie..
kita pun tak sangka..next time selalu nk taruk lah..
resepi nie kita agak-agak saja..
[thanks to kak noormasri]
---------------<>---------------
Makaroni Goreng
Bahan-bahan :-
makaroni, direbus sehingga empuk dan toskan
[saya agak dlm 2-3 cwn ada laa kot], nak guna pasta bentuk lain pun ok
2 biji bawang besar, didadukan
3 ulas bwg putih, dicincang
2 biji cili merah, dibuang biji dan dicincang
sepeket cendawan butang, direndam kemudian dihiris
3-4 sdb sos cili
3-4 sdb sos tomato
1 sdb sos tiram
1-2 sdb cili giling [ikut suka nk letak byk mana]
3 sdb kicap
1/2 sdt serbuk oregano [terpulang nk letak, tak letak pun takpa]
1 sdt lada hitam atau lada putih serbuk
udang [boleh juga kalau nk letak ayam, daging, sotong dsb]
daun kucai, dikerat lebih kurang 2inci [ganti sayur lain pun boleh]
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan kekuningan.
2. Masukkan cili giling dan tumis hingga pecah minyak. Tambah air jika perlu.
3. Masukkan udang dan biar seketika.
4. Tuang sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Tambah air sedikit. Masukkan cendawan dan cili merah cincang.
5. Masukkan serbuk oregano dan serbuk lada putih/hitam.
6. Masukkan makaroni dan kacau hingga makaroni sebati dgn kuah. Perasakan dgn garam sket kalau kurang. Tapi biasa saya percik kicap ja utk ganti garam.
7. Last sekali masukkan daun kucai. Jangan biar lama sgt di atas api nnt kucai layu dan tak sedap. Pastu hiaslah ikut kreativiti anda. Biasa saya letak capsicum jugak dlm makaroni nie, tapi stok takde, tu pasal saya guna cili merah cincang.