24 March 2009

Cerita dari Perth

Salam kengkawan,
saya dah balik pun dari bercuti..hehehe..
Saya ke Perth dari 18/3 hingga 22/3. Puehhh aihhhh..lamaaaa tak pi makan angin..Nanti saya update sket-sket cerita ceriti dari sana..

Hari Pertama :-
Bangun awal-awal pagi sebab flight pukul 9 lebih mcm tu. Terus pecut ke airport utk check in tiket dsb. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehingga lah ke bangunan satelit untuk perlepasan antarabangsa. Duduk lepak di Lounge sekejap sehingga waktu penerbangan diumumkan. Cukup time, bergerak ke pesawat untuk berlepas ke Perth. Yusra bawak air tin, kantoi! kesian dia..tak boleh bawak air laa..hehehe..tapi takpa..dalam kapal terbang boleh mintak kan..Dah masuk pesawat rasa lega sgt lepas tu rasa tak sabar pun ada jugak. Dah makan seme cukup apa lagik, tido laaaa..hahaha..penat nk tunggu sampai 5 jam! Bila dah sampai..rasa syukur sgt sebab sampai dengan selamatnya. Tapi still hati tak sedap sebab takut tak lepas di imigresen/kastam dsb. Ye lah kat tempat orang kan..masa kat kaunter situ dah terkantoi sebab silap isi borang tapi nasib baik lepas. Sebelum nak sampai ke tempat luggage kena hadap 2-3 orang depa..tanya mcm2 jugak..bawak apa, makanan apa..duit berapa byk?? etc..jawab je..pastu masa kat tempat nk amik beg dah nampak anjing dok hidu2 beg kitaorang..ini prosedur biasa kat sini..tapi so far alhamdulillah takdak apa laa..cuma sebab saya bawak instant kopi RADIX, kena pegi scan tempat lain..takpa..bukan salah pun..cuma bawak benda yg kategori makanan/minuman jekk..derang kan very strict bab2 nie..Lepas dah kuar dari lapangan terbang, rasa mcm nk menjerit sajaa..hahaha..

Untuk pengetahuan kengkawan, kami ke Perth nie langsung tak buat booking untuk hotel tau! Nie kira mcm ikut nasib laa..ada hotel kosong kami redah jer..wakaka..masa amik teksi kitaorang cakap nk ke Holiday Inn..dia pun bawak laa..dah sampai hotel..tanya itu ini..tup2 takdak bilik kosong! Kan?!! Padan muka?! Macam nak menangis dahh..pastu kami jalan kaki sepanjang jalan di bandar tuu sambil usung 2 beg besaq mencarik hotel kosong! Semua hotel penuh!! Kami dah tak kisah kalau dapat hotel takdak bintang pun takpa..sanggup nih!! Hari dah petang, perut pulak lapar..nak tak nak..my bos tinggalkan kami kejap kat Westworth Plaza dia kuar kejap nk cari hotel. Punah jugak..mmg tak ada. Hmmm.. At last kami disuruh keluar dari town dan cari sekitar Burswood. Alhamdulillah, nasib kami baik sebab ada hotel yang bilik kosong. Kami tinggal di Intercontinental Hotel. Kebetulan orang tuu cancel last minute. Lega dah satu bab! Bila dah sampai bilik, rehat sekejap saja kemudian terus keluar cari teksi sebab perut lapar sgt. Kebetulan kami dapat teksi yang pemandunya ialah orang Malaysia..baik orangnya nama Pali keturunan Singh. Dia bawak kami ke Northbridge untuk ke William's Street sebab kat sini byk restoran HALAL. Kami ke D' Malaysia. Restoran nie baru lagi dalam setahun. Owner restoran nie ialah pemilik rangkaian D' Tandoor yang ada sekitar Malaysia. Owner dia memang baik dan ramah. Kami kenal dia sebab rajin makan kat D' Tandoor Damansara. Makanan kat sini memang sedap tapi harga agak mahal jugak.


Hari Kedua :-
Hari kedua kami pusing-pusing sekitar bandar dulu untuk sarapan pagi. Kami ke Old Shanghai [Chinatown]. Kemudian masa dok jalan-jalan tu ternampak pula satu kedai Turki menjual pelbagai jenis kebab, pizza dsb. Masuk dan cuba tgk mcm mana. Tak sangka makanan kat sini semuanya sedapppp! Burger, pizza dan roti semuanya sedap! Kami sentiasa ulang tayang kat kedai nie beberapa hari. Hehehe..

Yang pasti, harga makanan kat Perth amat menakutkan lah! Hahaha. Kemudian ambil teksi untuk ke Perth Zoo. Seronok sakan Yusra dapat ke zoo sebab tak sabar nak tengok koala dan kangaroo. Yang paling kami terkejut beruk [sib baik takdak berukkk time tuu..hahaha] bila tengok buaya! memang terkejut sungguh sebab tak pernah tengok buaya sebesar alam mcm tu! Ngeri jugakk..bukannya apa, sebab terlampau besar dan panjang!

Lepas ke zoo, kami ke Bell Tower. Sungguh segar dan rilek di sini sebab udara yang nyaman dan sejuk jugakkk! Kami posing-posing sakan kat tepi jeti tuu sambil hirup udara segar. Lepas tu kami naik Eye Of Perth sambil tinjau pemandangan sekitarnya.

Kemudian ke London Hall untuk tengok bangunan yang cantik kat situ. Dalam bangunan nie terdiri daripada beberapa kedai cenderamata, kedai coklat, kedai emas dan pelbagai. Tapi harga agak mahal sket. Malam pula kami dinner kat D' Tandoor.


Hari Ketiga :-
Kami bangun pagi-pagi kemudian ambil teksi untuk ke Prestige Kebab House lagi. Lepas tu singgah ke stesen keretapi untuk ke Fremantle. Pengalaman yang sungguh mengujakan bagi kami anak beranak. Memang seronok! Tak sabar untuk sampai ke Fremantle kerana ini merupakan salah satu tempat yang WAJIB pergi kalau korang ke Perth. Bila dah sampai, terus jalan kaki ke E-Shed Market. Shopping time!! Hahaha..

Bila sampai sini, jangan lupa beli cenderamata sebab harga kat sini murah sket berbanding Perth. Derang cakap, seafood kat Fremantle yang paling best! Tapi kami tak sempat nk merasa pun sebab amik CAT bus nak pusing-pusing sekitar bandar. CAT bus nie free je. Korang boleh naik anytime dan turun kat mana-mana tempat yang korang suka. No charge at all. Bus nie berpusing sekitar bandar. Dan bus nie pulak terdiri dari 3 warna untuk 3 destinasi yang berlainan.

Hari Keempat :-
Hari keempat pulak kami anak beranak ke AQWA iaitu Akuarium macam Aquaria KLCC tu lerr. Kat sini keadaannya sama jugak mcm kat Aquaria KLCC cuma ikan dia pelik sket dan yang penting jaws dia lebih besar berbanding jaws Malaysia..hahaha..

Selepas pulang dari AQWA, kami ke King's Park. Tempat ini memang teramat menarik, cantik, bersih dan sejukkkkkkkk! Menggigil kami dibuatnya. Kenderaan yang lalu lalang kat sini pun pelik-pelik jugak. Limo derang teramatlah panjang. Limo atau kenderaan yang pelik-pelik nie kebiasaannya digunakan untuk bakal pengantin saja atau acara-acara besar. Berbalik cerita King's Park, kalau nak ke sini korang kena ada transport sendiri yea sbb kat sini susah nak dapat teksi unless korang booking awal-awal. Kami tak tahu pun hal ni so kami terpaksa berjalan jauh sket untuk dapatkan teksi. My bos dah hangin dah..huhuhu..sebab dia kesejukan! Kesiannn..



Hari Kelima :-
Hari terakhir kami di bumi Perth. Kami sepakat untuk ke Harbour Town sebab dengarnya kat sini barang murah dan selalu SALE! Bila sampai kat sini memang rambang mata jadiknya sebab memang tengah SALE!!! Ada satu kedai Royal Doulton pun SALE! Tapi my bos tegah awal-awal tak kasik beli apa pun sebab dia tak suka nk usung benda-benda fragile dan bagi dia itu perkara yang paling dia tak suka..dan itu pula perkara yang saya suka! uwarghhh..saya tak beli tapi pegang-pegang dan belek-belek set-set pinggan kat situ pun jadik lah. Dalam hati dah menangis dahh..uwarghhh..sadissss nya laki akuu!

Lepas Harbour Town, terus bergegas ke hotel untuk ambil beg dan bertolak ke airport. Sampai kat airport terus check in dan rehat kejap kat lounge. Hampeh lounge tak best! dah laa perut lapar..harap makan dalam flight laa nampaknya..hehehe..bila dah lepas seksa dan azab kat kaunter kastam dsb..masuk je dalam perut pesawat rasa lega giler! Dapat duduk dan nak rehat secukupnya. Lepas dah makan kenyang-kenyang, tidur laa rencananya..hehehe..

Dalam pukul 10.10 malam, kami pun selamat sampai di bumi Malaysia dengan selamatnya. Alhamdulillah. Syukur pada Allah dengan rezeki yang dia bagi kat kami anak beranak dapat bercuti dan makan angin kat Perth. Terima kasih yang tak terhingga buat my bos aka laki kuuu..hehehe..