30 June 2008

Sago Gula Melaka

Buat kuih sago nie masa balik bercuti di umah mak. Ntah angin apa ntah teringin sangat nak makan. Banyak sgt sagonya sampai tapau bawak balik KL. Nak makan puas-puas!hehehe..baki air gula dan santan masih ada, kalau ada masa ingat nak buat cendol laa pulak. Insya allah..


27 June 2008

Botanical Garden, Penang

Ini ialah gambar-gambar yang saya ambil semasa di Taman Botani, Pulau Pinang.
Lama tak pergi kat sini dan banyak jugak perubahan. Landskap mmg cantik.
Kalau korang singgah ke Pulau Pinang, jangan lupa pi Taman Botani.
Boleh rehat dan jogging.



Buah yang memang tak pernah tgk!


Rasa mcm jakun, teruja dan peghak seketika bila asyik tgk pokok bunga nie




Monyet-monyet yang jinak, tapi awas! jangan sesekali diberi makan..


26 June 2008

Daging Masak Hitam

Daging Masak Hitam

Bahan-bahan :-
500 gm daging

A/digoreng dgn minyak
15 batang cili kering
1 sdt jintan manis biji
1 1/2 sdt jintan putih biji

B/
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
2 genggam bawang goreng
air

C/
3 tangkai daun kari
1 btg kulit kayu manis

1/2 cwn kicap pekat [boleh guna campuran kicap manis & masin]
4 sdb jus asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Setelah bahan-bahan A digoreng, tuang bahan2 ini [kecuali minyak] ke dalam blender diikuti bahan B. Blend kesemua bahan ini sampai halus.
2. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan C. Biar wangi seketika baru masukkan bahan yg diblender tadi.
3. Masukkan daging dan biar hingga mendidih dan daging empuk. Tambah air jika perlu.
4. Tuang kicap. Biar seketika sehingga air menjadi kurang, kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
5. Tuang jus asam jawa, Perasakan dgn garam dan gula. Apabila kesemua bahan telah sebati, bolehlah ditabur bawang besar sebagai hiasan. Siap.

Lompat Tikam

Punyalah teringin nak makan kuih lompat tikam nie.
Kira 1st time makan pun kat kedai Kak Rubiah yang di Taman Tun tu.
Pastu dok teringat laa pulok. Yusra pun suka makan.
Belek punya belek resepi dapat jugak akhirnya. Saya guna resepi Kak Liza.
Cuma kepala atas tu saya guna resepi dari blog paku pakis if tak silap sebab taknak dia tebal sgt.

Kuih Lompat Tikam
::
Bahan-bahan :-
::
Lapisan Hijau/
1 cawan tepung beras
1 sdb tepung jagung
3 cwn santan cair
1/2 cwn jus pandan + pewarna hijau
1 sdk air kapur
secubit garam
::
Cara-cara :-
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kuih supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.

Lapisan Putih/
1 1/2 cwn tepung beras
1 sdb tepung jagung
4 cwn santan pekat
1 sdk garam
::
Cara-cara :-
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kuih ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan di atas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan.
5. Bila dah sejuk potong kuih dan hidangkan dengan air gula merah.
::
Air Gula Merah
::

Bahan-bahan :-
1 cwn gula merah
1 cwn gula biasa
2 cwn air
1 helai daun pandan, simpulkan
::
Cara-cara :-
1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.

23 June 2008

Kek Coklat Kukus

Nie Kek Kukus Coklat Bebop.
Buat nie pun saja-saja nak makan.
Kempunan tak dapat makan Kek Prune punya pasal. hehehe..



KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan:
375 gm mentega
2 cwn gula halus
1 tin susu cair
4 biji telur, dipukul sebentar
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt esen vanilla

Cara-cara:
1.Cairkan butter dalam periuk. Kemudian masukkan susu cair, esen vanilla dan gula. Kacau perlahan sehingga gula hancur dan semua sebati. Tutup api dan biarkan adunan suam.
2.Masukkan telur ke dalam adunan dan gaul/pukul sedikit.
3.Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda. Tuang bahan-bahan kering ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul. [Boleh guna mixer untuk mengadun bahan]
4. Tuang ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit minyak dan kukus selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak. Untuk tidak membuat permukaan kek basah, balut tudung kukusan dgn kain supaya air tidak menitik.

Puding Jagung


::
PUDING JAGUNG
::
Bahan-bahan :-
20 gm agar-agar strips
4 1/2 cwn air
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
2 bj telur
1/2 cwn tepung kastard, dicampur dgn sedikit air, dikacau dan di tapis
secubit garam
1 cawan gula
1 sdt esen jagung
::
Cara-cara:-
1. Rendam agar-agar dgn air selama 1 jam. Kemudian masak agar-agar sehingga hancur.
2. Masukkan gula dan masak lagi sehingga gula hancur. Perlahankan api.
3. Di dalam mangkuk, pukul telur menggunakan garfu. Ketepikan.
4, Di dalam mangkuk lain pula, campurkan jagung krim, susu cair, garam, telur yang dipukul dan juga tepung kastad yang sudah ditapis. Gaul sehingga sebati kemudian di tuang ke dalam periuk agar-agar sambil dikacau. Tuang esen jagung.
5. Adunan ini perlu dikacau sentiasa sehingga pekat. Tutup api dan bolehlah di tuang ke dalam loyang dan biarkan sejuk dan mengeras barulah dipindahkan ke dalam peti ais.

19 June 2008

Dah Boleh Makan! Yahuuuu...



Punyalah dok risau buah pisang nie takut kena kebas dek orang belakang..sampaikan balik Penang 3 minggu pun tak senang duduk.hehehe..bila sampai KL je terus jejak kaki masuk laman belakang dulu! wakakaka..nie haa baru tadik kita amik. Dan sampai ke harinie saya masih taktau spesis pisang nie!! ishh..ishhh..

17 June 2008

Jalan-Jalan Di Nursery





Kuih Cha atau Jintan Berlian



Kuih nie kira kegemaran my whole family. My Abah bleh hadap kuih nie dia sorang je sampai abis! Ekceli bukan kuih yg kategori kuih muih tuu..nie something mcm kudapan laa..atau snack. Saya mencari resepi nie berkurun jugaklaa..nasib baik ninoZ yang baik hati ada resepi nie. Rasa mcm syukur sgt. Thanks a lot dear!! muahsss...hehehe..
Dolu-dolu my mom rajin wat kuih nie..tapi bila dah lama tak buat, dia jadik lupa terus bahan2. Itu pasal ler mencarik balik. Dah buat masuk nie 2 kali dah. Dua-dua kali jadik! Alhamdulillah.

Pasta Salad

::
Fussili Salads With Honey Mustard Dressing
Bahan-bahan :-
300 gm pasta fussili [sepeket]
1 tin tuna in water
1 biji bawang besar
garam
2 sdb minyak masak / minyak zaitun
lada sulah / lada hitam kisar kasar
::
honey mustard dressing [resepi di bawah]
::
Honey Mustard Dressing
Bahan-bahan :-
60 ml mayonis [boleh ganti dgn fat free yogurt]
15 ml mustard
15 ml madu
8 ml jus lemon
::
Cara-cara :-
1. Pukul ke semua bahan-bahan di atas dan simpan di dalam peti sejuk.
2. Buat 2 atau 3 kali adunan baru cukup utk dituang ke atas pasta. Lebihan dressing boleh disimpan atau digunakan sebagai cicahan ayam panggang dsb.
3. Kalau nk lebih rasa manis, lebihkan madu dan jika nk rasa lebih tangy lebihkan mustard.
::
::
Cara-cara membuat salad :-
1. Rebus pasta di dalam sebuah periuk bersama-sama air, minyak dan sedikit garam. Rebus hingga empuk. Sejat dan ketepikan.
2. Tuang pasta tadi ke dlm sebuah bekas besar. Bubuh secubit dua garam dan lada sulah kemudian gaul sehingga mesra.
3. Hiris bawang besar dan masukkan ke dalam pasta.
4. Tuang isi ikan tuna ke dalam pasta tadi. Isi ikan sahaja, airnya dibuang. Kemudian curahkan honey mustard dressing dan gaul sehingga ke semua pasta tadi disaluti. Sejukkan dan keluarkan apabila hendak menghidang.
::
::
Nota :-
Salad yg saya buat ini amat ringkas kerana bahan-bahan begitu terhad dan susah nk dapat kat sini. Jadi saya bubuh apa yg ada. Kalau nk sedap, boleh pelbagaikan salad nie sama ada masukkan hirisan kobis ungu, buah tomato, timun dsb.

Makan-makan 3 in 1

Ahad lepas kitaorang pegi umah Mak Chaq di Bukit Mertajam. Ada kenduri 3 in 1. Pertama birthday, kedua ulangtahun perkahwinan dan ketiga sambutan hari bapa.
Tuan umah masak nasi daging, daging masak hitam, udang goreng, ayam masak merah, bihun goreng dan beberapa jenis pencuci mulut.
Tak ketinggalan karipap spesel! pastu kita bawak kek prune dgn puding rainbow.
::
Kek Prune Kukus
sumber : RN
::
Bahan-bahan :-
250 gm butter
2 cwn tepung naik sendiri
1 cwn gula
3 sdb susu pekat manis
20 biji prune, cincang dan blend dgn sedikit air [blend setakat boleh sj]
5 biji prune, di hiris kasar
5 biji telur
::
::
Cara-cara :-
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putar butter, gula dan susu pekat manis sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
4. Masukkan prune yg telah dikisar.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar lagi.
6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai.
7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam. Boleh juga disusun beberapa biji prune di atas adunan sebelum di kukus supaya cantik.
::
Nota :-
Seeloknya guna prune jenama SunSweet.

09 June 2008

Happy Birthday Putra & Abah!

Selamat Hari Jadi buat Noor Putra [8 Jun] dan Abah [14 Jun]. Buat makan-makan kat umah mak di Kepala Batas untuk meraikan kedua-dua birthday boy and men..hehehe.
Penat masak dari pagi sampai ke petang. Yang takde dlm gambar ialah laksa. Semua dalam gambar di bawah tu masak sendiri ramai-ramai kecuali kek choc mousse ja terpaksa beli kat kedai sebab tak cukup masa.

yg kecik tu tukang menyebok ja..Acu nk potong kek pun tak senang!

kek mousse chocolate..sedap jugak..

bbq nie mcm dah wajib plak! yg nampak kaki tu kira abaikan lah ekk..
tukang nyebok gak..

puding rainbow..dah potong-potong


muffin bluberry..

kek coklat lembap

roti jala [thanks to siti sebab tolong kak ila menyorai..hehe]

bihun goreng

06 June 2008

Piknik dan BBQ

Pada 1 Jun 2008 hari Ahad, kami telah sepakat dengan adik beradik yang lain untuk buat piknik dan bbq di Batu Feringghi, Pulau Pinang. Memang seronok sgt sebab semua yang dirancang berjalan dengan sempurna dgn izin Allah hendaknya.
Jadi pada petang Ahad tu, keluarga kami yang sampai dulu untuk spot tempat yang seswai. Petang tu dalam pukul 3 cuaca masih panas terik jadi kami berteduh di bawah pokok ketapang. Agak jauh sedikit dari kereta. Dah bawa barang2 keperluan, kami mula pasang api untuk acara bbq. Tak sampai sejam, keluarga Mama datang dgn anak-anak dan menantu yang bawak segala mcm jenis bahan bbq seperti ikan siakap, ikan pari, ikan kembong dan ayam. Tak lupa juga jajan utk budak-budak dan kelengkapan lain.
Lepas tu keluarga Pak Wahab, Mariah dan bisan Pak Wahab iaitu Pak Bakar dtg dgn anak-anak. Yang seronoknya, semua bukan datang dgn tangan kosong! Ada yang bawa nasik beriani dan lauk pauk, rojak buah dan macam-macam lah.






Yang di bawah ialah makanan yang di bawa oleh kami sekeluarga. Dalam gambar bawah nie seperti fussili salads dgn honey mustard, gulai ikan kering dan beberapa jenis bahan bbq. Yang tak ada dlm gambar is nasi putih, bihun dan muffin strawberry.




Yang di bawah nie makanan sumbangan dari keluarga Pak Wahab dan anak-anak. Sebenarnya ada banyak, tapi tak sempat nk amik mcm ikan bakar, jajan, rojak buah, bihun goreng dsb. Keluarga dari bisan Pak Wahab pulak bawak nasi beriani dengan lauk pauk. Hidangan di bawah nie ialah air asam, baked potato dan nasi goreng.