03 July 2008

Udang Goreng Ala Thai


Resepi udang ini amat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan pun tak banyak. Yusra syok meratah udang nie sampaikan nasi dalam pinggan pun tak habis. Bila pening kepala fikir nak masak apa, bolehlah mencuba resepi yg ringkas ini.


Udang Goreng Ala Thai

Bahan-bahan :-
1/2 kg udang sederhana besar, dikupas kulit & tinggalkan ekor shj
2 sdb tepung jagung

Bahan A/
1 ulas bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
3 batang serai, diketuk
7 biji cili padi, diketuk sedikit

3 helai daun limau purut

3-4 sdb sos cili Thai
garam secukup rasa

Cara- cara :-
1. Lumurkan udang dgn tepung jagung kemudian digoreng dgn minyak yang banyak dan ketepikan sebentar.

2. Tuang lebihan minyak tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Masukkan bahan A dan tumis perlahan-lahan. Bila bawang bertukar warna kekuningan, masukkan udang. Kacau sebati.

3. Tuang sos cili Thai dan sedikit garam kemudian digaul lagi. Masak lebih kurang 5 minit dan bolehlah dihidangkan. [Jika inginkan sedikit berkuah, boleh ditambah air semasa menumis. Dan saya tidak masukkan garam langsung ke dalam masakan ini kerana sos cili tu dah cukup lengkap].

Sayur Madu 3

Ada bayam, cendawan dan tauhu. Sebab tu saya panggil sayur madu 3! Senang keje sebab tak yah tumis. Rebus naik je semua bahan. Didihkan air dulu kemudian masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan udang kering yang dah direndam. Masukkan batang bayam dulu nak kasi lembut. Lepas tu baru masukkan cendawan dan last sekali tauhu. Jangan lupa garam dan sedikit lada hitam. Untuk hiasan, letak je hirisan cili merah. Siap!

Triffles

Memang teringin nak wat triffle nie lagik sebab yg lama dulu tu tak berapa menjadi sebab berair sgt. Yang nie kira pass laa..ekeke..

Triffle
sumber : ninoZ

Bahan-bahan :-
1 bungkus kek swiss roll atau kek lapis
[tapi saya suka guna kek coklat dan dipotong 4 segi, mcm dlm pic]
sedikit jem strawberry, terpulang
1 tin fruits cocktail
1 peket jeli segera sebarang perisa
[yg dlm gambar tu guna perisa mangga]

Bahan Kastad/
3 sdb tepung kastad
500 ml susu segar
3 sdb gula
1 sdt esen vanila

Cara-cara :-
1. Potong kek swiss roll/kek lapis. Potong jangan terlalu tebal. Susun kek dalam bekas kaca supaya boleh nampak lapisan demi lapisan. Bancuh sedikit jem strawberry dgn air panas dan sapu/calit ke atas kek. Guna berus la kalau malas. hihihi..
2. Jiruskan sedikit jus dari fruits cocktail ke atas kek. Jangan banyak nanti berair dan kek lemas!hihihi...agak-agak laa. Kemudian simpan dalam peti ais.
2. Sediakan periuk dan panaskan susu. Jangan sampai mendidih. Ambil sedikit susu ini dan dicampur dgn tepung kastad. Kacau supaya tidak berketul-ketul dan tuang kembali dalam periuk diikuti gula dan esen vanila. Kacau sehingga betul-betul pekat. Kalau suka manis letaklah gula lebih. Risiko kencing manis tanggung sendiri! hihihi..
3. Keluarkan kek dari dalam peti ais dan tuang kastad di atasnya. Masukkan balik dalam peti ais. Nak bagi dia keras sket ja. Agak-agak kastad dah ok dan tidak lembik, baru tuang buah-buahan yg di dalam tin tadi. Masukkan balik dalam peti ais.
4. Untuk membuat jeli pula, ikut arahan pada kotak jeli. Biasanya air didihkan sebanyak 400 ml kemudian tuang crystal jelly tu dan kacau perlahan-lahan selama 2-3 minit. Keluarkan triffle dari dalam peti ais dan curahkan jelly tadi ke atas dan biar sejuk. Boleh disimpan di dalam peti sejuk. Nak deco dgn whip cream pun boleh, pastu susun buah strawberry atau ikut citarasa anda.