Utk sambal kicap ni, kita goreng semua bahan dia terlebih dahulu. Guna lebih kurang 9 ulas bawang putih, 15 biji cili padi dan 3 biji bawang merah. Goreng asing-asing dan sebiji-sebiji. Lepas tu baru tumbuk sampai lumat. Percik kicap masin dan manis secukup rasa. Last sekali perahkan sebiji limau kasturi ke dalam sambal. Perghhhhh...
21 August 2008
Soto
Utk sambal kicap ni, kita goreng semua bahan dia terlebih dahulu. Guna lebih kurang 9 ulas bawang putih, 15 biji cili padi dan 3 biji bawang merah. Goreng asing-asing dan sebiji-sebiji. Lepas tu baru tumbuk sampai lumat. Percik kicap masin dan manis secukup rasa. Last sekali perahkan sebiji limau kasturi ke dalam sambal. Perghhhhh...
Tauhu Masak Taucu
Tauhu Masak Taucu
Bahan-bahan :-
3 keping tauhu, setiap 1 dipotong 6 dan goreng terendam
2 sdt taucu, dibersihkan dgn air
1 sdb sos tiram
secubit dua gula [nak cut rasa masin]
Dihiris :-
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 " halia
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan tumis halia dan bawang putih dahulu. Kacau seketika dan masukkan hirisan bawang besar. Kacau sebentar.
2. Masukkan taucu dan sos tiram. Kacau sekejap dan masukkan tauhu. Tabur gula dan kacau lagi supaya tauhu sebati. Kalau suka nak letak hirisan cili merah dan hijau pun boleh. Siap!
Kek Bluberi Kak Mas
Kek Bluberi Kak Mas
Bahan2:-
250 gm butter
350 gm caster sugar
6 biji telur
2 sdt esen vanilla
1 tub sour cream/yoghurt [leper], saya guna 2 tub yogurt 150 gm each
460 gm tepung, ayak
2 1/2 sdt baking powder, ayak
1 tin blueberry filling Comstock
Topping
60 gm butter lembut
80 gm brown sugar
10 gm cinnamon powder
Cara-cara :-
1. Pukul butter dgn gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan esen vanilla dan sour cream.
3. Gaul dgn senduk tepung hingga bercampur. [Saya guna mixer je, tak larat guna senduk..ahaks]
4. Masukkan dalam bekas 9 " yang berlapik dan bergris. Tuang adunan ke dalam bekas.
5. Tuangkan blueberry ke atas adunan.
6. Gaulkan topping dan campak ke atas blueberry tadi.
7. Bakar 170 C lebih kurang 1 jam - 1 jam 10 minit. Jika nampak gelap bahagian atas, selepas 40 minit tutup atas dgn foil.[saya bakar lama jugakk, lebih kurang 1 jam 45 min mcm tuu]
8. Angkat dan biar sejuk.
Sekut Coklat Nugget & Cornflakes
Biskut Coklat Nugett & Cornflakes
Bahan-bahan :-
20 bars coklat nugget Cloud 9, dipatah-patahkan
2 sdb mentega
2 cwn cornflakes
beberapa cawan kertas
Hiasan :-
Sedikit coklat rice
White cooking chocolate
Cara-cara :-
1. Masukkan coklat Cloud 9 ke dlm periuk dan cairkan.
2. Masukkan mentega dan gaul sehingga larut.
3. Tuang cornflakes. Tutup api dan terus menggaul sehingga sebati.
4. Sudukan ke dalam acuan kertas dan hias dgn white cooking choc dan sedikit taburan choc rice.