Tauhu nie baki yg kita buat masak lemak haritu. Kebetulan ada lagi 3 keping so ingat nak buat masak taucu lah sebab teringin la pulak nak makan taucu style kan. Resepi nie teramatlah senang. Sekejap je dah siap dan sekejap je nasik pun licinnnn..hehehe..
Tauhu Masak Taucu
Bahan-bahan :-
3 keping tauhu, setiap 1 dipotong 6 dan goreng terendam
2 sdt taucu, dibersihkan dgn air
1 sdb sos tiram
secubit dua gula [nak cut rasa masin]
Dihiris :-
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 " halia
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan tumis halia dan bawang putih dahulu. Kacau seketika dan masukkan hirisan bawang besar. Kacau sebentar.
2. Masukkan taucu dan sos tiram. Kacau sekejap dan masukkan tauhu. Tabur gula dan kacau lagi supaya tauhu sebati. Kalau suka nak letak hirisan cili merah dan hijau pun boleh. Siap!
21 August 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment