Idea nak buat sekut nie dapat dari show Nigella. Syok tengok dia wat sekut nie. Sekejap je dah siap dan bahan-bahan pun tak banyak. So kita pun godek-godek lah bahan-bahan yang ada kat umah. Buat ikut apa yang ada aje yea..dapat pun tak byk sgt, cukup lah utk anak2 yang suka dok krup krap petang2 kan..
Biskut Coklat Nugett & Cornflakes
Bahan-bahan :-
20 bars coklat nugget Cloud 9, dipatah-patahkan
2 sdb mentega
2 cwn cornflakes
beberapa cawan kertas
Hiasan :-
Sedikit coklat rice
White cooking chocolate
Cara-cara :-
1. Masukkan coklat Cloud 9 ke dlm periuk dan cairkan.
2. Masukkan mentega dan gaul sehingga larut.
3. Tuang cornflakes. Tutup api dan terus menggaul sehingga sebati.
4. Sudukan ke dalam acuan kertas dan hias dgn white cooking choc dan sedikit taburan choc rice.
21 August 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment