Showing posts with label Aneka Lauk Pauk. Show all posts
Showing posts with label Aneka Lauk Pauk. Show all posts

23 July 2009

Nasi Tomato dan Beregunya


Hari ini teringin sangat nak makan nasi tomato. Semalam pergi Giant Shah Alam ingatkan boleh lah makan, tapi bila dah sampai sana, lain pulak yang dipesan. Jadi harinie saya keluarkan daging dan ayam untuk jadikan set dengan nasi tomato. Yang kurangnya cuma tiada dalca dan jelatah. Memang macam tak kena jugak la tapi tak kisah lah, janji apa yang ada itu pun sudah mencukupi. Ayam macam biasa lah saya masak ikut permintaan bos. Dia suka sangat ayam masak jintan. Manakala daging tu pulak saya goreng kicap bercili.

Yang ini pula ialah set Kenwood Grill yang baru saja saya dapat dari penebusan point yang saya kumpul menggunakan kad Bonuslink. Sudah banyak barang yang saya tebus. Yang ini memang yang saya idam-idamkan kerana selalu kalau ke kedai, tengok dan pegang saja maklumlah harganya lebih kurang RM300++. Rasa membazir pula kalau nak keluarkan duit. Nasib baik boleh dapat dengan cara percuma! Hehehe..

21 July 2009

Ikan Masak Sambal Tomato

Dari ikan Jenahak juga. Tapi yang ini saya guna isi yang agak tebal dan bertulang. Siap digoreng kemudian di simbah dengan sambal tomato.

IKAN MASAK SAMBAL TOMATO

Bahan-bahan :-

A/
5 biji cili merah
2 sdb cili kering yang dimesin
1/2 sdb belacan
5-7 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih

1 bj buah tomato
3-4 sdb sos tomato
1 bj bawang besar, dibelah 2 dan dihiris tebal
garam dan gula

Cara-cara :-
1. Masukkan ke semua bahan A dan dengan menggunakan chopper, kisar kasar bahan-bahan tersebut. Ketepikan.
2. Di dalam kuali, panaskan minyak [lebihan goreng ikan tadi] dan tumis bahan A. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masih menggunakan chopper, masukkan buah tomato yang dihiris kemudian kisar kasar kemudian tuang ke dalam kuali. Kacau sehingga pecah minyak dan kesemua bahan sebati.
4. Tuang sos tomato dan kacau lagi. Masukkan air jika kuah menjadi kering. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul sebati. Masukkan hirisan bawang besar dan biarkan sekejap sambil dikaup balikkan ikan supaya mesra dengan sambal.

Tom Yam Ikan

Pening nak masak apa hari ini. Alih-alih buat tom yam sudahlah. Lagipun pes tom yam dibeli asyik keluar masuk keluar masuk almari saja, buatnya tidak. Jadi hari ini dah ada fillet ikan jenahak jadi saya kecilkan sedikit saiznya supaya senang nak makan.
Agak mudah juga membuatnya. Masukkan ke semua bahan asas tom yam berserta pesnya sekali dan biarkan mendidih. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau. Siap!

16 July 2009

Happy Anniversary To Me!


16 Julai datang lagi.
Hari ni merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan saya. Tak raikan apa pun sbb my bos tak balik dari Penang lagi. Mungkin malam nanti kami akan dinner bersama keluarga sejurus dia sampai rumah nanti. Yang teringat nak buat ialah pulut kuning. Buat pun tak banyak, 2 cawan beras pulut sahaja. Rendang tu pulak saya beli kat kedai. Daging dia mak aihh..sama taraf dengan getah la! Hihihi..Jenuh dok lawan tarik dengan Yusra tadi. Walaupun liat, tapi sedap.

08 July 2009

Ikan Kukus


Orang yang puasa nie macam orang mengandung kekdahnya. Nak makan itu lah, ini lah. Teringin katanya. Jadi semalam lepas jenguk Yusra kat sekolah, terus ke K4 beli barang. Ternampak pulak ikan jenahak yang sedang elok tak besar tak kecik. Dalam kepala tak ingat lain dah, kompem jadik ikan jenahak kukus! Bos request sup ikan mulanya, tapi saya cakap, sekali sekala nak merasa ikan kukus pulak kan..hikhikhik..[ehh! siapa yang puasa? dan siapa yang teringin sebenarnya ni??] Hahaha..
Ikan jenahak nie saya saya masak very simple dan ikut bahan yang ada di rumah sahaja. Apa pun terima kasih yang tak terhingga kepada forumer saya di FnR sebab bagi idea dan berkongsi resepi macam mana nak jadikan ikan kukus nie bertambah sedap. Katanya, kalau ada sour plum dan jeruk bawang putih, memang kompem jadik macam di kedai!
.
IKAN KUKUS SEMPOI
.
Bahan-bahan :-
1 ekor ikan jenahak, siakap atau merah
sedikit sos tiram
.
Bahan A/dimesin
5 ulas bawang putih
9 biji cili padi
sedikit air
.
halia sebesar ibu jari, dihiris halus
1 btg serai, dihiris halus
1 biji bawang besar, nk hiris boleh, nk baji pun boleh
10 ulas bawang putih, hiris
4 biji sour plum, basuh sket
2 biji limau nipis, diperah dan ambil jus shj
1 tangkai daun sup, kerat 3-4 bahagian
1/2 sdt garam
1 sdb gula secukupnya
sedikit air

Cara-cara :-
1. Panaskan kukusan.
2. Bentangkan aluminium foil. Tuang sedikit sos tiram ke tapak tangan dan lumur keseluruhan ikan. Biarkan seketika.
3. Kemudian, taburkan kesemua bahan-bahan yang di atas ke atas ikan.
4. Balut kemas-kemas aluminium foil tadi dan letak di dalam kukusan. Kukus selama 20-30 minit sehingga masak.

06 July 2009

Gulai Udang

Udang ni beli semalam di pasar malam Taman Tun. Bos berhajat nak makan gulai udang. Menu semalam pun gulai, hari ni pun gulai. Tapi semalam tu saya masak gulai ikan. Gulai udang ni saya masak lain sikit sebab saya masukkan yogurt dan kuahnya saya biarkan pekat. Sedap kalau dicicah dengan roti.
.
GULAI UDANG YOGURT
Bahan-bahan :-
20 ekor udang sederhana besar [anggaran shj]
.
A/bahan tumisan
1 btg kulit kayu manis
2 pelaga
2 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 tangkai daun kari
.
B/ditumbuk lumat
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1.5" halia
.
C/disatukan dlm sebuah mangkuk
3 sdb rempah udang [cap adabi]
kalau tak ada, boleh guna rempah ikan
2 sdb cili mesin
air panas secukupnya
.
D/disatukan
1 tub kecil plain yogurt
1 sdb jus limau
.
E/bahan-bahan lain
1 biji bawang besar, dibelah 6
2 biji cili hijau, dikerat 2
1 biji tomato, dibelah 4
.
Cara-cara :-
1. Sediakan bahan C dan bahan D terlebih dahulu, ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan A dan kacau seketika.
2. Masukkan bahan B dan kacau sehingga garing.
3. Setelah garing, tuang bahan C. Tutup tudung periuk dan biar rempah masak. Periksa dan kacau selalu supaya rempah betul-betul masak. [Ambil masa sedikit] dan pastikan pecah minyak.
4. Masukkan udang dan balik-balikkan supaya mesra dengan rempah. Kemudian masukkan bahan D. Kacau sebati. Tambah air supaya berkuah. Biar seketika sehingga kuah mendidih. Perasakan dengan garam.
5. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan E kecuali tomato dan cili hijau. Apabila sudah selesai, tutup api dan baru masukkan tomato dan cili hijau. Sedia untuk dihidangkan.

08 April 2009

Ayam Mayonis


AYAM MAYONIS

Bahan-bahan :-
600 gm daging ayam, dipotong kecil

Dimayang/
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia

4 sdb cili kisar
2 sdb mayonis
2 sdb sos cili
1 sdb serbuk lada hitam
2 tangkai daun ketumbar, dihiris 2 cm
3/4 cwn air
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Ayam yang telah dibersihkan dilumur garam dan serbuk kunyit lalu digoreng sehingga masak. Tidak perlu sampai garing. Sekadar empuk dan masak sudah mencukupi.
2. Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis cili kisar hingga masak dan pecah minyak. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau sehingga rata.
3. Masukkan air, serbuk lada hitam, garam, dan gula [anggaran 1 sdb] kemudian kacau lagi.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Biarkan sekejap kemudian tuang sos cili dan mayonis dan terus padamkan api. Kacau dan balik-balikkan ayam sehingga sebati dan mesra.
5. Akhir sekali taburkan daun ketumbar yang dihiris dan kacau-kacau sedikit supaya rata. Sedia untuk dihidangkan.

12 March 2009

Resepi Orang Malas! ahaks

Masa nak penuhkan menu yang tak seberapa tu, teringat pula nak buat sambal ikan bilis dengan kacang ni. Lama tak makan lauk nie. Lauk nie macam snek la sebab boleh ratah mcm tu saja. Bila dah dapat lauk nie, lauk lain tuu sori ler..hehehe..Nak buat teramat la senang. Nama pun resepi malas kan..ahaks..Memula tu, gorengkan ikan bilis bersama-sama dengan kacang tanah sehingga masak. Ketepikan sebentar. Masukkan beberapa bawang merah, bawang putih, halia dan serai sebatang yg dihiris halus ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga lumat. Kemudian campurkan dengan cili mesin dalam 1-2 sdb. Gaul bahan ini dan tumis dengan minyak. Masukkan air sedikit ke dalam lesung batu tadi sambil dikocak-kocak sedikit dan tuang masuk ke dalam kuali. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng tadi. Tuang cuka makan [agak banyak juga], garam dan gula untuk balance kan rasa. Gaul sehingga semua sebati dan sampai kering. Siap!

24 February 2009

23 February 2009

Kari Udang

Udang lagikkkk..! hahahaha..
nak wat camno..nak habihkan stok udang je..
Kali nie masak kari plak. Bahan-bahan tumis tu malas benor nak hiris jadik belasah tumbuk sampai lunyai je..hihihi..rempah plak kita guna rempah udang, ketam dan ikan kering ADABI. Tambah 1 sdb rempah ikan dan 2 sdb cili boh. Masak mcm masak kari biasa ler plus serai 2 btg diketuk. Depa kata bubuh ubi keledek laa sedap tapi takdak ubi keledek kita hentam bubuh ubi kentang. Jadik jugak kari udang kan..kan..hihihi..

Kupang Sambal Tumis


Adoiiii..meleret-leret menu seafood ja! Koles..kolessss..! hahahaha...
nie pun dok tgh pikir nak masak udang..againnnnnn! hihihi..

22 February 2009

Sambal Tumis Udang & Terung Pipit

Terung pipit nie dah beli 2 hari sudah..tapi tak terjalan projeknya sebab tak ada udang yg seswai. Udang yang sedia ada kat umah nie besor sgt so tak seswai la. Kebetulan semalam pegi pasar besor Shah Alam kat SS6 tuu so borong laa udang sket sebab memang hajat nak masak sambal tumis dengan terung pipit. Dah lama tak makan terung pipit gu dgn sambal tumis.
Style saya wat sambal tumis simple saja..blend 2 biji bawang besor, 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, sedikit belacan dan 5 sdb cili boh buatan sendiri..hehe..blend halus dgn sedikit air kendian tumis laa sampai masak dan pecah minyak. Dah pecah minyak bagai, masukkan air jus asam jawa dgn sedikit air. Didihkan sebentar kemudian perasakan dgn garam dan gula. Dah mendidih baru masukkan udang dan terung juga hirisan bawang besor yang dipotong gelang. Mendidih kejap je pastu kacau sebentar then boleh tutup api dah.

16 February 2009

Sotong Pattaya

Saya copy paste saja resepi ninoZ nie yea. Tak reti nak letak link laa pulok..kelako laa..hehe..

ninoZ :
cara nak buat dia simple jek
just tumbuk bawang putih agak byk gak la dgn cili hidup, tp jgn terlampau hancur
pastu tumis jek dgn minyak masak+ minyak bijan sket. once naik bau, just masukkan sos tiram sket, sos tomato sket , sos cili sket and adjust garam n gula to taste..
thennn masukkan seafood pastu tutup kuali bagi cepat sket masak n tak makan masa lama..
then masukkan daun selasih atau daun limau purut...siapp! senang kann?

12 February 2009

Udang Pattaya

Resepi nie resepi ninoZ. Tapi resepi dia seafood pattaya kawin campo..hehehe..
Memandangkan takde couple yang nak dikawinkan..jadik kawin udang je lah yea..hihihi..
Sedap jugak tau resepi udang pattaya nie. Simple sgt nak membuatnya.
Thanks to ninoZ.

10 February 2009

Masak Lemak Udang Dgn Belimbing

Udang nie saya dapat free je sekotak besor didatangkan dari Sabah. Udang freshhhhh tau..hehehe.. ada size XXL sampai size M. Teringin nak masak masak lemak sebab buah belimbing punyalah lebat giler kat umah nie.
Bahan-bahan tu plak, instead of blend..saya prefer hiris halus-halus. Semua bahan saya hiris seperti serai, halia, bawang merah dan putih, cili merah dan cili hijau, cili padi dibelah 2 dan kunyit hidup. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan hiris tadi dan juga belimbing buluh yang dibelah 2. Agak-agak dah layu sket masukkan udang. Kacau biar kering air udang tu. Baru masukkan santan. Perasakan dgn garam. Biar mendidih kejap dgn api yg perlahan.

05 February 2009

Udang Paprik

Habis idea betul nak masak harinie..ikan pun dah takde..yg tinggal udang dgn ayam kampung jer. Ayam kampung dah tak larat nak makan sebab seminggu punya menu asyik ayammmm jer..so ingat nak masak ler paprik sebab sayur pun ada sket ja. Adalaa kubis dgn putik jagung..jadik laaa kan..nampak variety sket..hehehe..
Cara masak pun very simple..sbb bahan kita just agak-agak dan ikut apa yg ada sj.

Bahan-bahan :-
udang, dikupas kulit dan dibiarkan ekor shj
sayur kubis bunga
putik jagung
1-2 sdb sos tiram
2 sdb cili giling
5 bj cili padi, diketuk
1 btg serai, diketuk
1 bj bawang kuning, dihiris wedges
garam
gula

tumbuk/
5 bj bwg putih
5 bj bawang merah
1 inci halia

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk. Masukkan serai dan cili padi. Kacau sebentar kemudian masukkan cili giling. Tumis hingga garing dan pecah minyak. Tambah air sedikit.
2. Tuang sos tiram sambil dikacau-kacau sebentar. Masukkan sayur-sayuran dan air.
3. Bila dah separuh empuk, masukkan udang. Biar seketika sampai udang masak. Masukkan hirisan bawang kuning juga. Perasakan dgn garam dan gula.
4. Kacau-kacau sekejap. Jika suka berkuah boleh terus diangkat. Jika suka kering, boleh aje tunggu air kering baru masukkan udang. [pandai-pandai adjust la yea].
5. Dan kalau suka kuah nampak hitam-hitam sket, percik kicap. Tapi kena adjust garam laa pulak yea. Sayur plak kalau nk tambah apa-apa yg patut pun ok jugak macam carrot, kacang panjang dsb.

[psstt..nampak mmg tak menarik..tapi rasa mmg besttt!hihihi]

22 January 2009

Sundanese Restaurant, KLCC


Dua gambar di atas nie merupakan hidangan tengahari saya dengan adik yang kebetulan datang dari Penang. Saya bawak dia dan teman barunya itewww ke KLCC. Teman barunya itewww belanja kitaorang makan kat Sundanese Restaurant. Punyalah mahai rega dia..tak gamak nk katok banyak-banyak almaklumlah orang belanja kannn..hikhikhik..selain Rendang Daging dan Es Campo tu, ada lagi hidangan ayam dan sayur terung berlado tapi tak sempat nk snap sebab masing-masing dah lapaq! hehehe..

11 December 2008

Syakira's birthday

6hb Disember 2008 hari Sabtu lepas saya pergi birthday party anak my fren [thanks Sinar for the invitation]. Geram gilerrr tgk anak dia sekarang..makin montel dan comel laa!! Syakira Irissa namanya..sambut birthday yang ke 3 tahun. Seronok sangat makan memang puas hati lah. Tengok lah kalau tak percaya..ekeke..

yusra dgn syakira..
kuzi kambing tip top!
roti benggali..sapa tak kenai???
macam-macam adaaa..
nie best!!!! ayam percik! perghh..
nasi minyak
ayam masak merah
dalca [cecah dgn roti benggali laa..sedapp!]

24 November 2008

Lunch di Teluk Kumbar

Pada 22 Nov 2008 hari Sabtu lepas kami sekeluarga ramai-ramai pergi makan kat satu restoran di Teluk Kumbar. Restoran nie bersebelahan dengan Salwa Mee Udang yang famous tuh. My husband memang syiokkk dgn lauk kari ikan semilang! Kebetulan cuti sekolah, jadik ramai anak menantu balik kan. Lauk pauk yg kami order memang sedap-sedap. Kira puas hati sungguh lah. Kami tempah 2 meja bulat. Antara hidangannya ialah kari ikan semilang, kari ikan jenahak, ikan siakap masak steam asam boi, sambal udang, siput,ketam, ulam-ulaman dan sambal belacan dan sayur taugeh. Semuanya licin! hehehe..So kepada sesiapa yang bercuti di Pulau Pinang, jangan lupa singgah di restoran ini yea. Lepas makan boleh jalan-jalan di tepi pantai pulak atau boleh beli ikan atau udang yang freshhh dari peraih situ!





28 October 2008

Soto lagik..


Soto

Bahan-bahan :-
1 ekor ayam, dipotong 4
4 bungkus nasi himpit, direbus
1 kiub pati ayam

Bahan A :-
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang

Bahan B :- [digoreng tanpa minyak kemudian dikisar halus]
1/2 sdb jintan manis biji
1/2 sdb jintan putih biji
1/2 sdb lada hitam biji
1 sdb ketumbar biji

1 sdb rempah sup

Bahan C :- [dimesin halus]
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
3 batang serai
2 " halia
1 " lengkuas

Bahan D :- [taburan/sampingan]
kacang tanah
su un
bergedil
daun sup dan daun bawang
bawang goreng
sambal kicap
taugeh

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan A.
2. Bahan B tadi di masukkan ke dalam bahan C kemudian dimesin sekali lagi sehingga halus.
3. Tuang bahan mesin ke dalam periuk dan masak sehingga rempah garing dan pecah minyak.
4. Tuang air kemudian masukkan ayam dan kiub pati ayam. Biar mendidih dan ayam empuk.
5. Keluarkan ayam kemudian siat-siat isinya. Masukkan tulang-tulang ayam ke dalam kuah dan biar mendidih. Perasakan dengan garam.

Bergedil

5 biji kentang, dikupas dan dipotong nipis lalu digoreng
sepokok daun bawang dan daun sup, dimayang halus
2-3 sdb bawang goreng, ditumbuk
garam
lada sulah
2 biji telur, dipukul

Kentang yang telah digoreng tadi di tumbuk sehingga halus. Kemudian tuang ke dalam sebuah mangkuk besar. Di dalam mangkuk besar tadi, campur ke semua bahan kecuali telur. Kepal-kepalkan seperti bebola kemudian leperkan sedikit. Celup bergedil ke dalam telur dan goreng sehingga masak.
::
Sambal Kicap
::
15 biji cili padi
7 biji bawang putih
kicap manis dan kicap masin secukupnya
1/2 biji limau, ambil jus sahaja
::
Biasanya saya panggang kejap bawang putih tuu biar macam berminyak sket begitu juga dengan cili padi. Agak-agak mcm dah hitam-hitam sket saya alihkan. Tumbuk bawang putih dan cili padi atau nk senang buh dlm chopper. Percik kicap dan rasa masin manis. Akhir sekali perahkan jus limau.