02 May 2009
Sup Cendawan Dan Roti Bawang Putih
Beberapa hari kebelangan ini, tekak ni terasa nak makan sup cendawan berkrim dengan roti bawang putih. Nak pergi restoran rasa berat punggung dan malas sangat. Kebetulan masa pergi Tesco 2-3 hari lepas, ternampak sebungkus cendawan butang putih dan roti perancis. Dalam hati berkira-kira nak buat sup cendawan tapi tak tahu bila. Tapi tak mengapa, apa pun capai jugak cendawan tu dan bawa balik utk disimpan dalam peti ais. Tak lupa juga sapuan untuk roti bawang putih.
Kebetulan hari ini lepas balik dari The Mall, perut dah mula meragam. Dalam fikiran cuma ingat nak sediakan yang senang dan cepat sahaja. Roti perancis tu dah saya hiris siap-siap pagi tadi dan simpan dalam bekas. Macam tahu-tahu pulak petang nanti dah ada rancangan. Hehehe..
Setelah dihiris dan disapu dengan sapuan bawang putih, saya bakar sekejap sehingga garing dan ketepikan. Masa utk sediakan supnya pula. Resepi seperti di bawah.
SUP CENDAWAN BERKRIM
Bahan-bahan :-
2 biji bawang besar kuning, didadu
150 gm cendawan butang putih segar, dihiris
2 sdb tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
3 cwn susu UHT
garam
1 sdt serbuk lada hitam
1 sdb mentega/marjerin
minyak masak
Cara-cara :-
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak dan mentega. Cairkan mentega kemudian masukkan bawang yang telah didadu. Kacau bawang sehingga layu dan agak kekuningan. Jangan sampai garing, perlahankan api.
2. Masukkan cendawan dan kacau sehingga terbit air dan cendawan layu.
3. Tuang susu ke dalam periuk diikuti kiub pati ayam. Biar mendidih sekejap kemudian perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
4. Dengan menggunakan hand blender, blend sup tadi tetapi pastikan jangan sampai cendawan hancur. Blend sekejap sahaja sudah memadai. Biarkan sup mendidih dan pekat, bolehlah ditutup api dan dihidangkan dengan kepingan roti bawang putih.
Subscribe to:
Posts (Atom)