06 July 2009

Gulai Udang

Udang ni beli semalam di pasar malam Taman Tun. Bos berhajat nak makan gulai udang. Menu semalam pun gulai, hari ni pun gulai. Tapi semalam tu saya masak gulai ikan. Gulai udang ni saya masak lain sikit sebab saya masukkan yogurt dan kuahnya saya biarkan pekat. Sedap kalau dicicah dengan roti.
.
GULAI UDANG YOGURT
Bahan-bahan :-
20 ekor udang sederhana besar [anggaran shj]
.
A/bahan tumisan
1 btg kulit kayu manis
2 pelaga
2 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 tangkai daun kari
.
B/ditumbuk lumat
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1.5" halia
.
C/disatukan dlm sebuah mangkuk
3 sdb rempah udang [cap adabi]
kalau tak ada, boleh guna rempah ikan
2 sdb cili mesin
air panas secukupnya
.
D/disatukan
1 tub kecil plain yogurt
1 sdb jus limau
.
E/bahan-bahan lain
1 biji bawang besar, dibelah 6
2 biji cili hijau, dikerat 2
1 biji tomato, dibelah 4
.
Cara-cara :-
1. Sediakan bahan C dan bahan D terlebih dahulu, ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan A dan kacau seketika.
2. Masukkan bahan B dan kacau sehingga garing.
3. Setelah garing, tuang bahan C. Tutup tudung periuk dan biar rempah masak. Periksa dan kacau selalu supaya rempah betul-betul masak. [Ambil masa sedikit] dan pastikan pecah minyak.
4. Masukkan udang dan balik-balikkan supaya mesra dengan rempah. Kemudian masukkan bahan D. Kacau sebati. Tambah air supaya berkuah. Biar seketika sehingga kuah mendidih. Perasakan dengan garam.
5. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan E kecuali tomato dan cili hijau. Apabila sudah selesai, tutup api dan baru masukkan tomato dan cili hijau. Sedia untuk dihidangkan.

2 comments:

MamaFaMi said...

Aduhai, tak tahan den! Udang tu mesti manis rasanya kan... aiyoooo..

Kacip_Fatimah said...

Kacip>MamaFaMi : manis ma..mcm tuan dia gak..hakhakhak..