28 June 2009

Makan-Makan Jalan-Jalan

Sebelum meledaknya kes H1N1, kami sekeluarga gemar makan di luar pada waktu hujung minggu. Yang paling kerap kami pergi ialah Restoran Puteri di Sungai Penchala. Masakan yang dihidangkan secara buffet ini memang menyelerakan selain susun atur yang menarik. Dari pembuka selera, hidangan nasi dan aneka lauk-pauk hinggalah ke pencuci mulut, memang sedap! Antara makanan yang disediakan ialah lauk pauk kampung seperti siput sedut masak lemak, pucuk manis masak lemak, asam pedas, kari ikan, masakan ayam, dendeng daging, terung berlada, aneka pilihan ulam-ulaman yang dicicah dengan pelbagai pilihan sambal belacan, mee johor, soto, rojak buah dan banyak lagi.

Manakala untuk pencuci mulut pula biasanya disediakan pelbagai kuih talam, kuah durian yg dimakan bersama pulut, sagu gula melaka, lompat tikam dan bermacam-macam lagi.
Memang sungguh mengenyangkan!








Selain itu juga, kami amat tertarik dengan beberapa bingkai gambar yang disusun atur di dinding restoran. Anda boleh melihat beberapa wajah seniman dan seniwati termasyur tanahair kita. Saya begitu terpegun melihat kecantikan dan ketampanan mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka yang telah pergi meninggalkan kita.







Selepas selesai menikmati juadah tengah hari, terus ke aktiviti yang seterusnya iaitu balik rumah dan tidur! Hehehe..
Bagi mereka yang belum mengunjungi restoran ini, bolehlah ajak saudara-mara atau sahabat handai untuk sama-sama menikmati hidangan yang disediakan. Anda tidak perlu risau kerana mereka mempunyai tempat yang luas dan selesa. Selamat Menjamu Selera!

4 comments:

MamaFaMi said...

Tak pernah sampai sini lagi... macam ni kan, restoren tu kena bagi Kacip baucer makanan percuma untuk 4 orang sebab tolong promote restoren mereka. Jangan tak tahu, 4 tu pasal.. Kacip tiga beranak dan yang lagi sorang tu, MAMA ler! Hahaha...

Haniss said...

jalan2 cari makan lagi, belum pernah sampai lagi saya kat sini, sekitar bangi pun lom habis lagi JJCM....tak balik penang ka bulan ni....

Kacip_Fatimah said...

Kacip>MamaFaMi : A'ah kan..siap promote baekk punya..Part baucer tuu harusss la Ma kan..cuma tolak my bos sorang sj..bior kita-kita saja..hihihi

Kacip_Fatimah said...

Kacip>Haniss : boleh kongsi-kongsi area bangi pulak pasnie..saya area situ tak tercapai lagik..Insya allah, minggu nie balik Penang rasanya sbb ada agenda BESAR! hihihi..