28 April 2008

Puding Pelangi




Puding nie memang dah glamour kat forum. Penyumbang resepi nie ialah Blackmore. Ramai forumer dah cuba puding nie. Saya sendiri pun dah banyak kali buat. Kenapa?? sebab memang tak rugi pun kalau buat puding nie. Rasanya lemak manis dan memang sedap. Sesuai juga kalau dibuat sebagai buah tangan untuk majlis pertunangan, majlis kecil-kecilan mcm cukur jambul, tahlil dsb.

Rainbow Pudding
::
Bahan-bahan :-
26 gm serbuk agar-agar
1350 ml air
450 gm gula pasir
130 gm mentega
8 bj telur saiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sdb tepung kastad
1 sdt esen vanila
2 sdb serbuk koko
pewarna merah dan kuning secukupnya

::
Cara-cara :-
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih. Ketepikan.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu cair dan tepung kastad dan kacau hingga adunan sebati. Kemudian tapiskan ke dalam adunan agar-agar sambil dikacau sehingga rata dan mendidih.
3. Masukkan mentega dan esen vanila, kacau lagi hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuh serbuk koko [dicampurkan dgn sedikit air] ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau. 2 mangkuk lagi masing-masing diletakkan dengan pewarna kuning dan merah.
5. Gunakan loyang berbentuk 4 segi saiz 9X9 ataupun loyang berbentuk jantung [seperti gambar di atas]. Merengkan loyang sedikit dgn menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras, tuangkan satu senduk adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula dgn satu senduk adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan habis.
6. Letakkan loyang kembali ke kedudukan asal kemudian masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan sebelum dipotong.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum kacip
selamat berkenalan...dah lama saya mendengar nama kacipfatimah..tapi tak pernah dapat tengok blog nya...terima kasih dahulu kalau ada resepi kacip yang telah saya cuba ya,,,ooo dan satu lagi saya dah print alamat bakery yang kacip carikan untuk kengkawan maya ne...hari tu nampak kat fp kak hanieliza...tahniah kacip saya sangat berbesar hati...salam hormat dari saya...oh ya saya dah buat rainbow marble pudding blackmore ne..tapi tak cantek macam kacip ...boleh kasi idea camne nak buat cantek macam kacik...kelmarin kita buat tak jadi...aleh..aleh kita kacau dengan jari ...jadi reggae pudding pula...he he

kak tun
http://boxhousestudio.fotopages.com

MYRA MANJALARA said...

waalaikumsalam kak tun..
terima kasih sudi jengah blog saya.Saya tak pandai masak kak tun,saja syok2 lepak kat dapo tak tau nk buat apa..hehe..blog saya nie baru sgt..baru beberapa bulan ja..kak tun rajin lepak FNR tak? nick apa ye?
oh ya..pasal puding tu kan..saya tak tenggek loyang tu dgn apa2,just biar dlm kedudukan biasa.pastu kita layer mcm wat layer kek zebra tu.puding nie sedap tapi kena kurangkan gula sket sbb manis sgt kan.
pasal senarai alamat bakery tu sebenarnya hasil usaha forumer2 fnr gak.saya cuma copy semua alamat2 tu dan buat dlm format yg senang utk orang nk refer.
apa pun thanks again yea kak tun..

Anonymous said...

salam kacip..camne nak join FNR?
untuk pengetahuan kacip akak konsider budak baru lagi...gegara anak akak tg 16 tahun tu kata akak tak pernah masak pun..itu yang sedih benor tu...terus hijrah ke ambil tau pasal dapur...tapi bila di tengok-tengok akak ne minat benor ke arah pastry chef..bebalik manis, bebalik buat yang manis..he he..la ni anak akak kata mak tak pandai jahit pun...pulak dah...

ok gini ajar akak camne nak join fnr?..

forum diana ada le join
email dari resepi.net si jeni tu aduhai dah ribuan dah tapi tak gak sempat nak menengok...

ok kacip
salam hormat dari akak
oh ya kacip tinggal kat mana?

selamat belated hari ibu..kim slam kat makcik tun ...he he...ceria-ceria selalu

http://boxhousestudio