14 April 2008

Roti Jala



Roti Jala ini kalau nak buat kena tunggu ada kari ke atau buah durian ke baru laa jalan projek nie. Kalau saja-saja nak buat ntah bila lah. Ini pun kebetulan saya buat sebab ada majlis tahlil kat opis my Bos. Malam tu kita dah siapkan kari ayam esoknya dia cakap tak nak bawak sebab sikit sgt karinya. Dah tak bagitau awal-awal berapa orang nk makan, so kita buat sikit je laaa. So saya simpan kat umah je lah untuk makan anak beranak. Untuk tahlil kita buat kek gula hangus dan puding rainbow ja.
Untuk resepi roti jala nie ada macam-macam versi. Ada yang masuk santan ada yang tidak. Setakat nie saya dah cuba buat guna 2 resepi. Bagi saya resepi yang menggunakan santan lebih sedap dan rotinya lembut.
---------------<>---------------
Versi I :: Roti Jala
Bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cwn air
1 biji telur
2 sdb minyak masak
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Cara-cara :-
1. Campurkan garam, serbuk kunyit bersama tepung, kemudian masukkan air, telur dan minyak masak. Gaul dan tapis supaya adunan tidak berketul. Panaskan kuali leper, sapukan dgn daun pandan yg di celup minyak dan kirailah adunan tadi dgn acuan roti jala. Setelah masak, angkat dan gulung.
---------------<>---------------
Versi II :: Roti Jala
Bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum, di ayak
2 biji telur
2 cwn santan
1 1/2 cwn air
1/2 sdt garam
1/2 sdt serbuk kunyit
Cara-cara :-
Pukul telur sedikit kemudian campurkan santan, garam, air dan serbuk kunyit. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan tapis. Sedia digunakan.
Bancuhan roti jala ini seeloknya cair supaya senang untuk dikirai. Sekiranya jumlah air yang dinyatakan di atas perlu ditambah, tambahlah mengikut kesesuaian.
---------------<>---------------
Ini adalah tips dari ninoZ :
" Minyak utk grease roti jala - panaskan minyak masak yg dicampur dgn butter [ration 1:1] kemudian masukkan daun pandan banyak-banyak dalam minyak tu biar sorta bergoreng. Nanti minyak tu jadi harum berbau pandan. Dan kalau greasekan roti jala guna daun pandan ianya akan bertambah harum ".

No comments: