13 March 2009

Cuti Sekolah Pun Bermula..

Arghhhhhhhhhhhhhh...sound mengeliat! eiii teruknya..hahahaha..
bila cuti sekolah dah mula, saya memang seronok sangat. Tak tahu kenapa yang seronok sangat! Hahaha..dulu takpa lah sebab ada maid. Kalau cuti jer, berduyun segala adik beradik, anak menakan terkam kat rumah. Tak kisah lah sebab ada maid. Nak masak, ada orang kupaskan bawang, basuhkan sayur, siangkan ikan, petikkan daun kari. Macam melampau kan! Hahaha..Sekarang sejak maid ku sudah balik Indon, rasa macam...err..err..rasa macammmm tak percaya saja!!!! huhuhu..semua kerja jadi HALAL sebab semua kerja dah jadi HAK MUTLAK saya! uwarghhhh...Penat tuu tak payah cakap lah. Bangun seawal pagi lagi dan mula buat kerja rumah. Sambil buat kerja, fikir nak masak apa, lepas buat kerja ni nak wat kerja apa pulak, pokok-pokok belakang tu siapa nak tengokkan..Hmmm..itulah kejadahnya kalau dari mula asyik harapkan orang lain. No!No goyang kaki anymore! Huhuhu..
Tapi takpa, bukannya tak biasa buat kerja rumah pun. Cuma letih tu biasalah. Semua surirumah pun macam tu jugak kan. Kalau larat, buat..kalau tak larat..tinggal jer..hihihi. Esok kan ada?! Ahaks. Saya nie sekarang nak tidur pun dah tak mimpi yang bagus-bagus. Selagi mata belum lelap, selagi itulah fikiran pun merewang dok pikir tentang kerja, kerja, kerja! Sekarang ni memang dah cukup syarat la. Sayalah tukang cuci, tukang sapu, tukang mop, tukang urut, tukang kebun, tukang bawak keta semuanya tukang tuu sayalah!


Apahal dok membebel ni ekk?? Bukan apa, saja nak melepaskan isi hati ini. Hahaha..Harap-harap cuti sekolah yang seminggu ini langsung tidak membebankan. Dan semoga cuti ini dan hari-hari yang mendatang, sentiasa diberi kudrat yang kuat, dijauhkan segala penyakit dan diberi hati yang kuat dan tabah. Tabah???!! hmm..cakap pasal tabah, teringat my bos yang pergi hospital hari ini untuk further check up dia. Harap-harap tiada apa-apa yang berlaku. Insya allah..

3 comments:

makcikkantin said...

hi kacip,
makcik dah 10 thn resign...dok rumah jaga semua/jadi semua...
motto makcik-rajin buat, tak rajin rehat je. cuti2 ni mmg bnyk badik2 mai rumah,hujung minggu ni segerombolan nak mai....

Kacip_Fatimah said...

skang nie cukup pantang kalau orang makan merata-rata,sepah sana sini,buat keja tak habih,amik barang tak letak balik tempat dia..huihhh!! mula laaa angin tofan nnt mai..hahahaha..sekejap2 pegang mop, sekejap2 pegang penyapu..then mop balik..hadoiii..mop-penyapu-kain buruk!itu jer kojernyer hari2..hahaha..dan hari2 yusra kena marah sebab suka makan kasik tumpah2..pastu datang laa pulak cik semut..eiii..dahhhh jadik satu kojer lagik! arghhh..

ღ'*•.¸alin¸.•*'ღ said...

see my new entry at http://mysweetpalace.blogspot.com/