07 May 2009

Kue Tiaw Goreng Simple


Ini sahaja yang mampu. Hehehehe..
Harini malas sangat nak masak nasi beserta lauk pauknya. Itu sebab semalam lepas ambil Yusra dari sekolah agama, terus ke pasar malam Sunway. Memang nak masak kue tiaw pun untuk hari esok. Lagipun Bos tak ada, outstation lagi. Jadi tak perlu lah nak eksyen lebih-lebih kononnya teruk dok masak kat dapur. Muahahaha...
Resepi saya seperti biasa memang sentiasa simple saja. Tumbuk bawang merah dan bawang putih kemudian tumis sampai garing. Masukkan cili kering mesin [cili boh] dlm 3-4 sdb kemudian tumis sampai pecah minyak. Masuk air sedikit diikuti sotong, udang, fishball, fishcake dsb. Letak je apa yang korang ada dlm peti ais tu. Pastu sos tiram 3-4 sdb, sos tomato sket, garam dan gula. Mendidih, masukkan batang sayur sawi dulu sampai empuk baru masukkan daun sawi. Akhir, masukkan kue tiaw. Jika suka taugeh, masukkan sekali. Kacau sebati. Nak makan..tabur daun bawang, daun sup, bawang goreng ataupun cili potong. Kalau nak terlebih sudah, boleh aje semakkan kue tiaw tu dengan hirisan tauhu goreng dan tomato hiris.
Hehehe..makan time!

1 comment:

MamaFaMi said...

Nak goreng kue tiau ka bihun ka mee ka, memang senang, tapi kan Kacip.... ingredient UTAMA tu je yang selalunya tak ada.... ie KERAJINAN. Bih nak wat cam no?