22 June 2009

Brownies

Hari ni semangat nak buat brownies. Pertama kali buat nie tau! Sebelum ni tak berminat nak cuba sebab for me, brownies nie tak sedap langsung!! Tapi sangkaan ku meleset lepas dah cuba brownies di Tony Roma's. Lepas pada tu dah memang rasa addict pula dgn brownies ni. Untuk pertama kali dan untuk pertama kali juga supaya tidak kecewa [takut sebenarnya] saya hanya menggunakan premix sahaja iaitu jenama Pillsbury. Mudah, cepat sesuai la untuk orang yang kurang sabar macam saya nie..hehehe..
Bila dah adun, bakar dan keluar daripada oven, dengan rasa kurang sabar lagi [memang jenis kurang sabar kot!] saya terus potong..merekah daaa..[tapi panduan kotak suruh potong lepas keluar daripada oven?? Hmmm..] Tak apa lah..percubaan saja kan..
Lepas dah potong, memang ngap terus. Fuyooo..sedappppp! tak tipu hokayy..ngeh ngeh ngeh..
Cuma rupa sahaja yang kureng. Arghhh..apa ada pada rupa! Janji sedap sudah..huahuahua..
Lepas nie boleh la cuba resepi-resepi yang sedia ada pulak yea..

10 comments:

MamaFaMi said...

Yang merkah merkah tu ler yang lawa.. Nanti lepas ni Kacip buat brownies jangan guna premix lagi. Mesti lagi sedap! Kalau macam ni, Kacip yang penat menggodak, Pillsbury yang dapat nama! Hihihi...

Hunny and Dyan said...

hye kacip...
ha'ah,yg merekah tu yg lawa..
hehehe...


chewy chewy BROWNIES..10% less + free delivery**.. http://pinkyretrosbazaar.blogspot.com TQ! :)

u-neey said...

ya betul, rupa tak penting janji sedap.
nanti nak try buat jugak la..
emm nyam nyam..

Min said...

Slm kacip, pakai premix pun sedap ye? ok la tu first try, akak pun tak terror buat brownies. Tapi ada yg mcm crunchy sikit kan, tu yg sedap.

Hayati said...

Cuba kacip guna resepi chef wan dalam buku resepi avon. Sedap tau. Kat rumah ni akak dah tak buat resepi lain dah, guna yang itu saja after beberapa kali guna resepi yang macam-macam.

Kacip_Fatimah said...

Kacip>MamaFaMi : insya allah Ma, dah kutip habis resepi2 brownies termasuk resepi Ma..hihihi..kena ada kudrat baru boleh jalan projek nie..hihihi

Kacip_Fatimah said...

Kacip>Hunny and Dyan : hi Hunny, itu la pasai..itu yg sedap kan..krup krap jer bila makan..

Kacip_Fatimah said...

Kacip>u-neey : try jgn tak try..mmg sedapp! hihi

Kacip_Fatimah said...

Kacip>Min : a'ah kak min..ada byk jenis jugak..saya pun baru berjinak2 dgn brownies nie..

Kacip_Fatimah said...

Kacip>Hayati : amboi kak yati, tang mana nk pi carik resepi tu?? ka dah ada kat porem? kalau takdak..sharing is caring..hikhik..