04 April 2008
Bila Hari Jumaat..
Harinie rasa bersemangat nak masak mcm ala-ala Hari Raya plak. Sekali sekala nak makan nasi tomato berlaukkan ayam masak merah. Yelah, kami nie hari-hari asyik jamu ikannnnnnnn ja. Ikan pun sure boring tengok hari-hari nk ngadap tuan nieeeeeeeeeeeee jer...hehehehe..
So lepas subuh tadi terus kuarkan ayam dalam ice box. Sempat lagik nak bertenet. Sambil bertenet sambil tumis nasi tomato atas dapo! hehehe..ingatkan nk buat nasi dengan ayam ja tapi bila pikir-pikir balik cam kurengg plakk. Takpe lah, kluarkanlah apa yang ada kita kasik lebur seme..so jadik lah menu yang tak seberapa nie..
Ada Nasi Tomato dgn hirisan carrot dan kismis [psstt..trick utk Yusra yang cerewet sgt nak makan sayur], Udang Goreng Kunyit, Ayam Masak Merah dan Acar Timun Nenas. Done!
03 April 2008
Senang punya kerja..
Muffin Orange Poppyseed nie memang wangi bila dibakar. Saya letak ekstra parutan kulit oren untuk menambahkan aroma kewangiannya. Memang sedap kalau makan muffin nie dengan secawan teh atau kopi.
Saya menggunakan resepi mudah dan simple. Beli je muffin mix kat kedai.
Bahan tambahan yang diperlukan ialah
3 biji telur
125 gm air [tetapi saya tukar kepada susu segar]
155 gm minyak jagung
Satukan tepung muffin mix dengan telur dan air. Kacau sebati kemudian tuang minyak perlahan-lahan.
Kacau sehingga adunan sebati dan sedia untuk dibakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit.
02 April 2008
Suji oh Suji

Memang jakun sket kalau yang melibatkan suji/semolina nie. Dulu-dulu memang tak sentuh lah kalau kuih-muih yang memang bahan utamanya ialah suji. Entah penyakit apa ntah tetiba angin tiup suruh jugak buat kek nie. So buat je lah. Bukan nak rugi pun. Memang tak rugi pun pasal memang sedap!! hehehe..
Thanks to Kak Mastura sebab kongsi resepi ni kat forum.
Blueberry Sugee Square
Bahan-bahan :-
A/
1 1/4 cwn tepung
2 sdt serbuk penaik
1 cwn suji
1/2 cwn gula kastor
B/
200 gm mentega, lembutkan pada suhu bilik
2 bj telur saiz A
2 sdt esen vanila
Raspberry atau Strawbery jem secukupnya
Cara-cara :-
1. Panaskan oven kepada suhu 170'C.
2. Ayak tepung dengan serbuk penaik.
3. Di dalam mangkuk, masukkan tepung yang sudah diayak bersama suji dan gula kastor.
4. Tuang masuk bahan B dan gaul dengan menggunakan whisker. Gaul hingga sebati.
5. Tuang separuh dari adunan tadi ke dalam loyang empat segi yang berukuran 8X8. Kemudian sudukan jem ke atas permukaan adunan tadi. Tidak perlu meratakannya. Campak-campak je jem tu.
6. Tuang baki adunan supaya menutupi keseluruhan jem.
7. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga permukaan atas kek masak.
Nota :-
Menurut kata Kak Mas, tekstur kek ini agak berderai. Jadi untuk nak melembapkan kek nie dan mengurangkan berderai bila dipotong, boleh masukkan 2 sdb susu atau pun tambahkan kuantiti telur.
Jika suka manis, boleh lebihkan jem.
Selamat Mencuba.
Thanks to Kak Mastura sebab kongsi resepi ni kat forum.
Blueberry Sugee Square
Bahan-bahan :-
A/
1 1/4 cwn tepung
2 sdt serbuk penaik
1 cwn suji
1/2 cwn gula kastor
B/
200 gm mentega, lembutkan pada suhu bilik
2 bj telur saiz A
2 sdt esen vanila
Raspberry atau Strawbery jem secukupnya
Cara-cara :-
1. Panaskan oven kepada suhu 170'C.
2. Ayak tepung dengan serbuk penaik.
3. Di dalam mangkuk, masukkan tepung yang sudah diayak bersama suji dan gula kastor.
4. Tuang masuk bahan B dan gaul dengan menggunakan whisker. Gaul hingga sebati.
5. Tuang separuh dari adunan tadi ke dalam loyang empat segi yang berukuran 8X8. Kemudian sudukan jem ke atas permukaan adunan tadi. Tidak perlu meratakannya. Campak-campak je jem tu.
6. Tuang baki adunan supaya menutupi keseluruhan jem.
7. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga permukaan atas kek masak.
Nota :-
Menurut kata Kak Mas, tekstur kek ini agak berderai. Jadi untuk nak melembapkan kek nie dan mengurangkan berderai bila dipotong, boleh masukkan 2 sdb susu atau pun tambahkan kuantiti telur.
Jika suka manis, boleh lebihkan jem.
Selamat Mencuba.
Sarapan Pagi
Harinie teringin sangat nak buat lempeng kelapa. Orang utara cakap lempeng nyoq! Sedap lempeng nie kalau cicah dgn gula ke, kari yang semalam atau 2-3 malam ke. Seriously..mmg best cicah dgn kari. Ni kira my all time favourite lah. Senang sangat nk buat lempeng nie. Lempeng nie juga boleh dimakan waktu sarapan atau minum petang.Lempeng Kelapa
Bahan-bahan :-
2 cwn tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih
2 cwn air [tapi tak sampai pun, guna dlm 1 3/4 cwn ja]
2 sdt garam
Cara-cara :-
1. Di dalam bekas yang bersih, masukkan tepung gandum, kelapa parut dan garam.
2. Kemudian tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat konsistensi adunan yang betul. Adunan ini jangan terlampau pekat dan tak boleh terlalu cair.
3. Kacau adunan supaya tidak berketul-ketul dan sedia digunakan.
4. Lengserkan sedikit minyak ke dalam kuali/pan. Sendukkan adunan tadi ke dalam kuali dan leperkan dgn belakang senduk. Jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.
5. Alih-alihkan supaya masak kedua-dua belah bahagian. Angkat.
01 April 2008
Menu Tengahari
Ini ikan kerapu merah. Sedap isi ikan nie. Kita guna tuhari wat kari pastu belen tu wat sup ikan untuk Yusra yang tak sihat harinie dan ada lagik 3 ketul simpan untuk goreng. Sup ikan nie beshhhhh..meh hirupppppppp..hihihi..
[resepi nanti-nantilah, kita nk bako kek dulu]
Menu Tengahari

Peria Goreng Tumis Cili
bahan-bahan :-
1 batang peria
4 sdb minyak masak [anggaran]
garam secukup rasa
2 biji telur
bahan ini perlu ditumbuk :-
3 biji cili merah [kalau suka pedas, tambahkan lagi menjadi 5 biji]
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sdt udang kering
1/2 sdt belacan
Cara-cara :-
1. Bersihkan peria kemudian hiris peria seperti gambar di atas. Rendam di dalam bekas berisi air dan masukkan 1 sdt garam. Ketepikan.
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan tumbuk. Tambah air jika terlalu kering. Tumis hingga pecah minyak.
3. Setelah bahan tumisan wangi dan pecah minyak, masukkan peria. Kemudian masukkan garam.
4. Kacau sehingga peria lembut.
5. Pecahkan telur dan biar telur masak kemudian hancur-hancurkan telur tersebut.
6. Kacau peria agar bersatu dengan telur dan bolehlah diangkat.
31 March 2008
Lepak @ Hartamas Square
Nasi ayam nie mmg sedap gilerrrrrrrr! sampaikan kita pun tumpang tak malu makan Yusra punya..hihihihi..dahtu lupa diri plak tuh! ishhhh..
Char Koew Teow nie hmmm..bolehlaaa..tak basah sgt dan tak berapa pedas..kita imagine yang kow-kow ala-ala power rangers nyerr..tapi takpa..rezeki jangan di tolak..bedal laa jugak..

Waffle with ice cream nie mmg best! waffle dia tebal dan soo sooooo yummy! shud try wey!
Jom Dessert!
This one is Yusra punya. Single scoop vanilla ice cream.
This one is mine, one slice of Chocolate Mud Cake. Im really..really..owhh..speechless! Masa nie tgh lepak-lepak dengan my doter kat Secret Recipe Gurney Plaza sesambil menunggu our lovely man utk pick up kitaorang yg penat sebab shopping tak hengat! hihihihi..
Cream Puff


Cream puff nie projek eksperimen untuk tahun lepas punya. Masa tu ada makan-makan kat kindy Yusra. So kena test dulu lah jadi ke tidak. Nasib baik eksperimen menjadi.
Kena teknik betul, baru dapat yg lembut. Kalau tak, keras ler jawabnya.
Resepi cream puff ni banyak sangat sebenarnya. Tapi saya pilih yang memang ramai dah cuba dan menjadi. Resepi seperti di bawah.
Cream Puff
Bahan-bahan :-
250 gm air
100 gm marjerin
200 gm tepung gandum [saya guna tepung redrose]
6 biji telur
1/2 sdt esen vanila
Cara-cara :-
1. Masukkan mentega, air dan esen vanila ke dalam periuk. Panaskan di atas api sehingga mendidih. Tuang tepung dan kacau hingga sebati. Angkat.
2. Dengan menggunakan mixer, putar adunan hingga betul-betul sejuk dan barulah dimasukkan telur satu persatu dan kacau hingga adunan menjadi pekat.
3. Gunakan nozzle untuk membentuk puff.
4. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 200'C.
5. Setelah sejuk, belah dua puff tadi dan bolehlah dipaipkan inti di tengah-tengahnya.
Inti Kastad
Bahan-bahan :-
275 gm susu segar
75 ml krim putar
35 gm gula kastor
25 gm tepung kastad
10 gm tepung jagung
Cara-cara :-
1. Didihkan susu segar bersama dengan krim putar.
2. Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung kastad, tepung jagung dan gula.
3. Tuangkan susu tadi ke dalam tepung. Kacau sampai sebati.
4. Panaskan adunan di atas api sambil kacau dengan whisker. Gunakan api yang kecil dan perlahan dan teruskan mengacau sehingga adunan pekat.
5. Sejukkan sebelum dijadikan inti.
Instant Custard
Bahan-bahan :-
100 gm instant custard
200 gm air masak
sedikit whipping cream
Cara-cara :-
1. Kacau instant custard dengan air masak. Masukkan whipping cream sambil kacau. Sedia digunakan.
Nota :-
Boleh pilih sama ada untuk menggunakan kastad yang dimasak atau kastad segera untuk inti puff seperti resepi di atas yang disumbangkan oleh Chef Anuar. Inti untuk puff ini terpulang sebenarnya. Sekiranya anda sukakan inti jagung, boleh juga menggunakan jagung krim. Ada juga sekadar menggunakan kaya. Kalau musim durian, boleh jugak menggunakan kaya durian dsb. Terpulang kepada citarasa dan kreativiti anda.
25 March 2008
Kek Batik
Dan resepi kat bawah nie pulak adalah kombinasi dari 3 orang forumer termasuk saya. Saya suka resepi nie sebab dalam bahan dia tidak ada telur!
Kek Batik
Bahan-bahan :-
125 gm butter
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 cwn susu segar
2 sdb serbuk koko
1/2 bungkus biskut marie, patahkan 4 bahagian
1 sdb nutella
1 sdb serbuk milo
Cara-cara :-
1. Cairkan butter dengan menggunakan api yang sederhana.
2. Masukkan susu pekat manis, susu segar, serbuk koko, serbuk milo dan juga nutella. Kacau dengan whisker supaya adunan sebati dan pekat.
3. Kemudian masukkan biskut marie dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam loyang kemudian tekan supaya rata dan padat.
5. Sejukkan di dalam peti sejuk.
6. Apabila kek agak mengeras, bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Blueberry Cheese Cake
Ini projek lama-lama yang kita terpaksa korek dan punggah sebab merata-rata sangat letak duduknya jadi dah lupa save kat mana..luckily i've found this.Ini adalah blueberry cheesecake yang saya buat lama dahulu [lihat tarikh pada gambar]
idea nak deko memang tak pernah terlintas langsung. Tiba-tiba bangun pagi tu terus capai whip cream dan putaqqqqq..pastu sessi tenyeh menenyeh ler plakk..maka terhasillah kek yg sebegitu.
Resepi nie saya ambil dari buku Catherine Lau. Ramai bloggers dan forumer pun dah mencubanya. Memang sedap!
Blueberry Cheesecake
source : Catherine Lau Cheesecake Seduction
credit to Catherine Lau
Ingredients :-
Base/
110 gm butter
200 gm digestive biscuits, finely crushed
2 tbsp brown sugar
50 gm almond flakes, toasted
Filling/
500 gm cream cheese
30 gm butter
120 gm castor sugar
lemon zest, grated from 1 lemon
lemon juice, from 1 lemon, strained
30 gm cornflour, sifted
300 ml whipping cream
4 eggs, lighlt beaten
150 gm blueberry filling
Topping/
1 tsp powdered gelatine
30 ml water
150 gm blueberry filling
100 gm whipping cream
Method:-
1. To prepare biscuit base. Melt butter in pan over low heat. Add combine biscuits and sugar and mix well. Fry until fragrant.
2. Press into a greased 23cm springform or false bottomed cake pan with the back of your metal spoon or with your hand.
3. Spread almond flakes on base.
4. Cover cake pan and refrigerate for at least 30 minutes.
Filling
1. Beat cream cheese and butter until smooth. Add sugar, lemon zest and juice, and cornflour. Beat until smooth. Add cream and blend until mixture thickens. Slowly pour in eggs and mix until just combined.
2. Pour half the filling on biscuits base. Carefully spread blueberry filling on filling. Pour remaining filling into cake pan.
3. Place cake pan in water bath. Bake for 1 hour or until filling is set around the edge but slightly soft in the centre.
4. Turn oven off. Leave cake in oven for 30 minutes with the door closed. Remove water bath form oven. Leave cake to cool completely in oven with the door ajar.
5. Cover cake pan. Refrigerate for at least 6 hours.
Topping
1. Sprinkle gelatine on water. Leave for 5 minutes. Stir over low heat until mixture is clear. Stir in blueberry filling. Remove cheesecake from pan. Top with mixture.
2. Whip cream until firm peaks form. Pipe on cake. Chill before serving.
21 March 2008
Yusra the food mania!
Cream Caramel

Cream caramel nie sebenarnya plain sahaja tanpa gula karamelnya. Saya susun buah peach di atasnya sebagai hiasan. Memang sedap. Resepi nie dari prepack mix juga. Bahan tambahan yang diperlukan hanyalahsekotak susu segar 1 liter. Didihkan susu dan kemudian tuang semua bahan yang telah disediakan. Apabila mendidih, terus tuang ke dalam loyang dan sejukkan. Resepi ini memang sesuai sekiranya nak dihidangkan kepada tetamu. Ringkas, cepat dan sedap!
Buah Gajus


Masa kita ronda-ronda kat pasar malam Kepala Batas, kita jumpa buah gajus. Rasa seronok tak terhingga sebab teringin sangat nak makan buah gajus nie. Buah pun besar-besar. Kita borong sket je RM2 sebekas. Balik umah terus potong-potong dan cicah dengan garam gula dan sedikit kicap. Lama tak makan rasa macam jakun pulakkk. Sebab dah lupa rasa buah nie macam mana..hikhikhik..rasanya sedikit berasid dan kelat. Sesiapa yang batuk atau sakit kerongkong, sila jauhi buah ini [amaran nih!] hohoho..Puding Laici
Puding Laici
Bahan-bahan :-
1 peket agar-agar strips
air [sukatan air saya agak-agak shj] biasanya tidak melebihi paras agar-agar
1 tin susu cair
1 tin laici, dikisar
Cara-cara :-
- Campurkan agar-agar dan air ke dalam periuk kemudian masak sehingga agar-agar tadi hancur. Setelah hancur, masukkan gula.
- Kacau sehingga gula betul-betul hancur dan agar-agar tidak berketul. Tapiskan ke dalam periuk lain dan masak semula di atas api.
- Masukkan susu cair dan laici yang telah dikisar. Biar mendidih sekejap. Kemudian tutup api dan bolehlah dituang ke dalam acuan atau loyang yang anda sukai. Sejukkan dan bolehlah dihidang.
- Anda boleh juga menambah 1 tin laici sebagai hiasan. Hiris kasar buah laici dan susun di atas puding tersebut atau mengikut kreativiti anda. Selamat Mencuba!
Resepi asal adalah sumbangan dari Kak Liza.
Projek Cuti Sekolah



Ada orang gelar kek gula hangus, ada juga yang gelar kek sarang semut dan turut juga digelar kek sarang tebuan. Apa sahaja gelaran, bentuk dan rasa keknya tetap sama. Yang membezakan adalah nama! [apa ada pada nama daaa...]
Kek yang saya buat ini sebenarnya amat mudah dan ringkas sahaja bahan-bahannya. Sebenarnya saya beli ready mix honeycake mix dari sebuah kedai bakeri yang terletak di Shah Alam dan bahan tambahan yang saya perlukan adalah seperti mentega, telur dan susu cair sahaja. Bahan-bahan itu dicairkan lalu ditambah dengan bahan yang telah siap sedia kemudian dipukul sebati dan terus bakar selama 1 jam. Hasilnya memang tiada beza dengan kek yang kita bancuh biasa.
Sebelum saya berjinak-jinak dengan prepack mix nie, saya pernah jugak cuba buat kek gula hangus sendiri.
Resepi itu saya dapat dari seorang forumer CARI iaitu Yume. Resepi asal adalah dari Pn Halimah.
Ramai juga forumer di FNR dah mencuba resepi nie dan hasilnya amat memuaskan. Sekiranya anda berminat nk mencuba, boleh cuba dengan resepi di bawah ini.
KEK GULA HANGUS
Bahan-bahan :-
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sdb mentega
[Untuk membuat gula hangus :
Gula hendaklah digoreng dengan api yang perlahan. Apabila gula agak mencair, tuang air panas perlahan-lahan dan tutup api. Kemudian masukkan mentega dan kacau sehingga cair. Sejukkan adunan ini dan ketepikan]
4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum, ayak bersama
2 sdk soda bikarbonat
1 sdk esen vanila
Cara-cara :-
1. Pukul telur sehingga kembang dan pekat.
2. Masukkan susu dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan juga soda bikarbonat yang telah di ayak bersama.
4. Tuang esen vanila ke dalam adunan dan akhir sekali masukkan gula hangus tadi.
5. Adunan ini hendaklah diperap selama 3 - 4 jam dalam keadaan bertutup supaya sarangnya akan lebih cantik.
6. Setelah diperap, bolehlah terus dibakar pada suhu 160' C selama 1 jam dengan menggunakan api bawah sahaja. Untuk 10 minit terakhir, tukar kepada api atas dan bawah pula.
Selamat Mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)


























