21 March 2008

Projek Cuti Sekolah



















Ada orang gelar kek gula hangus, ada juga yang gelar kek sarang semut dan turut juga digelar kek sarang tebuan. Apa sahaja gelaran, bentuk dan rasa keknya tetap sama. Yang membezakan adalah nama! [apa ada pada nama daaa...]
Kek yang saya buat ini sebenarnya amat mudah dan ringkas sahaja bahan-bahannya. Sebenarnya saya beli ready mix honeycake mix dari sebuah kedai bakeri yang terletak di Shah Alam dan bahan tambahan yang saya perlukan adalah seperti mentega, telur dan susu cair sahaja. Bahan-bahan itu dicairkan lalu ditambah dengan bahan yang telah siap sedia kemudian dipukul sebati dan terus bakar selama 1 jam. Hasilnya memang tiada beza dengan kek yang kita bancuh biasa.
Sebelum saya berjinak-jinak dengan prepack mix nie, saya pernah jugak cuba buat kek gula hangus sendiri.
Resepi itu saya dapat dari seorang forumer CARI iaitu Yume. Resepi asal adalah dari Pn Halimah.
Ramai juga forumer di FNR dah mencuba resepi nie dan hasilnya amat memuaskan. Sekiranya anda berminat nk mencuba, boleh cuba dengan resepi di bawah ini.


KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan :-
1 cwn gula

1 cwn air panas
2 sdb mentega

[Untuk membuat gula hangus :
Gula hendaklah digoreng dengan api yang perlahan. Apabila gula agak mencair, tuang air panas perlahan-lahan dan tutup api. Kemudian masukkan mentega dan kacau sehingga cair. Sejukkan adunan ini dan ketepikan]

4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum, ayak bersama
2 sdk soda bikarbonat
1 sdk esen vanila

Cara-cara :-
1. Pukul telur sehingga kembang dan pekat.
2. Masukkan susu dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan juga soda bikarbonat yang telah di ayak bersama.
4. Tuang esen vanila ke dalam adunan dan akhir sekali masukkan gula hangus tadi.
5. Adunan ini hendaklah diperap selama 3 - 4 jam dalam keadaan bertutup supaya sarangnya akan lebih cantik.
6. Setelah diperap, bolehlah terus dibakar pada suhu 160' C selama 1 jam dengan menggunakan api bawah sahaja. Untuk 10 minit terakhir, tukar kepada api atas dan bawah pula.

Selamat Mencuba!

No comments: