19 February 2008

Pulut Inti


Pulut Inti nie memang dah lama nk buat..cuma projeknya asyik tangguh saja..kebetulan semalam kita punggah seme khazanah kita kat dapo..terjumpa plak sebekas beras pulut susu..hmm..rendam dulu..fikir kemudian! hihihihi..so lepas dah berhempas pulas memikir apa yg nk dibuat..akhirnya kita amik menu yg paling simple dlm dunia..hehe..
Bahan-bahan :-
::
Pulut/
2 cwn beras pulut, dibasuh bersih kemudian direndam semalaman
1 kotak santan dicampur dgn sedikit air
1 sdt garam
1 helai daun pandan, disimpul
::
Inti/
3/4 cwn gula merah
1/2 cwn air
sedikit garam
1 helai daun pandan, disimpul
sedikit tepung gandum
::
Cara-cara :-
1. Beras yang telah direndam dibasuh sekali lagik kemudian tuang ke dalam loyang dan dikukus. Selepas lebih kurang setengah jam, keluarkan pulut dan buang simpulan daun pandan dan tuang santan yang dicampur dgn garam. Kukus lagik selama 15 minit. Keluarkan pulut dan gaul kemudian sejukkan.
2. Untuk intinya pula, masukkan ke semua bahan-bahan kecuali tepung gandum ke dalam kuali dan kacau sehingga air kering. Sebaik-baiknya, gunakan api yg perlahan. Apabila inti tadi agak kering, taburkan tepung gandum tadi dan terus mengacau. Siap utk digunakan.
::
Nota :-
1. Tujuan tepung gandum dimasukkan ke dalam inti ialah utk mengilatkan struktur inti.
2. Inti ini juga sesuai digunakan untuk kuih ketayap.

1 comment:

ninoZ said...

pstttt..nak kilat buh tepung ubi :D