19 February 2008

Roti Gulung Sosej Cocktail


Bahan-bahan :-

3 keping roti putih , dicanai sehingga nipis

6 batang sosej cocktail, rendam air panas

1 biji telur

2 sdb oat

3 sdb breadcrumb

Cara-cara :-

1. Potong kerak roti dikeliling. Canai roti sehingga nipis. Potong dua bahagian.

2. Bentangkan roti tadi kemudian ambil sebatang sosej cocktail dan letak di tengah-tengah roti dan balut/gulung. Sapukan sedikit telur di penghujung roti supaya ia lekat. Golek-golekkan lagi supaya roti dan sosej tadi menjadi kejap. Ulang sehingga roti dan sosej habis.

3. Kemudian celup roti tadi ke dalam telur dan golek-golekkan ke dalam adunan oat dan breadcrumb dan terus goreng. Sebaiknya guna api yg perlahan tan tidak terlalu kuat. Tetapi jgn terlalu perlahan kerana ini akan mengakibatkan roti menyerap minyak. Balik-balikkan dan sedia diangkat.

Nota :-

1. Kerak roti tadi sebaiknya jgn dibuang. Koyakkan kerak-kerak roti tadi dan masukkan ke dalam blender kering dan blend halus. Gunakan crumb ini sebagai bahan penyalut yang dicampur dengan oat. Boleh juga menggunakan cornflakes yg dihancurkan.

2. Untuk mendapat kenipisan roti, sebaik-baiknya guna roti yang segar dan bukan roti yang hampir tamat tarikh luput.

3 comments:

ninoZ said...

wahhh..ade geng laa..
hehehehe

hanieliza/kakliza said...

tahniah..daha da blog sendiri..
nanti boleh hias kasi lawa2 lagi...

Anonymous said...

emmm..menghibukan la kacip bila kakak baca..kita tak de anak perempuan ..hu hu hu

boxhousestudio