
18 August 2008
Award lagik..

Award

Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.
Here are the rules to follow :-
When you receive the prize you must write a post showing it, together with the name of who has given it to you, and link them back.
Choose a minimum of 7 blogs (or even more) that you find brilliant in their content or design. Show their names and links and leave them a comment informing they were prized with ‘Brilliant Weblog’.
Show a picture of those who awarded you and those you give the prize (optional). All the bloggers have wonderful work and content in their blog and all deserve to get this. As per the rules I would like to pass this award to my fellow bloggers mentioned below:
Muffins
Muffin Choc Chip, Pisang dan Walnut
Bahan-bahan :-
55 gm mentega tanpa garam
175 gm gula kastor
1 biji telur
2 biji pisang masak ranum, dilecek
280 gm tepung naik sendiri
2 sdt baking powder
200 gm walnut cincang, seeloknya dipanggang sebentar
85 gm choc chip
120 ml buttermilk
Cara-cara :-
1. Panaskan oven dan griskan loyang muffin jika tidak menggunakan cawan kertas.
2. Pukul mentega dan gula sehingga lembut. Masukkan telur dan pisang dan pukul lagi.
3. Dalam mangkuk berasingan, satukan tepung, baking powder, walnut dan choc chip kemudian digaul sebati. Masukkan adunan ini ke dalam adunan mentega bersama-sama buttermilk dan digaul lagi sehingga semuanya sebati.
3. Sendukkan adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
03 August 2008
Nasi Goreng
Sarapan Pancake pulak!
Bahan-bahan :-
1 cwn pancake mix
1 bj telur
1 cwn susu segar
1 sdb mentega cair
Cara-cara :-
1. Satukan kesemua bahan dan kacau.
2. Panaskan pan dan sendukkan adunan dan biar sehingga timbul bubble kemudian barulah dialihkan.
::
Pancake Mix
Bahan-bahan :-
4 cwn tepung gandum
3 sdb baking powder
2 sdt soda
1 sdt garam
2 sdb + 2 sdt gula
Cara-cara :-
1. Satukan kesemua bahan-bahan di atas dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Puding Raja
31 July 2008
Makan-Makan Sempena Israk Mikraj
28 July 2008
Tauhu Masak Schezuan
Resepi asal : Diana
Bahan-bahan :-
Minyak utk menggoreng
3 cwn air atau lebih
Bahan sos :-
1/4 cawan sos tiram
::
2. Udang ditabur sedikit tepung jagung dan secubit garam, digoreng sekejap. Angkat dan ketepikan.
6. Kacau sekejap dan tutup api. Siap dan sedia dihidangkan.
::
Nota :-
Masakan ini tak perlukan garam kerana sudah cukup rasa masinnya dari kicap. Saya menggunakan kicap masin, sebab itu tak perlukan garam.
Kuih Ketayap
Kuih Ketayap
Anggaran : 8 keping
Bahan-bahan :-
Inti Kelapa
Kelapa parut putih
Gula merah
Gula putih
air
Secubit garam
1 helai daun pandan, disimpulkan
1/2 sdb tepung ubi/gandum
Cara-cara :-
1. Masak gula merah dan gula putih dgn air. Tapiskan. Ketepikan.
2. Di dalam kuali, masukkan kelapa parut, daun pandan dan air gula merah.
3. Kacau dengan api perlahan sehingga kelapa tadi masak dan biar sehingga air kering.
4. Taburkan sedikit tepung ubi/gandum ke dalam kelapa tadi dan kacau lagi sehingga likat dan pekat. Siap untuk digunakan.
Kulit
1 cwn tepung gandum
1 bj telur
secubit dua garam
1 cwn + 5 sdb jus pandan
Cara- cara :-
1. Blend ke semua bahan-bahan di atas dan tuang ke dalam mangkuk.
2. Panaskan kuali, sapu sedikit minyak dan tuang sesenduk adunan dan leperkan. Alihkan supaya masak di kedua-dua belah.
3. Bentangkan kulit, letakkan inti dan gulung sehingga habis.
25 July 2008
Bebola Keledek
Bahan-bahan :-
500 gm ubi keledek oren, dikukus dan dilecek
280 gm tepung ubi
75 gm gula
garam
Bahan Salut/
200 gm kelapa parut putih
2 helai daun pandan, disimpulkan
garam
Bahan Sirap/
300 gm gula melaka
150 ml air
2 helai daun pandan, disimpulkan
garam
Cara- cara :-
1. Gaul kelapa parut putih bersama garam dan kukus seketika. Ketepikan.
2. Gaul ubi keledek bersama-sama gula, tepung ubi dan garam. Bulat-bulatkan sehingga semua adunan selesai. Didihkan air di dalam periuk kemudian masukkan kesemua bebola tadi dan biar sehingga timbul. Angkat dan toskan.
3. Kemudian letakkan bebola tadi ke dalam bekas yang mengandungi kelapa parut. Golek-golekkan bebola tadi. Buat sehingga habis kesemua adunan.
4. Untuk sirap, campurkan ke semua bahan dan masak di atas api. Kacau sehingga gula larut dan sedia utk dihidangkan bersama-sama bebola keledek tadi.
Nota :-
- Saya tak cukup kuantiti utk keledek jadi saya adjust sket kuantiti tepung dan gula.
- Untuk sirap pula, saya tak ikut mcm resepi di atas sbb tak ada gula melaka. Jadi, saya masak 1 cwn gula merah dan 1 cwn gula putih dengan 2 cwn air plus daun pandan. Masak sampai gula larut dan tapiskan.
19 July 2008
16 July 2008
Apam Puteri Ayu Coklat
Bahan-bahan :-
2 biji telur
1/2 cwn gula
1/2 sdk ovalete [saya terrrbubuh 1 sdk!hehe]
1/2 cwn tepung gandum
1 sdb serbuk koko
kelapa parut putih + garam
Cara- cara :-
1. Pukul telur, gula dan ovalete hingga kembang dan pekat. [saya pukul sampai putih gebu tak hengat!]
2. Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak terlebih dahulu sedikit demi sedikit. [saya tuang terus then putarrrrrr sampai sebati].
3. Ambil sedikit kelapa parut yang telah digaul dgn sedikit garam dan masukkan ke dalam acuan. Tekan sedikit dan tuangkan adunan.
4. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak.
Nota :-
Pendapat saya, kalau tak letak kelapa parut dan biar apam nie kosong saja pun sedap. Tapi kena tukar nama lah jadik Apam Coklat.
Happy Anniversary!
15 July 2008
Udang Masak Lemak Dengan Nenas
08 July 2008
Puding Cendol
Puding Cendol
sumber : myresepi
Bahan-bahan :-
Lapisan Bawah
500 ml air
180 gm gula pasir
300 ml santan pekat
10 gm agar-agar powder
500 gm cendol
sedikit garam
Lapisan Atas
500 ml air
200 gm gula merah
300 ml santan pekat
10 gm agar-agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam
Cara-cara :-
Lapisan Bawah :-
1. Masak air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.
Tips :- Untuk acuan, basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic [saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan] supaya mudah keluarkan puding dari acuan nanti untuk dipotong.
Lapisan Atas :-
1. Masak gula merah dengan sedikit air [drp 500 ml dalam resepi di atas] sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
2. Masukkan air gula merah, baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
3. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.
Tips 1 :
1. Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk/cakar dengan garpu di serata adunan.
2. Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.
Siput Mentarang
04 July 2008
REJAB yang penuh berkat
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt.
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj [Rabu, 30 Julai 2008] akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
3.. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab [4, 5, 6 Julai 2008] maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt, InsyaAllah.
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah [hari-hari puasa] maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.
- Sabda Rasulullah saw lagi : "Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini." - Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita : "Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau, "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
- Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
- Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH, Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."






