Buat muffins ni sebab nak habiskan stok pisang yang melambak-lambak kat umah. Setakat nie tak pernah lagi buat muffins yang buh pisang so kali nie nk test market la pulak. Kebetulan nak balik Penang haritu, so boleh laa wat bekal dan sekali utk jamu family sana.
Muffin Choc Chip, Pisang dan Walnut
Bahan-bahan :-
55 gm mentega tanpa garam
175 gm gula kastor
1 biji telur
2 biji pisang masak ranum, dilecek
280 gm tepung naik sendiri
2 sdt baking powder
200 gm walnut cincang, seeloknya dipanggang sebentar
85 gm choc chip
120 ml buttermilk
Cara-cara :-
1. Panaskan oven dan griskan loyang muffin jika tidak menggunakan cawan kertas.
2. Pukul mentega dan gula sehingga lembut. Masukkan telur dan pisang dan pukul lagi.
3. Dalam mangkuk berasingan, satukan tepung, baking powder, walnut dan choc chip kemudian digaul sebati. Masukkan adunan ini ke dalam adunan mentega bersama-sama buttermilk dan digaul lagi sehingga semuanya sebati.
3. Sendukkan adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
18 August 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment