28 July 2008

Tauhu Masak Schezuan

Nak share resepi tauhu yang Diana pernah post kat forum suatu ketika dulu. Saya cukup suka resepi nie sebab simple dan sedap. Nampak gambar je mcm tak best, tapi kalau dah cuba, insya allah..tentu korang suka..Saya dah olah sedikit resepi yang Diana kasik tuu sebab nak kasik lebih pedas..tapi menurut Diana, resepi asal memang pedas pun..cuma Diana olah supaya sesuai utk family yang ada anak kecil.
Tauhu Masak Schezuan
Resepi asal : Diana

Bahan-bahan :-
4 keping tauhu, setiap sekeping dibelah 4 [menjadikan 16pcs]
1 mangkuk udang, dikupas dan dibiarkan ekornya shj
3 ulas bawang putih, diketuk dan dicincang
Minyak utk menggoreng
3 cwn air atau lebih

Bahan sos :-
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan kicap [tak sampai 1/4 cwn], nnt termasin
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
::
Kisar menggunakan chopper :-
1 biji bawang besar yang besar
15 biji cili padi atau lebih jika suka pedas
::
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan goreng tauhu yang telah dipotong dadu sehingga setengah masak. Agak-agak dah bertukar warna kekuningan, sebaiknya terus diangkat. Ketepikan.
2. Udang ditabur sedikit tepung jagung dan secubit garam, digoreng sekejap. Angkat dan ketepikan.
3. Minyak boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan dan masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau. Jangan terlalu garing sangat. Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan tumis lagi.
4. Masukkan pula bahan sos. Biarkan ia mendidih. Masukkan air. Didihkan lagi.
5. Masukkan tauhu dan biar masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Masukkan udang.
6. Kacau sekejap dan tutup api. Siap dan sedia dihidangkan.
::
Nota :-
Masakan ini tak perlukan garam kerana sudah cukup rasa masinnya dari kicap. Saya menggunakan kicap masin, sebab itu tak perlukan garam.

No comments: