13 May 2008

Jantung Pisang Masak Parpu


::
---------------<>---------------
::
Kita dah cantas jantung pisang belakang umah tadi. Teringat mak selalu masak parpu. Tiba-tiba kecur air liur la pulak.

::
::
Jantung Pisang Masak Parpu [kacang dhall]
::
Bahan-bahan :-
1 biji jantung pisang, direbus dan dihiris
::
1/2 cwn kacang dhall
1/2 sdt serbuk kari ikan
1 sdt udang kering
1 kotak santan
garam
1 sdt serbuk kunyit
::
Bahan tumis darat/
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1/2 sdt jintan manis
3 biji cili kering, dikerat-kerat
::
::
Cara-cara :-
1. Basuh dan bersihkan kacang dhall. Rebus kacang dhall bersama-sama serbuk kari ikan dan udang kering sehingga kacang dhall empuk. Masukkan serbuk kunyit.
2. Masukkan santan bersama-sama dgn air anggaran 2 cwn. Bila agak mendidih, masukkan jantung pisang dan garam. Jika kuah terlampau pekat, tuang air sedikit.
3. Untuk tumisan, panaskan minyak dan masukkan daun kari dan cili kering terlebih dahulu. Kacau-kacau sedikit dan masukkan bahan-bahan lain seperti bawang merah, bawang putih dan jintan manis. Tumis hingga garing dan kekuningan. Tutup api dan tuang masuk ke dalam periuk kuah parpu tadi. Kacau-kacau sedikit biar mesra dan bolehlah dihidangkan.

Kek Yogurt


::
---------------<>---------------
::
Kek nie pernah mengalami zaman kegemilangannya semasa di FNR dulu. Memang glamour habis lah kek nie. Ramai forumer dah mencuba kek nie. Bagi saya, dah banyak kali jugak buat. Tapi pernah jugak dalam sekali tu kek tak menjadi. Tapi semalam teringin sangat nak makan kek. Dah la baru nie buat kek Japanese Cotton Cheesecake tak jadik! memang la frust menonggenggg!cheese dah la mahallllll..! telur pulak sampai 6 bijik ko! Nak mengubat hati punya pasal, cuba jugaklah buat Kek Yogurt nie.
::
::
Kek Yogurt Blueberry
Sumber : Tenko
::
Bahan-bahannya :-
6 bj telur
2 cwn gula halus
250 gm mentega
2 1/2 cwn tepung, diayak
3/4 cwn yogurt blueberry
hirisan badam
secubit garam
1 sdt pes blueberry [jika ada]
::
Cara-cara :-
1. Asingkan kuning dan putih telur terlebih dahulu.
2. Pukul putih telur hingga betul-betul kembang [soft peak]. Ketepikan.
3. Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu kemudian tambahkan pes blueberry dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan putih telur [yang dipukul sebentar tadi], yogurt & tepung berselang-seli [guna kaedah kaup balikkan]. Kacau sehingga semua sebati dan tambah garam. Gaul lagi.
5. Tuang ke dalam acuan. Taburkan hirisan badam dan bakar hingga masak selama lebih kurang 1 jam dgn suhu 180'C.
::
::
Nota :-
Menurut Tenko, resepi asalnya menggunakan tepung naik sendiri. Tetapi beliau hanya menggunakan tepung gandum biasa saja. Manakala saya pula menggunakan superfine flour dan untuk gula pula saya kurangkan sedikit. Resepi ini juga boleh menggunakan sebarang perisa yogurt yang anda gemari. Setakat ini, blueberry adalah yang paling sedap. Selamat Mencuba!

12 May 2008

Mama Dihargai..Thanks Abah!


::
---------------<>---------------
::
Dua hari sebelum Hari Ibu bos belikan kita 2 utas jam tangan. Kemudian kelmarin dia bawak kita pegi lunch kat Restoran Puteri yang di Jalan Penchala. Ramai jugak orang yang datang celebrate Hari Ibu. Kebanyakkan datang dengan membawa ibu masing-masing. Meriah jugak lah. Tak kurang jugak makanan yang disediakan. Memang sedap dan menarik sekali. Ada macam-macam juadah dari hidangan utama hinggalah ke pencuci mulut. Awal-awal lagi kita makan nasi dulu sebab lapar laa..hehe..lepas tu kita amik sikit-sikit mcm gambar di atas tu. Restoran nie hanya menyediakan buffet sahaja. Kak Rubiah dgn suaminya mmg peramah dan sentiasa melayan tetamu mereka dgn baik.

Selamat Hari Ibu Sedunia



Selamat Hari Ibu!!!!
Buat ibuku..terima kasih untuk segala-galanya. Dikaulah ratu hatiku.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau panjangkanlah umur ibubapa ku Ya Allah. Murahkanlah rezeki buat mereka dan berilah kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ampunkanlah segala dosa mereka sesungguhnya mereka adalah insan yang amat berharga buat diriku. Tanpa mereka aku tidak akan berada di duniaMu ini Ya Allah. Amin.

10 May 2008

Sesi Bunga-Bungaan



---------------<>---------------
::
Kita tak ada pokok bunga banyak-banyak. Yang ada sekarang pun yg gambar kat atas tu. Paling atas ialah pokok bunga melur cina [as told by ninoZ] dan bawahnya ialah pokok bunga melur.Minat nak menanam bunga tu ada cuma takut hayat pokok tu je tak panjang..hihihi..maklumlah, tuan tanahnya tangan keras! hehehe..

Sesi Bercucuk Tanam

:: pokok daun pandan kesayangan hamba!! ::
:: yg nie ialah spesis ulam-ulaman. Atas tu pokok salad dan bawah pucuk gajus ::

:: kenal tak? ini ialah pokok lemuni. Orang utara suka wat nasik guna daun nie. Untuk wanita lepas bersalin pun boleh makan wat ulam ::
:: pokok serai yang kadang-kadang mati pastu hidup semula! magic..magic! ::
:: hok nie pokok halia ::
:: pokok dan buah belimbing besi..sodap wat masak lomak neh ::

:: spesis pokok pisang yang tak bernama..hehehe ::
:: bersama-sama pengarang jantungnya..hikhik dan kat bawah plak anak pokok baru lepas bersalin tuhari ::
:: yg bawah nie ialah pokok bayam pastu pegaga pastu pokok kacang bendi pastu pokok daun pudina pastu pokok durian yg kita beli benihnya kat Pesta PP ::


<
:: pokok jambu air ::
:: pokok mempelam ::
:: pokok kari ::
:: pokok kari yg hampir rosak dimakan makhluk tak bertanggungjawab ::
:: inilah makhluk perosak yg tidak bertanggungjawab tuh!!!! ::

06 May 2008

Puding Roti Choc Chip


Puding Roti Choc Chip
::
Bahan-bahan :-
6 bantal roti hot dog, koyak-koyakkan
1 tin [400 gm] susu cair atau susu segar
::
A/
6 sdb gula
1 sdk garam
85 gm mentega
2 biji telur
1 sdt esen vanilla
1 sdb tepung jagung
::
B/
choc chip
almond flakes atau almond nibs
::
::
Cara-cara :-
1. Tuang semua bahan A ke dalam mangkuk dan adun dengan mixer sehingga sebati.
2. Tuang bahan A ke dalam roti. Gaul sehingga sebati. Seeloknya roti yang lembik tadi dihancur-hancurkan sedikit.
3. Masukkan choc chip ke dalam adunan dan gaul lagi.
4. Tuang ke dalam loyang yang di sapu minyak/butter dan tabur almond nibs atau almond flake jika suka kemudian bakar pada suhu 180'C selama 30-35 minit atau sehingga masak.

01 May 2008

Kari Kepala Ikan

::
---------------<>---------------
::
Kari kepala ikan nie kira lauk penting laa jugak. Dalam seminggu dua tu mesti nak kena ada kari. Semalam awal-awal pagi dah pergi Pasar Besar kat Taman Tun tu mencarik ikan Jenahak. Kira lauk fresh la nie. Resepi nanti lah kita kasik, sekarang tgh mengukus pulut atas dapur.

28 April 2008

Selamat Hari Lahir Sayang!


::
---------------<>---------------
::
Untuk permata hati mama..Selamat Hari Lahir yang ke 7 tahun. Semoga menjadi anak yang solehah dan beriman hendaknya. Mama selalu mendoakan yang terbaik buatmu. Kaulah segala-galanya buat mama!
" Relaku menunggu mu..seribu tahun lama lagi..tapi benarkah hidup aku kan selama ini..biar berputar utara selatan ku tak putus harapan sedia setia..."

Puding Pelangi




Puding nie memang dah glamour kat forum. Penyumbang resepi nie ialah Blackmore. Ramai forumer dah cuba puding nie. Saya sendiri pun dah banyak kali buat. Kenapa?? sebab memang tak rugi pun kalau buat puding nie. Rasanya lemak manis dan memang sedap. Sesuai juga kalau dibuat sebagai buah tangan untuk majlis pertunangan, majlis kecil-kecilan mcm cukur jambul, tahlil dsb.

Rainbow Pudding
::
Bahan-bahan :-
26 gm serbuk agar-agar
1350 ml air
450 gm gula pasir
130 gm mentega
8 bj telur saiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sdb tepung kastad
1 sdt esen vanila
2 sdb serbuk koko
pewarna merah dan kuning secukupnya

::
Cara-cara :-
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih. Ketepikan.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu cair dan tepung kastad dan kacau hingga adunan sebati. Kemudian tapiskan ke dalam adunan agar-agar sambil dikacau sehingga rata dan mendidih.
3. Masukkan mentega dan esen vanila, kacau lagi hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuh serbuk koko [dicampurkan dgn sedikit air] ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau. 2 mangkuk lagi masing-masing diletakkan dengan pewarna kuning dan merah.
5. Gunakan loyang berbentuk 4 segi saiz 9X9 ataupun loyang berbentuk jantung [seperti gambar di atas]. Merengkan loyang sedikit dgn menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras, tuangkan satu senduk adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula dgn satu senduk adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan habis.
6. Letakkan loyang kembali ke kedudukan asal kemudian masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan sebelum dipotong.

25 April 2008

Cok Udang

::
---------------<>---------------
::
Cucoq [cucur/jemput-jemput] nie ada banyak versi kan. Korang pun tentu ada macam-macam resepi untuk cucoq ni. Ada yang letak ikan bilis, udang, jagung dsb. Macam saya, suka letak jagung juga, pastu udang hidup [sesetengah panggil udang basah] bawang besar, cili mesin [instead of cili merah], daun kucai, jintan manis sket, garam, gula dan soda bikarbonat. Bak kata orang, bedal sajalah apa yang ada dlm peti ais tuh. Apa pun cucoq kat Chowrasta Market jugaklah yang paling best! ehhh takk..cucoq mak kita jugak yang paling best! wakaka..

Daging Goreng


Daging goreng nie very simple yang saya buat. Bahan pun tak banyak sangat. Just perap daging dengan garam, serbuk kunyit. Kemudian blend bawang merah, bawang putih dan halia dan tuang masuk ke dalam mangkuk perapan daging. Panaskan minyak dan masukkan daging kemudian masukkan 1 sdb serbuk rempah sup, sedikit serbuk jintan manis dan juga air. Dah empuk, perah sedikit jus asam jawa. Last sekali percik kicap. Hias dengan bawang besar yang dihiris gelang dan cili hijau.

Muffin Coklat Cip



---------------<>---------------

Tak perlu susah tak perlu risau. Kalau rasa teringin nak makan muffin, boleh cuba buat sendiri samada dari resepi-resepi sedia ada ataupun guna muffin mix mcm saya. Saya dah biasa dengan muffin mix nie so saya stick kepada yang ini saja. Bagi saya memang mudah untuk menyediakannya malah yang lebih penting ia sedap dan menjimatkan masa. Kepada sesiapa yang ingin mencuba muffin mix ini, boleh dapatkan di kedai menjual barang-barang bakeri [alamat seperti di bawah]. Bukan setakat muffin mix sahaja, malah macam-macam tepung segera anda boleh dapatkan juga di situ. Ada juga bahan-bahan yang harganya murah berbanding tempat lain.

::

My Choice Trading, 14 Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam,

Tel : 03 5510 4198

Makaroni Sup

:: yang ini takde ayam ::

:: yang ini ada ayam, dari lebihan tulang ayam saya carik-carikkan isinya ::

::
---------------<>---------------
::
Semalam saya buatkan makaroni sup untuk gathering Yusra n her friend..wahh..kalah mama! mama pun tak pernah attend mana2 gathering before..tapi di rumah saja. Lepak, main and do some homework..ada jugak order pizza utk derang, belikan donut dan buatkan muffin coklat.
Tapi untuk makaroni sup nie, saya guna basic resepi dari forumer LVgirl. Thanks LV. Berbaloi saya mencuba..the recipes was great! laju jer bebudak tu makan..
Tak ada exact resepi sebenarnya. Buat lebih kurang ja.

::
::
Makaroni Sup

::
Sup/
1 ketul rangka tulang ayam [boleh kerat beberapa bahagian]
air [bergantung]

::
Cara-cara :-
rebus rangka bersama-sama air sehingga mendidih. Renih dgn api yg perlahan. Ketepikan.

::
makaroni, direbus dan ditoskan
2 btg fishcake, dihiris
6 biji fishball, dipotong 4 setiap biji [kes fishball tak cukup, hehe]
semangkuk udang, dikupas dan tinggalkan ekor shj
sayur sawi, kerat
5 ulas bawang putih, diketuk
2" halia, dihiris
garam secukup rasa
2 kiub pati ayam
lada sulah
minyak bijan

::
::
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga kekuningan.
2. Tuang stok ayam tadi. Kuantiti terpulang samada mahukan banyak atau kurang. Bergantung kepada berapa orang nak makan.
3. Masukkan kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Setelah agak mendidih, masukkan segala fishball, fishcake dan udang. Jika anda mahukan lebih variety, boleh aje masukkan bahan-bahan suki lain mcm yg biasa kita makan steamboat tu. Lepas tu masukkan sayur-mayur.
4. Bila sup mendidih, percik minyak bijan.
5. Untuk menghidang, masukkan makaroni ke dlm mangkuk dan tuang sup. Hiaslah dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng mahupun cili jeruk. Selamat mencuba.


23 April 2008

Gulai Daging Dan Tulang


Gulai Daging/Tulang
::
Bahan-bahan :-
1/2 kg tulang lembu
1/2 kg daging lembu [nk campur perut dsb pun boleh]
::
A/dimayang
9 biji bawang merah [byk pun takpa]
2.5 inci halia
5 ulas bawang putih
::
B/bahan tumis
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
5 buah pelaga
4 lawang
5 cengkih
1 daun pandan, disimpul
::
C/digaul
3-4 sdb rempah daging [baba’s + alagappa’s] – kalau boleh, kalau tak, sejenis pun takpa
1-2 sdb cili mesin
1 mangkuk air, lebihkan jika perlu
::
3 biji ubi kentang, potong ikut suka [biasanya sebiji tu dibelah 4]
1 kotak santan [guna tak sampai sekotak pun]
1 keping asam gelugor
1 sdb kerisik [tak bubuh pun takpa, tak dosa..hehehe]
::
2 biji bawang besar,dipotong 4 setiap sebiji
::
::
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan B dan biar masak sedikit kemudian masukkan bahan A. Kacau sehingga bawang layu dan kuning garing.
2. Masukkan bahan C. Kacau sebentar dan tutup periuk. [Ambil masa sedikit kerana perlu pastikan rempah betul2 masak dan pecah minyak].
3. Setelah rempah masak, masukkan tulang dan air. Setelah tulang empuk, masukkan kentang dan daging. Kalau tak empuk dan kuah agak kering, tambah lagi air.
4. Setelah kesemua bahan2 empuk, masukkan kerisik dan santan. Sekiranya kuah agak pekat, masukkan air. Masukkan asam gelugor.
5. Perasakan dgn garam dan bahan penambah perisa [jika suka].
6. Biar kuah mendidih sebentar dan masukkan bawang besar yang telah dipotong. Bolehlah dihidangkan. Esoknya kalau ada lagi baki kuah, boleh wat cicah dgn roti. Memang lagi terangkat lah!
Nota :-
  • Ikut cara mak saya, dia perap rempah+bawang dan halia yg dikisar dengan daging/tulang terlebih dahulu.