31 July 2008

Makan-Makan Sempena Israk Mikraj

Semalam hari Israk Mikraj so kita decide nak masak ala-ala spesel sket laa..So kita wat Nasi Beriani, Gulai Ayam Kampung dengan Daging Goreng. Pastu goreng papedom skett..ingatkan nk wat acar tapi tak sempat nak pegi carik nenas.


28 July 2008

Tauhu Masak Schezuan

Nak share resepi tauhu yang Diana pernah post kat forum suatu ketika dulu. Saya cukup suka resepi nie sebab simple dan sedap. Nampak gambar je mcm tak best, tapi kalau dah cuba, insya allah..tentu korang suka..Saya dah olah sedikit resepi yang Diana kasik tuu sebab nak kasik lebih pedas..tapi menurut Diana, resepi asal memang pedas pun..cuma Diana olah supaya sesuai utk family yang ada anak kecil.
Tauhu Masak Schezuan
Resepi asal : Diana

Bahan-bahan :-
4 keping tauhu, setiap sekeping dibelah 4 [menjadikan 16pcs]
1 mangkuk udang, dikupas dan dibiarkan ekornya shj
3 ulas bawang putih, diketuk dan dicincang
Minyak utk menggoreng
3 cwn air atau lebih

Bahan sos :-
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan kicap [tak sampai 1/4 cwn], nnt termasin
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
::
Kisar menggunakan chopper :-
1 biji bawang besar yang besar
15 biji cili padi atau lebih jika suka pedas
::
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan goreng tauhu yang telah dipotong dadu sehingga setengah masak. Agak-agak dah bertukar warna kekuningan, sebaiknya terus diangkat. Ketepikan.
2. Udang ditabur sedikit tepung jagung dan secubit garam, digoreng sekejap. Angkat dan ketepikan.
3. Minyak boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan dan masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau. Jangan terlalu garing sangat. Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan tumis lagi.
4. Masukkan pula bahan sos. Biarkan ia mendidih. Masukkan air. Didihkan lagi.
5. Masukkan tauhu dan biar masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Masukkan udang.
6. Kacau sekejap dan tutup api. Siap dan sedia dihidangkan.
::
Nota :-
Masakan ini tak perlukan garam kerana sudah cukup rasa masinnya dari kicap. Saya menggunakan kicap masin, sebab itu tak perlukan garam.

Kuih Ketayap




Kuih Ketayap
Anggaran : 8 keping

Bahan-bahan :-

Inti Kelapa
Kelapa parut putih
Gula merah
Gula putih
air
Secubit garam
1 helai daun pandan, disimpulkan
1/2 sdb tepung ubi/gandum

Cara-cara :-
1. Masak gula merah dan gula putih dgn air. Tapiskan. Ketepikan.
2. Di dalam kuali, masukkan kelapa parut, daun pandan dan air gula merah.
3. Kacau dengan api perlahan sehingga kelapa tadi masak dan biar sehingga air kering.
4. Taburkan sedikit tepung ubi/gandum ke dalam kelapa tadi dan kacau lagi sehingga likat dan pekat. Siap untuk digunakan.

Kulit
1 cwn tepung gandum
1 bj telur
secubit dua garam
1 cwn + 5 sdb jus pandan

Cara- cara :-
1. Blend ke semua bahan-bahan di atas dan tuang ke dalam mangkuk.
2. Panaskan kuali, sapu sedikit minyak dan tuang sesenduk adunan dan leperkan. Alihkan supaya masak di kedua-dua belah.
3. Bentangkan kulit, letakkan inti dan gulung sehingga habis.

25 July 2008

Bebola Keledek

Seksanya mencari resepi utk keledek nie! Belek buku tak kena, belek dalam internet pun tak kena. Nasib laa si ninoZ tolong carikkan resepi. Bukan takde resepi yang seswai, cuma nak kelainan sket. So dia cadangkan saya buat bebola keledek mcm kat http://dwianakitchen.blogspot.com Kuih nie sekali tengok mcm onde-onde tapi bezanya kuih nie takde gula merah kat dalam. Cara makannya pula sama mcm kuih lopes di mana perlu menyediakan air gula [sirap] sebagai pelengkap. Bebola Keledek

Bahan-bahan :-
500 gm ubi keledek oren, dikukus dan dilecek
280 gm tepung ubi
75 gm gula
garam

Bahan Salut/
200 gm kelapa parut putih
2 helai daun pandan, disimpulkan
garam

Bahan Sirap/
300 gm gula melaka
150 ml air
2 helai daun pandan, disimpulkan
garam

Cara- cara :-
1. Gaul kelapa parut putih bersama garam dan kukus seketika. Ketepikan.
2. Gaul ubi keledek bersama-sama gula, tepung ubi dan garam. Bulat-bulatkan sehingga semua adunan selesai. Didihkan air di dalam periuk kemudian masukkan kesemua bebola tadi dan biar sehingga timbul. Angkat dan toskan.
3. Kemudian letakkan bebola tadi ke dalam bekas yang mengandungi kelapa parut. Golek-golekkan bebola tadi. Buat sehingga habis kesemua adunan.
4. Untuk sirap, campurkan ke semua bahan dan masak di atas api. Kacau sehingga gula larut dan sedia utk dihidangkan bersama-sama bebola keledek tadi.

Nota :-
  • Saya tak cukup kuantiti utk keledek jadi saya adjust sket kuantiti tepung dan gula.
  • Untuk sirap pula, saya tak ikut mcm resepi di atas sbb tak ada gula melaka. Jadi, saya masak 1 cwn gula merah dan 1 cwn gula putih dengan 2 cwn air plus daun pandan. Masak sampai gula larut dan tapiskan.

19 July 2008

Hari Bawal Sedunia..hehehe

Ikan Bawal Sambal Tumis Ikan Bawal Masak Cuka


17 July 2008

Saya menggunakan resepi apam puteri ayu coklat [rujuk resepi di bawah] cuma tak letak kelapa parut saja sebab Yusra request mcm tu aje nak jamu kawan-kawan dia di sekolah.

16 July 2008

Apam Puteri Ayu Coklat

Tadi petang kita bereksperimen dengan resepi baru yang kita jumpa kat SAJI. Apam puteri ayu coklat namanya. Biasa warna hijau kan, tapi yang ini warna coklat. Apam ni lembut sangat dan sedap pulak tu. Saya ikut sebijik-sebijik resepi tu dan alhamdulillah menjadi. Maklumlah, saya nie alergik sket dgn resepi apam! huahuahua... Apam Puteri Ayu Coklat

Bahan-bahan :-
2 biji telur
1/2 cwn gula
1/2 sdk ovalete [saya terrrbubuh 1 sdk!hehe]
1/2 cwn tepung gandum
1 sdb serbuk koko
kelapa parut putih + garam

Cara- cara :-
1. Pukul telur, gula dan ovalete hingga kembang dan pekat. [saya pukul sampai putih gebu tak hengat!]
2. Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak terlebih dahulu sedikit demi sedikit. [saya tuang terus then putarrrrrr sampai sebati].
3. Ambil sedikit kelapa parut yang telah digaul dgn sedikit garam dan masukkan ke dalam acuan. Tekan sedikit dan tuangkan adunan.
4. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak.

Nota :-
Pendapat saya, kalau tak letak kelapa parut dan biar apam nie kosong saja pun sedap. Tapi kena tukar nama lah jadik Apam Coklat.

Happy Anniversary!

Tanggal 16 Julai 2008 merupakan tarikh istimewa dalam hidup saya kerana pada tarikh ini merupakan tarikh ulangtahun perkahwinan buat saya dan suami tercinta. Semoga mahligai yang kami bina ini kekal selamanya dan jodoh kami berpanjangan hingga ke hujung nyawa. Doa-doakanlah kebahagiaan kami yea. Amin.

15 July 2008

Udang Masak Lemak Dengan Nenas

Lauk udang masak lomak nie mulanya nak bubuh belimbing buluh sebab buah belimbing tengah lebat gilerr..tapi fikir balik nenas yang beli dari minggu lepas masih ada dan tunggu hari nak masuk tong sampah..hihihi..baik guna dulu tidak kang membazir plak. Buah belimbing tu nanti-nantilah kita fikir nak buat apa..hehehe
Ini laa sayur yang paling cepat sekali nak masak dan paling cepat sekali habis! hehehe..Sayur Taugeh Masak Lemak Putih.

08 July 2008

Puding Cendol

Boleh tahan sedap jugak yea puding cendol nie. Tapi manis sket. Kalau saja-saja nak buat tu memang tak laa, yang buat nie pun kebetulan baki cendol yang haritu ada lagik. Sudahnya dok pikir jugak nak buat apa. Akhirnya belek punya belek, dapat jugak resepi nie kat MyResepi. Terima kasih lah pada penyumbangnya iaitu tuntung15.



Puding Cendol
sumber : myresepi

Bahan-bahan :-

Lapisan Bawah
500 ml air
180 gm gula pasir
300 ml santan pekat
10 gm agar-agar powder
500 gm cendol
sedikit garam

Lapisan Atas
500 ml air
200 gm gula merah
300 ml santan pekat
10 gm agar-agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

Cara-cara :-

Lapisan Bawah :-
1. Masak air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.
Tips :- Untuk acuan, basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic [saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan] supaya mudah keluarkan puding dari acuan nanti untuk dipotong.


Lapisan Atas :-
1. Masak gula merah dengan sedikit air [drp 500 ml dalam resepi di atas] sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
2. Masukkan air gula merah, baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
3. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.

Tips 1 :
1. Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk/cakar dengan garpu di serata adunan.
2. Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Siput Mentarang

Masa dok balik Kepala Batas cuti sekolah yang 2 minggu tu, mak ada laa pegi pasar kendian jumpa ler dgn siput mentarang nie. Katanya nostalgia sungguh sebab payah bebenor nak kutip la nie. Dulu mak rajin ler pegi kutip dgn arwah tok. Sekarang dah boleh kutip kat pasor je..huhuhu..tapi siap fulus lah. Dengar mak cerita, ramai betul orang dok book siput nie. Ada yang pesan siap2 kat tauke tuu sampai 4 kilo! nak wat gulai siput dgn kentang katanya..tapi kitaorang just goreng kunyit dan tambah kentang je..itu pun lajuuuu jugak! hehehe..


04 July 2008

REJAB yang penuh berkat

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka :-

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj [Rabu, 30 Julai 2008] akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.

3.. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt.

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab [4, 5, 6 Julai 2008] maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt, InsyaAllah.

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah [hari-hari puasa] maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.
  • Sabda Rasulullah saw lagi : "Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
    Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."
  • Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita : "Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau, "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
  • Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
  • Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH, Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

03 July 2008

Udang Goreng Ala Thai


Resepi udang ini amat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan pun tak banyak. Yusra syok meratah udang nie sampaikan nasi dalam pinggan pun tak habis. Bila pening kepala fikir nak masak apa, bolehlah mencuba resepi yg ringkas ini.


Udang Goreng Ala Thai

Bahan-bahan :-
1/2 kg udang sederhana besar, dikupas kulit & tinggalkan ekor shj
2 sdb tepung jagung

Bahan A/
1 ulas bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
3 batang serai, diketuk
7 biji cili padi, diketuk sedikit

3 helai daun limau purut

3-4 sdb sos cili Thai
garam secukup rasa

Cara- cara :-
1. Lumurkan udang dgn tepung jagung kemudian digoreng dgn minyak yang banyak dan ketepikan sebentar.

2. Tuang lebihan minyak tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Masukkan bahan A dan tumis perlahan-lahan. Bila bawang bertukar warna kekuningan, masukkan udang. Kacau sebati.

3. Tuang sos cili Thai dan sedikit garam kemudian digaul lagi. Masak lebih kurang 5 minit dan bolehlah dihidangkan. [Jika inginkan sedikit berkuah, boleh ditambah air semasa menumis. Dan saya tidak masukkan garam langsung ke dalam masakan ini kerana sos cili tu dah cukup lengkap].

Sayur Madu 3

Ada bayam, cendawan dan tauhu. Sebab tu saya panggil sayur madu 3! Senang keje sebab tak yah tumis. Rebus naik je semua bahan. Didihkan air dulu kemudian masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan udang kering yang dah direndam. Masukkan batang bayam dulu nak kasi lembut. Lepas tu baru masukkan cendawan dan last sekali tauhu. Jangan lupa garam dan sedikit lada hitam. Untuk hiasan, letak je hirisan cili merah. Siap!

Triffles

Memang teringin nak wat triffle nie lagik sebab yg lama dulu tu tak berapa menjadi sebab berair sgt. Yang nie kira pass laa..ekeke..

Triffle
sumber : ninoZ

Bahan-bahan :-
1 bungkus kek swiss roll atau kek lapis
[tapi saya suka guna kek coklat dan dipotong 4 segi, mcm dlm pic]
sedikit jem strawberry, terpulang
1 tin fruits cocktail
1 peket jeli segera sebarang perisa
[yg dlm gambar tu guna perisa mangga]

Bahan Kastad/
3 sdb tepung kastad
500 ml susu segar
3 sdb gula
1 sdt esen vanila

Cara-cara :-
1. Potong kek swiss roll/kek lapis. Potong jangan terlalu tebal. Susun kek dalam bekas kaca supaya boleh nampak lapisan demi lapisan. Bancuh sedikit jem strawberry dgn air panas dan sapu/calit ke atas kek. Guna berus la kalau malas. hihihi..
2. Jiruskan sedikit jus dari fruits cocktail ke atas kek. Jangan banyak nanti berair dan kek lemas!hihihi...agak-agak laa. Kemudian simpan dalam peti ais.
2. Sediakan periuk dan panaskan susu. Jangan sampai mendidih. Ambil sedikit susu ini dan dicampur dgn tepung kastad. Kacau supaya tidak berketul-ketul dan tuang kembali dalam periuk diikuti gula dan esen vanila. Kacau sehingga betul-betul pekat. Kalau suka manis letaklah gula lebih. Risiko kencing manis tanggung sendiri! hihihi..
3. Keluarkan kek dari dalam peti ais dan tuang kastad di atasnya. Masukkan balik dalam peti ais. Nak bagi dia keras sket ja. Agak-agak kastad dah ok dan tidak lembik, baru tuang buah-buahan yg di dalam tin tadi. Masukkan balik dalam peti ais.
4. Untuk membuat jeli pula, ikut arahan pada kotak jeli. Biasanya air didihkan sebanyak 400 ml kemudian tuang crystal jelly tu dan kacau perlahan-lahan selama 2-3 minit. Keluarkan triffle dari dalam peti ais dan curahkan jelly tadi ke atas dan biar sejuk. Boleh disimpan di dalam peti sejuk. Nak deco dgn whip cream pun boleh, pastu susun buah strawberry atau ikut citarasa anda.

01 July 2008

Hasad Dengki

Buatku & teman-teman..hindarilah akan hasad dengki..

* Hasad dengki sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad berasal daripada bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang yang mempunyai sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada dirinya.


* Dalam bahasa Melayu, perkataan dengki digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud kebencian [kemarahan] kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat. Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan.

* Dalam Kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:

1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian. Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Disini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.

2. Berasa Diri Mulia. Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang melebihinya.

3. Takbur. Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia dilaknat oleh Allah S.W.T.

4. Ujub. Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.

5. Takut terlepas sesuatu tujuan dan habuan. Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.

6. Ghairah untuk menjadi ketua dan mencari populariti. Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.

7. Busuk hati. Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.

* Walau bagaimanapun, dalam Islam terdapat dua perkara yang dibenarkan hasad. Jenis hasad ini dipanggil sebagai ghibtah iaitu iri hati dengan kejayaan dan kemampuan seseorang lalu dia cuba bersaing secara sihat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya [di jalan Allah] pada malam dan siang hari, [juga iri hati] kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang " [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Wallahualam.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal.