


Udang lagikkkk..! hahahaha..
Terung pipit nie dah beli 2 hari sudah..tapi tak terjalan projeknya sebab tak ada udang yg seswai. Udang yang sedia ada kat umah nie besor sgt so tak seswai la. Kebetulan semalam pegi pasar besor Shah Alam kat SS6 tuu so borong laa udang sket sebab memang hajat nak masak sambal tumis dengan terung pipit. Dah lama tak makan terung pipit gu dgn sambal tumis.

Walaupun aunty tak boleh nak pergi ke party korang..mummy korang tetap gagah jugak datang ke umah hantar cuppies yg sedapp terangkat dgn party bag bagai! Thanks a lot yea ct..dah laa the day before ko hantaq pulut kuning and rendang! Alahai...untung dapat kawan sebaik ko ct..yg memahami daku seadanya..cewahhh..
Puding Raja
sumber : moknik FnR
Bahan-Bahannya :-
15 biji pisang lemak manis/pisang tanduk separuh masak
6 keping jala mas
buah ceri merah/hijau
1 cawan tepung kastad - ditapis
750 ml air
2 ¼ cawan susu segar dutch lady
1 cawan gula castor
2 bii telur merah
1 sudu esen vanila
sedikit garam
Cara-cara :-
1. Pisang digoreng dengan minyak hingga brown.
2. Campurkan semua bahan kastad, susu segar, air, gula, telur dan garam ke dalam periuk dan pukul sebati.
3. Masak di atas api sederhana, kacau agar tidak berketul hingga likat.
4. Angkat dan curah dalam bekas.
5. Atur pisang secara tanam/tekan hingga hampir dasar bekas.
Bahan-bahan :-
15 biji pisang emas, masak dan segar
1 tin susu cair
250 ml air
4 sdb tepung kastad, dibancuh dgn sedikit air
5 sdb gula
1 tin buah campuran, buang air sirapnya
100 gm buah prune kering
minyak utk menggoreng
1/2 sdt garam
Cara- cara :-
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pisang sehingga perang. Masukkan ke dalam mangkuk kaserol.
2. Tabur buah prune ke atas pisang tadi. Ketepikan.
3. Masukkan susu cair, air, tepung kastad, gula dan garam ke dalam periuk. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat dan tidak berketul.
4. Kemudian tuang ke atas pisang tadi. Tabur buah campuran ke atasnya.
5. Sedia dihidangkan. Boleh juga tabur kuih jala emas di atas.
Udang nie saya dapat free je sekotak besor didatangkan dari Sabah. Udang freshhhhh tau..hehehe.. ada size XXL sampai size M. Teringin nak masak masak lemak sebab buah belimbing punyalah lebat giler kat umah nie.Assalamualaikum,
Terima kasih saya ucapkan kerana meluangkan masa untuk menjenguk ke laman dapur saya yang tidak seberapa ini. Sudi-sudikanlah untuk memberi sebarang ulasan, komen, idea mahupun kritikan membina untuk saya lebih memperbaiki lagi kekurangan yang ada. Dan selamat berkenalan buat kawan-kawan bloggers semua.