Manakala untuk pencuci mulut pula biasanya disediakan pelbagai kuih talam, kuah durian yg dimakan bersama pulut, sagu gula melaka, lompat tikam dan bermacam-macam lagi.
Memang sungguh mengenyangkan!
Selain itu juga, kami amat tertarik dengan beberapa bingkai gambar yang disusun atur di dinding restoran. Anda boleh melihat beberapa wajah seniman dan seniwati termasyur tanahair kita. Saya begitu terpegun melihat kecantikan dan ketampanan mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka yang telah pergi meninggalkan kita.
Selepas selesai menikmati juadah tengah hari, terus ke aktiviti yang seterusnya iaitu balik rumah dan tidur! Hehehe..
Bagi mereka yang belum mengunjungi restoran ini, bolehlah ajak saudara-mara atau sahabat handai untuk sama-sama menikmati hidangan yang disediakan. Anda tidak perlu risau kerana mereka mempunyai tempat yang luas dan selesa. Selamat Menjamu Selera!