29 May 2009

BERSYUKUR

MELIHAT POSITIF DALAM NEGATIF

1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan
berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8.Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.

Jadi, marilah kita sama-sama bersyukur dan memandang setiap yang negatif itu, ada positifnya.


24 May 2009

21 May 2009

Muffin Hari Guru

Selamat Hari Guru cikguuuu!
[baca dlm nada murid-murid sekolah bangun ucap selamat bila cikgu masuk kelas..hikhikhik]

19 May 2009

Cuppies Lagi

Kali ni saya guna natural yogurt. Filling tetap sama masih setia dengan blueberry.

15 May 2009

Nozzle


Mula-mula ingat hati nak jual set nozzle nie sebab dah terbekenan set nozzle yang baru. Ishh..buruk benor perangai kan..hikhikhik..Tapi bila fikir-fikir balik rasa sayang pulak nak jual nozzle nie. Walaupun dah lama, tapi banyak berjasa juga. Jadi kesimpulannya, simpan sajalah sebagai HARTA! Hahahaha..

07 May 2009

Kue Tiaw Goreng Simple


Ini sahaja yang mampu. Hehehehe..
Harini malas sangat nak masak nasi beserta lauk pauknya. Itu sebab semalam lepas ambil Yusra dari sekolah agama, terus ke pasar malam Sunway. Memang nak masak kue tiaw pun untuk hari esok. Lagipun Bos tak ada, outstation lagi. Jadi tak perlu lah nak eksyen lebih-lebih kononnya teruk dok masak kat dapur. Muahahaha...
Resepi saya seperti biasa memang sentiasa simple saja. Tumbuk bawang merah dan bawang putih kemudian tumis sampai garing. Masukkan cili kering mesin [cili boh] dlm 3-4 sdb kemudian tumis sampai pecah minyak. Masuk air sedikit diikuti sotong, udang, fishball, fishcake dsb. Letak je apa yang korang ada dlm peti ais tu. Pastu sos tiram 3-4 sdb, sos tomato sket, garam dan gula. Mendidih, masukkan batang sayur sawi dulu sampai empuk baru masukkan daun sawi. Akhir, masukkan kue tiaw. Jika suka taugeh, masukkan sekali. Kacau sebati. Nak makan..tabur daun bawang, daun sup, bawang goreng ataupun cili potong. Kalau nak terlebih sudah, boleh aje semakkan kue tiaw tu dengan hirisan tauhu goreng dan tomato hiris.
Hehehe..makan time!

05 May 2009

Sambal Belacan Kuinin

Siapa yang akan tolak kalau dihidangkan dengan sambal belacan??
Melainkan kalau orang itu langsung tak makan belacan dan sewaktu dengannya..kesiankan? Hilangggg nikmat hidup..hehehe..
Saya buat sambal belacan kuinin ni pun sebab ada sebiji di antaranya dah mula masak ranum. Kalau di dapur, memang tak tahan godaan betul. Hari-hari masuk dapur bau..pegang dan belek-belek dan bau lagi. Pelik betullah tabiat saya..hihihi
Selamat Menjamu Mata!

Award!

Award ini pemberian dari Kak Penyulawa. Ribuan terima kasih ye Kak Penyu sebab sudi panjangkan award ini pula untuk saya gantung kat rumah ni. Cantik kan award ni! Terima kasih sekali lagi.

Ada syarat-syaratnya pula kalau nak menempek award ini. Sila ikuti arahan di bawah :-

1. the winner can put the logo on his or her awesome blog
2. link the person you received the award from

3. nominate at least 7 others blogs

4. put links on those blogs on yours
5. leave a message on the blogs of those you've nominated


Jadi, kita lihat dibawah ini..siapa yang kenaaaaa...hehehe

1. ninoZ - http://cangkirbiru.blogspot.com/
2. sweetlily - http://sweetlillykitchen.blogspot.com/

04 May 2009

Apam Pisang

Kelmarin seorang kawan saya datang ke rumah sedekahkan buah kuinin dan 2 sikat pisang lemak manis. Pisang tu memang dah masak ranum. Boleh buat kuih atau kek. Jadi keesokannya saya bercadang nak buat apam pisang resepi dari Kak Noor. Saya tambah sedikit chocolate rice untuk bagi sedap dan rasa kecoklatan sket. Pisang memang ngam dengan coklat!



APAM PISANG
sumber : Noor Masri

Bahan-bahan :-
6 biji pisang [saya guna 7 biji]
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula kastor
4 biji telur
1 sdt soda
1 sdt serbuk penaik
1 sdb susu UHT
1 sdt esen pisang
secubit garam
chocolate rice

Cara-cara :-
1. Panaskan kukusan.
2. Lecek pisang di dalam sebuah bekas kemudian masukkan soda dan dikacau sedikit. Ketepikan.
2. Di dalam bekas lain, pukul gula dan telur sehingga kembang. Masukkan esen pisang. Pukul lagi.
3. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan tuang ke dalam bekas telur tadi. Tuang tepung secara perlahan-lahan sehingga habis. Masukkan pisang yang telah dilecek tadi dan garam. Kacau sebentar dan tuangkan susu. Kacau lagi kemudian masukkan chocolate rice. Memadai gaul dengan sudip kayu.
4. Tuang bancuhan apam ini ke dalam loyang yang telah di gris dengan sedikit minyak dan boleh dikukus selama 45 min atau sehingga masak.

Nota :-
Yang bertanda hitam [bold] itu ialah saya tambah sendiri.

02 May 2009

Sup Cendawan Dan Roti Bawang Putih




Beberapa hari kebelangan ini, tekak ni terasa nak makan sup cendawan berkrim dengan roti bawang putih. Nak pergi restoran rasa berat punggung dan malas sangat. Kebetulan masa pergi Tesco 2-3 hari lepas, ternampak sebungkus cendawan butang putih dan roti perancis. Dalam hati berkira-kira nak buat sup cendawan tapi tak tahu bila. Tapi tak mengapa, apa pun capai jugak cendawan tu dan bawa balik utk disimpan dalam peti ais. Tak lupa juga sapuan untuk roti bawang putih.
Kebetulan hari ini lepas balik dari The Mall, perut dah mula meragam. Dalam fikiran cuma ingat nak sediakan yang senang dan cepat sahaja. Roti perancis tu dah saya hiris siap-siap pagi tadi dan simpan dalam bekas. Macam tahu-tahu pulak petang nanti dah ada rancangan. Hehehe..
Setelah dihiris dan disapu dengan sapuan bawang putih, saya bakar sekejap sehingga garing dan ketepikan. Masa utk sediakan supnya pula. Resepi seperti di bawah.

SUP CENDAWAN BERKRIM

Bahan-bahan :-
2 biji bawang besar kuning, didadu
150 gm cendawan butang putih segar, dihiris
2 sdb tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
3 cwn susu UHT
garam
1 sdt serbuk lada hitam
1 sdb mentega/marjerin
minyak masak

Cara-cara :-
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak dan mentega. Cairkan mentega kemudian masukkan bawang yang telah didadu. Kacau bawang sehingga layu dan agak kekuningan. Jangan sampai garing, perlahankan api.
2. Masukkan cendawan dan kacau sehingga terbit air dan cendawan layu.
3. Tuang susu ke dalam periuk diikuti kiub pati ayam. Biar mendidih sekejap kemudian perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
4. Dengan menggunakan hand blender, blend sup tadi tetapi pastikan jangan sampai cendawan hancur. Blend sekejap sahaja sudah memadai. Biarkan sup mendidih dan pekat, bolehlah ditutup api dan dihidangkan dengan kepingan roti bawang putih.