27 April 2009

1/2 Hari di Penang

Hari Ahad kelmarin, kebetulan masih di Penang dan belum balik ke KL, saya ditemani adik saya Dasha, Nur Yusra dan Siti kami ke Taman Tun Sardon, Gelugor untuk sarapan di sana. Menjadi kebiasaan kalau turun Penang mesti sarapan di sana. Apa yang menarik?? Banyak!!! hehehe.. Kalau ke sini, saya wajib pesan serabai yang menjadi makanan kegemaran saya selain mee udang [gambar bawah], lontong, roti jala, roti bakar + telur 1/2 masak, kuih-muih melayu seperti ketupat palas, bengkang kacang dan macam-macam lagi.


Selepas makan pagi di Taman Tun Sardon, kami ambil kesempatan ronda-ronda sakan di sekitar Penang. Dari Glugor ke Tanjung Tokong kemudian patah balik ke Jalan Penang. Tiba-tiba kami terlihat ada ramai orang. Kami tertarik untuk melihat jadi kami pun mengambil keputusan untuk berhenti kereta. Rupa-rupanya ada Penang Charity Bazaar! Saya tidak berapa pasti sangat tentang bazar ini cuma apa yang saya dimaklumkan, bazar ini diadakan pada setiap hari Ahad terakhir dalam setiap bulan. Barang yang dipamerkan atau dijual amat menarik sekali. Dari cenderamata sehinggalah ke barangan antik. Memang menarik dan mengujakan. Kami mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk jalan-jalan di bazar berkenaan dan kami dihiburkan oleh sekumpulan penari Capoiera. Saya memang suka! Minat juga dengan Capoeira ini kerana pernah melihat filem yang mengetengahkan aksi Capoeira dengan diiringi muzik! Memang asyik..walaupun hujan, masing-masing tak berganjak sehingga selesai persembahan.






1 comment:

makcikkantin said...

wah cip balik penang..tmn saadon tu dah dekat dgn rumah makcik...bkt jambul. lain kali jemput mailah rumah no..