27 April 2009

Selamat Hari Lahir Nur Yusra




Esok tanggal 28 April 2009 ialah hari lahir buah hati pengarang jantung saya iaitu Nur Yusra yang ke 8 tahun. Kebetulan kami akan berangkat ke Penang, jadi pagi-pagi lagi saya dah siapkan sedikit barang untuk diisi di dalam party bag birthday girl nanti. Setakat nie saya buat mufin coklat dahulu yang menggunakan 2 adunan dan dapat lebih kurang 58 - 60 biji size S.
Benda-benda lain seperti coklat dsb akan difikirkan kemudian sebab memang tak sempat nak beli tadi. Lagipun, di Penang nanti bukan nak buat party besar-besar, cuma kenduri doa selamat di surau sahaja. Party bag tu pulak akan diagihkan untuk kawan-kawan dan jiran terdekat sahaja. Nasi dan lauk pauk akan menyusul kemudian. Nasi pun saya tempah katering jugak sebab kalau nak diikutkan, memang tiada masa untuk masak sebab perancangan dibuat pun memang last minute!
Untuk Nur Yusra, mama sentiasa doakan semoga Nur Yusra sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberi kekuatan juga kehidupan yang baik. Belajarlah rajin-rajin dan semoga menjadi anak solehah. Amin..

6 comments:

Jun said...

Happy birthday to Nur Yusra...muga jadi anak kebanggaan yer...selamat dunia akhirah...
kacip! nak satu kek tu! hehe

ninoZ said...

Happy Birthday yusra....
semoga menjadi insah yg berguna n berbakti utk keluarga dan negara di masa hadapan,
aminnnn....

ILA said...

Thank you aunty Jun and aunty NinoZ!! pezen takdak kaa?? hahaha..

MamaFaMi said...

Happy belated birthday to Nur Yusra. Moga menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat...

ILA said...

Thanks Ma!

Penyulawa (Kak Anim) said...

kacip, tak der resipi ker muffin cekelat tu? geram tengok rekahan atas dia tu... akak ni kalau wat muffin serupa cc jer... geram tau...