31 March 2008

Lepak @ Hartamas Square

Nasi ayam nie mmg sedap gilerrrrrrrr! sampaikan kita pun tumpang tak malu makan Yusra punya..hihihihi..dahtu lupa diri plak tuh! ishhhh..


Char Koew Teow nie hmmm..bolehlaaa..tak basah sgt dan tak berapa pedas..kita imagine yang kow-kow ala-ala power rangers nyerr..tapi takpa..rezeki jangan di tolak..bedal laa jugak..



Waffle with ice cream nie mmg best! waffle dia tebal dan soo sooooo yummy! shud try wey!

Jom Dessert!

This one is Yusra punya. Single scoop vanilla ice cream.

This one is mine, one slice of Chocolate Mud Cake. Im really..really..owhh..speechless! Masa nie tgh lepak-lepak dengan my doter kat Secret Recipe Gurney Plaza sesambil menunggu our lovely man utk pick up kitaorang yg penat sebab shopping tak hengat! hihihihi..

Irresistible Foods!

























Cream Puff



Cream puff nie projek eksperimen untuk tahun lepas punya. Masa tu ada makan-makan kat kindy Yusra. So kena test dulu lah jadi ke tidak. Nasib baik eksperimen menjadi.
Kena teknik betul, baru dapat yg lembut. Kalau tak, keras ler jawabnya.
Resepi cream puff ni banyak sangat sebenarnya. Tapi saya pilih yang memang ramai dah cuba dan menjadi. Resepi seperti di bawah.
Cream Puff
Bahan-bahan :-
250 gm air
100 gm marjerin
200 gm tepung gandum [saya guna tepung redrose]
6 biji telur
1/2 sdt esen vanila
Cara-cara :-
1. Masukkan mentega, air dan esen vanila ke dalam periuk. Panaskan di atas api sehingga mendidih. Tuang tepung dan kacau hingga sebati. Angkat.
2. Dengan menggunakan mixer, putar adunan hingga betul-betul sejuk dan barulah dimasukkan telur satu persatu dan kacau hingga adunan menjadi pekat.
3. Gunakan nozzle untuk membentuk puff.
4. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 200'C.
5. Setelah sejuk, belah dua puff tadi dan bolehlah dipaipkan inti di tengah-tengahnya.
Inti Kastad
Bahan-bahan :-
275 gm susu segar
75 ml krim putar
35 gm gula kastor
25 gm tepung kastad
10 gm tepung jagung
Cara-cara :-
1. Didihkan susu segar bersama dengan krim putar.
2. Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung kastad, tepung jagung dan gula.
3. Tuangkan susu tadi ke dalam tepung. Kacau sampai sebati.
4. Panaskan adunan di atas api sambil kacau dengan whisker. Gunakan api yang kecil dan perlahan dan teruskan mengacau sehingga adunan pekat.
5. Sejukkan sebelum dijadikan inti.
Instant Custard
Bahan-bahan :-
100 gm instant custard
200 gm air masak
sedikit whipping cream
Cara-cara :-
1. Kacau instant custard dengan air masak. Masukkan whipping cream sambil kacau. Sedia digunakan.
Nota :-
Boleh pilih sama ada untuk menggunakan kastad yang dimasak atau kastad segera untuk inti puff seperti resepi di atas yang disumbangkan oleh Chef Anuar. Inti untuk puff ini terpulang sebenarnya. Sekiranya anda sukakan inti jagung, boleh juga menggunakan jagung krim. Ada juga sekadar menggunakan kaya. Kalau musim durian, boleh jugak menggunakan kaya durian dsb. Terpulang kepada citarasa dan kreativiti anda.

Blueberry Cheese Tart








25 March 2008

Kek Batik


Kek batik nie saya buat untuk hantar kat tadika yusra. Lupa pulak masa tu derang ada apa. Biasanya hantar muffin, tapi mungkin budak-budak dah jelak so kita ubah la citarasa budak-budak tu pulak. Alhamdulillah budak-budak tu tak cerewet langsung.
Dan resepi kat bawah nie pulak adalah kombinasi dari 3 orang forumer termasuk saya. Saya suka resepi nie sebab dalam bahan dia tidak ada telur!

Kek Batik

Bahan-bahan :-
125 gm butter
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 cwn susu segar
2 sdb serbuk koko
1/2 bungkus biskut marie, patahkan 4 bahagian
1 sdb nutella
1 sdb serbuk milo


Cara-cara :-
1. Cairkan butter dengan menggunakan api yang sederhana.
2. Masukkan susu pekat manis, susu segar, serbuk koko, serbuk milo dan juga nutella. Kacau dengan whisker supaya adunan sebati dan pekat.
3. Kemudian masukkan biskut marie dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam loyang kemudian tekan supaya rata dan padat.
5. Sejukkan di dalam peti sejuk.
6. Apabila kek agak mengeras, bolehlah dipotong dan dihidangkan.








Blueberry Cheese Cake

Ini projek lama-lama yang kita terpaksa korek dan punggah sebab merata-rata sangat letak duduknya jadi dah lupa save kat mana..luckily i've found this.
Ini adalah blueberry cheesecake yang saya buat lama dahulu [lihat tarikh pada gambar]
idea nak deko memang tak pernah terlintas langsung. Tiba-tiba bangun pagi tu terus capai whip cream dan putaqqqqq..pastu sessi tenyeh menenyeh ler plakk..maka terhasillah kek yg sebegitu.
Resepi nie saya ambil dari buku Catherine Lau. Ramai bloggers dan forumer pun dah mencubanya. Memang sedap!


Blueberry Cheesecake
source : Catherine Lau Cheesecake Seduction
credit to Catherine Lau


Ingredients :-

Base/
110 gm butter
200 gm digestive biscuits, finely crushed
2 tbsp brown sugar
50 gm almond flakes, toasted

Filling/
500 gm cream cheese
30 gm butter
120 gm castor sugar
lemon zest, grated from 1 lemon
lemon juice, from 1 lemon, strained
30 gm cornflour, sifted
300 ml whipping cream
4 eggs, lighlt beaten
150 gm blueberry filling

Topping/
1 tsp powdered gelatine
30 ml water
150 gm blueberry filling
100 gm whipping cream

Method:-
1. To prepare biscuit base. Melt butter in pan over low heat. Add combine biscuits and sugar and mix well. Fry until fragrant.
2. Press into a greased 23cm springform or false bottomed cake pan with the back of your metal spoon or with your hand.
3. Spread almond flakes on base.
4. Cover cake pan and refrigerate for at least 30 minutes.

Filling
1. Beat cream cheese and butter until smooth. Add sugar, lemon zest and juice, and cornflour. Beat until smooth. Add cream and blend until mixture thickens. Slowly pour in eggs and mix until just combined.
2. Pour half the filling on biscuits base. Carefully spread blueberry filling on filling. Pour remaining filling into cake pan.
3. Place cake pan in water bath. Bake for 1 hour or until filling is set around the edge but slightly soft in the centre.
4. Turn oven off. Leave cake in oven for 30 minutes with the door closed. Remove water bath form oven. Leave cake to cool completely in oven with the door ajar.
5. Cover cake pan. Refrigerate for at least 6 hours.

Topping
1. Sprinkle gelatine on water. Leave for 5 minutes. Stir over low heat until mixture is clear. Stir in blueberry filling. Remove cheesecake from pan. Top with mixture.
2. Whip cream until firm peaks form. Pipe on cake. Chill before serving.

21 March 2008

Yusra the food mania!


ha! nganga luas-luas..kang lain plak yang masuk..
good luck mr ginger! [ko taktau nasib ko pasnie..huahuahua..]


ishh..ishhh....makan pesen apa tu yanggg oii..??!



sawadikappp! jemput makan semeee...!



nie makan ke berangan??!

Cream Caramel


Cream caramel nie sebenarnya plain sahaja tanpa gula karamelnya. Saya susun buah peach di atasnya sebagai hiasan. Memang sedap. Resepi nie dari prepack mix juga. Bahan tambahan yang diperlukan hanyalah
sekotak susu segar 1 liter. Didihkan susu dan kemudian tuang semua bahan yang telah disediakan. Apabila mendidih, terus tuang ke dalam loyang dan sejukkan. Resepi ini memang sesuai sekiranya nak dihidangkan kepada tetamu. Ringkas, cepat dan sedap!



Kuih Serimuka



Buah Gajus



Masa kita ronda-ronda kat pasar malam Kepala Batas, kita jumpa buah gajus. Rasa seronok tak terhingga sebab teringin sangat nak makan buah gajus nie. Buah pun besar-besar. Kita borong sket je RM2 sebekas. Balik umah terus potong-potong dan cicah dengan garam gula dan sedikit kicap. Lama tak makan rasa macam jakun pulakkk. Sebab dah lupa rasa buah nie macam mana..hikhikhik..rasanya sedikit berasid dan kelat. Sesiapa yang batuk atau sakit kerongkong, sila jauhi buah ini [amaran nih!] hohoho..




Puding Laici

















Puding Laici

Bahan-bahan :-
1 peket agar-agar strips
air [sukatan air saya agak-agak shj] biasanya tidak melebihi paras agar-agar
1 tin susu cair
1 tin laici, dikisar

Cara-cara :-
  • Campurkan agar-agar dan air ke dalam periuk kemudian masak sehingga agar-agar tadi hancur. Setelah hancur, masukkan gula.
  • Kacau sehingga gula betul-betul hancur dan agar-agar tidak berketul. Tapiskan ke dalam periuk lain dan masak semula di atas api.
  • Masukkan susu cair dan laici yang telah dikisar. Biar mendidih sekejap. Kemudian tutup api dan bolehlah dituang ke dalam acuan atau loyang yang anda sukai. Sejukkan dan bolehlah dihidang.
  • Anda boleh juga menambah 1 tin laici sebagai hiasan. Hiris kasar buah laici dan susun di atas puding tersebut atau mengikut kreativiti anda. Selamat Mencuba!

Resepi asal adalah sumbangan dari Kak Liza.

Projek Cuti Sekolah



















Ada orang gelar kek gula hangus, ada juga yang gelar kek sarang semut dan turut juga digelar kek sarang tebuan. Apa sahaja gelaran, bentuk dan rasa keknya tetap sama. Yang membezakan adalah nama! [apa ada pada nama daaa...]
Kek yang saya buat ini sebenarnya amat mudah dan ringkas sahaja bahan-bahannya. Sebenarnya saya beli ready mix honeycake mix dari sebuah kedai bakeri yang terletak di Shah Alam dan bahan tambahan yang saya perlukan adalah seperti mentega, telur dan susu cair sahaja. Bahan-bahan itu dicairkan lalu ditambah dengan bahan yang telah siap sedia kemudian dipukul sebati dan terus bakar selama 1 jam. Hasilnya memang tiada beza dengan kek yang kita bancuh biasa.
Sebelum saya berjinak-jinak dengan prepack mix nie, saya pernah jugak cuba buat kek gula hangus sendiri.
Resepi itu saya dapat dari seorang forumer CARI iaitu Yume. Resepi asal adalah dari Pn Halimah.
Ramai juga forumer di FNR dah mencuba resepi nie dan hasilnya amat memuaskan. Sekiranya anda berminat nk mencuba, boleh cuba dengan resepi di bawah ini.


KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan :-
1 cwn gula

1 cwn air panas
2 sdb mentega

[Untuk membuat gula hangus :
Gula hendaklah digoreng dengan api yang perlahan. Apabila gula agak mencair, tuang air panas perlahan-lahan dan tutup api. Kemudian masukkan mentega dan kacau sehingga cair. Sejukkan adunan ini dan ketepikan]

4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum, ayak bersama
2 sdk soda bikarbonat
1 sdk esen vanila

Cara-cara :-
1. Pukul telur sehingga kembang dan pekat.
2. Masukkan susu dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan juga soda bikarbonat yang telah di ayak bersama.
4. Tuang esen vanila ke dalam adunan dan akhir sekali masukkan gula hangus tadi.
5. Adunan ini hendaklah diperap selama 3 - 4 jam dalam keadaan bertutup supaya sarangnya akan lebih cantik.
6. Setelah diperap, bolehlah terus dibakar pada suhu 160' C selama 1 jam dengan menggunakan api bawah sahaja. Untuk 10 minit terakhir, tukar kepada api atas dan bawah pula.

Selamat Mencuba!