27 April 2009

Selamat Hari Lahir Nur Yusra




Esok tanggal 28 April 2009 ialah hari lahir buah hati pengarang jantung saya iaitu Nur Yusra yang ke 8 tahun. Kebetulan kami akan berangkat ke Penang, jadi pagi-pagi lagi saya dah siapkan sedikit barang untuk diisi di dalam party bag birthday girl nanti. Setakat nie saya buat mufin coklat dahulu yang menggunakan 2 adunan dan dapat lebih kurang 58 - 60 biji size S.
Benda-benda lain seperti coklat dsb akan difikirkan kemudian sebab memang tak sempat nak beli tadi. Lagipun, di Penang nanti bukan nak buat party besar-besar, cuma kenduri doa selamat di surau sahaja. Party bag tu pulak akan diagihkan untuk kawan-kawan dan jiran terdekat sahaja. Nasi dan lauk pauk akan menyusul kemudian. Nasi pun saya tempah katering jugak sebab kalau nak diikutkan, memang tiada masa untuk masak sebab perancangan dibuat pun memang last minute!
Untuk Nur Yusra, mama sentiasa doakan semoga Nur Yusra sentiasa dilindungi oleh Allah dan diberi kekuatan juga kehidupan yang baik. Belajarlah rajin-rajin dan semoga menjadi anak solehah. Amin..

1/2 Hari di Penang

Hari Ahad kelmarin, kebetulan masih di Penang dan belum balik ke KL, saya ditemani adik saya Dasha, Nur Yusra dan Siti kami ke Taman Tun Sardon, Gelugor untuk sarapan di sana. Menjadi kebiasaan kalau turun Penang mesti sarapan di sana. Apa yang menarik?? Banyak!!! hehehe.. Kalau ke sini, saya wajib pesan serabai yang menjadi makanan kegemaran saya selain mee udang [gambar bawah], lontong, roti jala, roti bakar + telur 1/2 masak, kuih-muih melayu seperti ketupat palas, bengkang kacang dan macam-macam lagi.


Selepas makan pagi di Taman Tun Sardon, kami ambil kesempatan ronda-ronda sakan di sekitar Penang. Dari Glugor ke Tanjung Tokong kemudian patah balik ke Jalan Penang. Tiba-tiba kami terlihat ada ramai orang. Kami tertarik untuk melihat jadi kami pun mengambil keputusan untuk berhenti kereta. Rupa-rupanya ada Penang Charity Bazaar! Saya tidak berapa pasti sangat tentang bazar ini cuma apa yang saya dimaklumkan, bazar ini diadakan pada setiap hari Ahad terakhir dalam setiap bulan. Barang yang dipamerkan atau dijual amat menarik sekali. Dari cenderamata sehinggalah ke barangan antik. Memang menarik dan mengujakan. Kami mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk jalan-jalan di bazar berkenaan dan kami dihiburkan oleh sekumpulan penari Capoiera. Saya memang suka! Minat juga dengan Capoeira ini kerana pernah melihat filem yang mengetengahkan aksi Capoeira dengan diiringi muzik! Memang asyik..walaupun hujan, masing-masing tak berganjak sehingga selesai persembahan.






24 April 2009

Selamat Bertunang Eja & Faizal

upacara menyarung cincin
Hari ini 25hb April 2009 berlangsungnya majlis pertunangan sepupu saya Eja & Elly Faizal. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan baik sekali. Semua sanak saudara jauh dan dekat datang untuk memeriahkan lagi majlis ini. Walaupun majlis ini tidak lah se gah majlis perkahwinan, tetapi suasana yang kami rasai amat seronok sekali. Maklumlah majlis sebeginilah yang akan menghimpunkan sanak saudara yang ada.
Makanan disediakan oleh makcik saya sendiri dan dibantu oleh beberapa ahli keluarga yang lain. Antara lauk pauk yang dihidangkan ialah Gulai Ikan Kering, Ikan Sardin Goreng, Sayur Kubis, Ulam-ulaman, Sambal Belacan dan beberapa pencuci mulut.
Sessi menyuap gula dan sessi bergambarlah yang paling indah sekali kerana saya juga turut mengambil bahagian dalam acara suap gula..hehehe
Selepas tetamu mula beransur-ansur pulang dengan hantaran yang dibalas, maka operasi 'memunggah' hantaran pun bermula! Hahaha..bab ini yang paling ditunggu-tunggu kan..sambil membuka kotak-kotak, sedikit sebanyak apa yang ada tu masuk juga ke dalam mulut..biasa laa kan..hehehe
Apa pun majlis perkahwinan masih lagi dalam perbincangan..harap-harap jadi lah hendaknya pada hujung tahun ini seperti yang telah mereka rancangkan.
Akhir sekali, sebagai kakak sepupu ingin sekali saya melihat Eja sentiasa bahagia dengan apa yang dipilihnya..

14 April 2009

Cupcake Vanilla



Cuppies ini saya buatkan untuk sepupu saya yang nak bertunang esok. Belum mekap apa pun lagi sebab nak bawak balik ke Penang. Nanti dah sampai di sana, baru lah nak mulakan operasi. Lagi pulak majlis tunang tu akan diadakan sebelah petang selepas Asar. Jadi tak perlu lah rasanya nak deco awal-awal. Cuppies ni memang moist dan sedap. Saya letak filling bluberi di tengahnya supaya rasa tu lebih umphh! hehe..

KEK CAWAN VANILA
kuantiti : 38 - 40 pcs size S

Bahan-bahan :-
250 gm mentega
230 gm gula kastor
250 gm tepung naik sendiri, diayak
5 biji telur size A/B
1/4 cwn susu segar UHT
1 sdt esen vanila

Optional - filling bluberi, kiwi, strawberi dsb.

Cara-cara :-
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan bertukar warna.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi. Masukkan esen vanila.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu. Tuang sehingga habis.
4. Kaup balikkan adunan tadi supaya rata dan sebati. [Jika menggunakan mixer, guna kelajuan yang paling rendah].
5. Akhir sekali, cedukkan sesudu adunan ke dalam cawan kertas kemudian bubuh 1/2 sdt bluberi filling di tengahnya dan kemudian cedukkan lagi sesudu adunan dan letakkan di atasnya.
6. Ulang proses sehingga habis ke semua adunan dan bolehlah dibakar dengan suhu 170' C selama 20 minit atau sehingga masak.




Thanks to my best friend Siti Noraini for sharing this recipe!!

08 April 2009

Ayam Mayonis


AYAM MAYONIS

Bahan-bahan :-
600 gm daging ayam, dipotong kecil

Dimayang/
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia

4 sdb cili kisar
2 sdb mayonis
2 sdb sos cili
1 sdb serbuk lada hitam
2 tangkai daun ketumbar, dihiris 2 cm
3/4 cwn air
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-
1. Ayam yang telah dibersihkan dilumur garam dan serbuk kunyit lalu digoreng sehingga masak. Tidak perlu sampai garing. Sekadar empuk dan masak sudah mencukupi.
2. Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis cili kisar hingga masak dan pecah minyak. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau sehingga rata.
3. Masukkan air, serbuk lada hitam, garam, dan gula [anggaran 1 sdb] kemudian kacau lagi.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Biarkan sekejap kemudian tuang sos cili dan mayonis dan terus padamkan api. Kacau dan balik-balikkan ayam sehingga sebati dan mesra.
5. Akhir sekali taburkan daun ketumbar yang dihiris dan kacau-kacau sedikit supaya rata. Sedia untuk dihidangkan.