02 March 2009

Pokok GHARQAD


Nabi Muhammad saw telah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari Muslim dan al-Tirmidhi yang bermaksud " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu [tentera] Yahudi akan dibunuh oleh [tentera] Islam sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan berkata " wahai muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya, " kecuali POKOK GHARQAD [yang tidak bersuara] kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah, pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang tentera Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama GHARQAD.


Setakat yang diberitakan, bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok GHARQAD secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai satu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi laknatullah sebenarnya memang tahu dan sedar akan kebenaran Islam dan hadis Nabi Muhammad saw. Keegoan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga bertanya tentang bagaimana rupa pokok GHARQAD. Ada yang menyatakan bahawa ianya ialah pokok krismas, dan ada pula yang menyatakan ianya adalah pokok rhu, kaktus dan sebagainya. Moga gambar yang dipaparkan ini dapat menyelesaikan kekeliruan kita tentang pokok GHARQAD. Dan yang pasti, pokok ini tidak sesuai di tanam dan tidak tumbuh di negara kita kerana keadaan iklim yang tidak mengizinkan. Wallah ulam.


No comments: