19 February 2008

Pulut Inti


Pulut Inti nie memang dah lama nk buat..cuma projeknya asyik tangguh saja..kebetulan semalam kita punggah seme khazanah kita kat dapo..terjumpa plak sebekas beras pulut susu..hmm..rendam dulu..fikir kemudian! hihihihi..so lepas dah berhempas pulas memikir apa yg nk dibuat..akhirnya kita amik menu yg paling simple dlm dunia..hehe..
Bahan-bahan :-
::
Pulut/
2 cwn beras pulut, dibasuh bersih kemudian direndam semalaman
1 kotak santan dicampur dgn sedikit air
1 sdt garam
1 helai daun pandan, disimpul
::
Inti/
3/4 cwn gula merah
1/2 cwn air
sedikit garam
1 helai daun pandan, disimpul
sedikit tepung gandum
::
Cara-cara :-
1. Beras yang telah direndam dibasuh sekali lagik kemudian tuang ke dalam loyang dan dikukus. Selepas lebih kurang setengah jam, keluarkan pulut dan buang simpulan daun pandan dan tuang santan yang dicampur dgn garam. Kukus lagik selama 15 minit. Keluarkan pulut dan gaul kemudian sejukkan.
2. Untuk intinya pula, masukkan ke semua bahan-bahan kecuali tepung gandum ke dalam kuali dan kacau sehingga air kering. Sebaik-baiknya, gunakan api yg perlahan. Apabila inti tadi agak kering, taburkan tepung gandum tadi dan terus mengacau. Siap utk digunakan.
::
Nota :-
1. Tujuan tepung gandum dimasukkan ke dalam inti ialah utk mengilatkan struktur inti.
2. Inti ini juga sesuai digunakan untuk kuih ketayap.

Fish Therapy Concept Spa


Tentu korang pernah dengar tentang Dr. Fish [perghh...ikan pun ada title Dr..jgn taktauuuu...huhuhu] Fish Spa merupakan satu kaedah yang agak baru di Malaysia yg memperkenalkan ikan sebagai terapi.
Kita tertarik dengan kaedah nie apabila menonton siaran di tv yang menayangkan kaedah ini. Fish Spa ini yang kita tahu lokasinya di The Pavillion KL. Jauh jugak tuuuu..malas benor nk meredah ke sana..
Kebetulan, masa sedang memandu pulang ke rumah kita melalui tol Damansara..dengan tak semena-mena terpandang ke deretan blok-blok bangunan. Mata pulak asyik tertumpu kepada sebuah kedai yang tertera The Sampuoton Fish Spa. Hmmm..menarik nie...apalagi..terus kita kabor dgn bos. Mcm seronok..err..err..gedik pun ada jugak skett..hihihihi..esoknya pada hari Rabu mcm tu kita pakat pegi situ utk tinjau. Yang lawaknya..kita taktau mcm mana nk sampai ke situ.hehehe..jenuh jugaklaa meredah. Akhirnya sampai jugak. Tapi...belum bukak lagi daaaaaaaa! frust jugak. Owner situ bagitau yang Spa nie akan beroperasi pada hari Jumaat dan promosi akan berjalan selama 5 hari ja [harga utk promosi ialah RM90.00]. Yang bestnya kat sini..kita boleh rendam the whole body! best kan..kan..
Owner tu baik jugak. Dia ada kasik kita try dulu tapi bukan the whole body ekk..tangan sahaja! yang tak ketinggalan mencuba is Yusra laa sebab dia yg over excited sangat. Ikan-ikan tu plak mcm pantang tengok kita letak tangan..menderu derang datang mengigit..apalagik..melatah laa si Yusra tu. Dahtu dia dah takut nk letak tangan. Then guess what??? my turn lerrr...hihihhi..
First time kita try letak tangan mmg rasa geli yaa amat..amat..amattttttt..tapi lama-lama kita wat dek je..ikan-ikan tu pun selamba je gigit-gigit tangan kita yg sememangnya byk dead cell!! yg kita tau byk dead cell nie sebab diberitahu oleh owner tu lerr..kalau byk ikan datang kerumun..means..byk lerr dead cell..bayangkan kalau letak seluruh badan..hmm..camno ler agaknya ekkkk...
Apa pun kita tetap akan datang berkunjung ke Fish Spa nie utk mendapatkan terapi dan menghilangkan sel-sel yang mati kat badan kita supaya sihat hendaknya..insya allah.
Kepada kengkawan yang berminat untuk menterapikan diri dan minda atau ada sebarang kemusykilan mungkin nk tanya harga ke, rawatan ke atau pun nk buat tempahan..bolehlah terus datang ke..
::
The Sampuoton Spa
Fish Therapy Concept Spa
N0 B-G-23 & 23A, Merchant Square,
Jalan Tropicana Selatan 1,
47410 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel/Fax : 03 7885 0691

Roti Gulung Sosej Cocktail


Bahan-bahan :-

3 keping roti putih , dicanai sehingga nipis

6 batang sosej cocktail, rendam air panas

1 biji telur

2 sdb oat

3 sdb breadcrumb

Cara-cara :-

1. Potong kerak roti dikeliling. Canai roti sehingga nipis. Potong dua bahagian.

2. Bentangkan roti tadi kemudian ambil sebatang sosej cocktail dan letak di tengah-tengah roti dan balut/gulung. Sapukan sedikit telur di penghujung roti supaya ia lekat. Golek-golekkan lagi supaya roti dan sosej tadi menjadi kejap. Ulang sehingga roti dan sosej habis.

3. Kemudian celup roti tadi ke dalam telur dan golek-golekkan ke dalam adunan oat dan breadcrumb dan terus goreng. Sebaiknya guna api yg perlahan tan tidak terlalu kuat. Tetapi jgn terlalu perlahan kerana ini akan mengakibatkan roti menyerap minyak. Balik-balikkan dan sedia diangkat.

Nota :-

1. Kerak roti tadi sebaiknya jgn dibuang. Koyakkan kerak-kerak roti tadi dan masukkan ke dalam blender kering dan blend halus. Gunakan crumb ini sebagai bahan penyalut yang dicampur dengan oat. Boleh juga menggunakan cornflakes yg dihancurkan.

2. Untuk mendapat kenipisan roti, sebaik-baiknya guna roti yang segar dan bukan roti yang hampir tamat tarikh luput.