25 April 2008
Cok Udang
Daging Goreng
Muffin Coklat Cip
---------------<>---------------
Tak perlu susah tak perlu risau. Kalau rasa teringin nak makan muffin, boleh cuba buat sendiri samada dari resepi-resepi sedia ada ataupun guna muffin mix mcm saya. Saya dah biasa dengan muffin mix nie so saya stick kepada yang ini saja. Bagi saya memang mudah untuk menyediakannya malah yang lebih penting ia sedap dan menjimatkan masa. Kepada sesiapa yang ingin mencuba muffin mix ini, boleh dapatkan di kedai menjual barang-barang bakeri [alamat seperti di bawah]. Bukan setakat muffin mix sahaja, malah macam-macam tepung segera anda boleh dapatkan juga di situ. Ada juga bahan-bahan yang harganya murah berbanding tempat lain.
::
My Choice Trading, 14 Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Tel : 03 5510 4198
Makaroni Sup
Semalam saya buatkan makaroni sup untuk gathering Yusra n her friend..wahh..kalah mama! mama pun tak pernah attend mana2 gathering before..tapi di rumah saja. Lepak, main and do some homework..ada jugak order pizza utk derang, belikan donut dan buatkan muffin coklat.
Tapi untuk makaroni sup nie, saya guna basic resepi dari forumer LVgirl. Thanks LV. Berbaloi saya mencuba..the recipes was great! laju jer bebudak tu makan..
Tak ada exact resepi sebenarnya. Buat lebih kurang ja.
::
::
Makaroni Sup
::
Sup/
1 ketul rangka tulang ayam [boleh kerat beberapa bahagian]
air [bergantung]
::
Cara-cara :-
rebus rangka bersama-sama air sehingga mendidih. Renih dgn api yg perlahan. Ketepikan.
::
makaroni, direbus dan ditoskan
2 btg fishcake, dihiris
6 biji fishball, dipotong 4 setiap biji [kes fishball tak cukup, hehe]
semangkuk udang, dikupas dan tinggalkan ekor shj
sayur sawi, kerat
5 ulas bawang putih, diketuk
2" halia, dihiris
garam secukup rasa
2 kiub pati ayam
lada sulah
minyak bijan
::
::
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga kekuningan.
2. Tuang stok ayam tadi. Kuantiti terpulang samada mahukan banyak atau kurang. Bergantung kepada berapa orang nak makan.
3. Masukkan kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Setelah agak mendidih, masukkan segala fishball, fishcake dan udang. Jika anda mahukan lebih variety, boleh aje masukkan bahan-bahan suki lain mcm yg biasa kita makan steamboat tu. Lepas tu masukkan sayur-mayur.
4. Bila sup mendidih, percik minyak bijan.
5. Untuk menghidang, masukkan makaroni ke dlm mangkuk dan tuang sup. Hiaslah dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng mahupun cili jeruk. Selamat mencuba.
23 April 2008
Gulai Daging Dan Tulang
1/2 kg tulang lembu
1/2 kg daging lembu [nk campur perut dsb pun boleh]
A/dimayang
9 biji bawang merah [byk pun takpa]
2.5 inci halia
5 ulas bawang putih
B/bahan tumis
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
5 buah pelaga
4 lawang
5 cengkih
1 daun pandan, disimpul
C/digaul
3-4 sdb rempah daging [baba’s + alagappa’s] – kalau boleh, kalau tak, sejenis pun takpa
1-2 sdb cili mesin
1 mangkuk air, lebihkan jika perlu
3 biji ubi kentang, potong ikut suka [biasanya sebiji tu dibelah 4]
1 kotak santan [guna tak sampai sekotak pun]
1 keping asam gelugor
1 sdb kerisik [tak bubuh pun takpa, tak dosa..hehehe]
2 biji bawang besar,dipotong 4 setiap sebiji
::
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan B dan biar masak sedikit kemudian masukkan bahan A. Kacau sehingga bawang layu dan kuning garing.
2. Masukkan bahan C. Kacau sebentar dan tutup periuk. [Ambil masa sedikit kerana perlu pastikan rempah betul2 masak dan pecah minyak].
3. Setelah rempah masak, masukkan tulang dan air. Setelah tulang empuk, masukkan kentang dan daging. Kalau tak empuk dan kuah agak kering, tambah lagi air.
4. Setelah kesemua bahan2 empuk, masukkan kerisik dan santan. Sekiranya kuah agak pekat, masukkan air. Masukkan asam gelugor.
5. Perasakan dgn garam dan bahan penambah perisa [jika suka].
6. Biar kuah mendidih sebentar dan masukkan bawang besar yang telah dipotong. Bolehlah dihidangkan. Esoknya kalau ada lagi baki kuah, boleh wat cicah dgn roti. Memang lagi terangkat lah!
- Ikut cara mak saya, dia perap rempah+bawang dan halia yg dikisar dengan daging/tulang terlebih dahulu.
Acar Nyonya
1. Satukan semua bahan2 sayur dalam satu bekas, gaul rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga garing, gunakan api sederhana. Angkat dan biarkan rempah betul2 sejuk.
4. Toskan sayur2an tadi, kemudian gaul bersama rempah hingga rata. Masukkan juga kacang tanah dan bijan, gaul hingga semua mesra dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam sebelum dihidangkan......Yum yum...jom makannn!!!!
Pulut Kuning
Ini pun kelmarin punya projek gak. Mula tu cadang nak buat rendang, tapi fikir-fikir balik tulang daging ituhari ada lagik so buat gulai tulang pun ok jugak. So pulut nie kita makan/cicah dengan gulai tulang campo daging sket. Slurpp..
Pulut Kuning
Bahan-bahan :-
1 kg beras pulut, direndam dgn 2" kunyit hidup [blender dgn sedikit air]
kalau nk senang, letak serbuk kunyit pun aci jugak.hehehe..
dan juga beberapa keping asam gelugor. Rendam semalaman.
A/dicampur
3-4 cwn santan
sesudu gula
1-2 sdt garam.
Cara-cara :-
1. Basuh beras pulut kemudian rendam semalaman.
2. Letak dlm loyang atau bekas dan kukus lebih kurang 25 min.
3. Keluarkan dan tuang bahan A. Kacau dgn garfu supaya santan meresap dlm pulut.
4. Masukkan balik ke dalam pengukus dan kukus lagi sampai masak dan mcm berminyak sket. Boleh dikeluarkan dan dibentuk dan dihias mengikut kreativiti anda.
psstt..pulut saya kaler tak berapa cantik plak sebab lapik dengan daun pisang [mungkin jenis daun kot] so bila kukus daun tu terlekat kaler kat pulut. frusttttt....! tapi takpa, rasa langsung tak mengecewakan..hehehe..
Kek Marble
---------------<>---------------
21 April 2008
Fillet Dory Masak Sambal Tumis
19 April 2008
Aktiviti Dan Makan-Makan
Seronok jalan-jalan kat sini..tenang dan mendamaikan..bila tgk air sungai tu..rasa mcm nk terjun!hohoho...
Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang nak beriadah kat sini. Yusra tu dok tgk apa pun taktau lah..
Ikan-ikan nie dah kenyang kot. Kita bagi makan depa wat dekk plak..uihh..dah pandai demand naaaa...
Alahai..bayangkan kalau taman mcmnie ada kat rumah kita..alangkah seronoknya. Hari-hari dok bertapa kat situ pun sanggup!hikhik..
Yusra tengah bagi makan ikan. Ikan-ikan yang nie mmg lapar. Sekali letak je depa pakat2 mai makan. Geram juga tgk, nak tangkap boleh??? ---------------<>---------------
Yang kat bawah nie pulak ialah beberapa makanan yang kami order di Restoran Just Thai. Yusra teringin nak makan udang yang balut dgn kulit popiah tuh. Sedapp..bukan datang ramai pun, kami anak beranak je. So kitaorang order pun pada-pada la.
Gambar-gambar di atas tu ialah di 1 Utama. Saja bawak Yusra jalan-jalan bagi mengenangkan harini is hari utk gantung apron dan periuk belanga..hihihi...So, kitaorang pilih nak ke 1 Utama. Sebabnya ialah harini dah mula SALE!!!! ishh..cam berhantu betul perkataan tu. Tambah plak bila jalan je dok terpandang sign SALE merata-rata. Kalau yang 70% memang boleh wat terjojol laa jugak.hehehe..
17 April 2008
Lala Masak Cili
Bahan-bahan :-
siput lala, anggaran 1 kilo kot [terlupa nk timbang plak tadi..hehehe]
A/dimesin
2 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia, sebesar ibu jari
1 biji buah tomato
3 biji cili merah
2 sdb cili mesin [kalau suka pedas, taruk laa lebih]
B/
3 sdb sos cili
3 sdb sos tomato
1 sdb sos tiram
1 btg serai, diketuk
1 biji telur, dipukul
garam dan gula
air
minyak utk menumis
daun sup atau daun ketumbar sebagai hiasan
---------------<>---------------
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tuang bahan A. Masukkan serai. Tumis bahan ini sehingga pecah minyak. Tambah air jika perlu.
2. Masukkan bahan B dan kacau. Tambah air dalam 1 mangkuk [jika suka berkuah]. Biar mendidih dan bubuh garam dan gula. Nak sprinkle lada hitam sket pun ok.
3. Masukkan siput lala, kacau sedikit supaya sebati dengan kuah. Tudungkan kuali sebentar.
4. Apabila siput sudah terbukak, kacau sedikit dan tuang telur bagi rata-rata.
5. Biar sekejap dan balik-balikkan siput lala tadi kemudian tutup api dan taburlah daun sup sebagai hiasan. Siap dan boleh dihidangkan.
16 April 2008
L.A.K.S.A.M
Kek Coklat
>> CARA-CARA UNTUK MENGADUN BAHAN <<
>> KEK YANG TELAH PUN SIAP DIBAKAR DAN MENUNGGU MASA UNTUK PROSES TOPPING <<
>> TOPPING DAN HASILNYA <<
---------------<>---------------
Instead of Nasi
14 April 2008
Pengat Keledek no idea!
Roti Jala
04 April 2008
Bila Hari Jumaat..
03 April 2008
Senang punya kerja..
Muffin Orange Poppyseed nie memang wangi bila dibakar. Saya letak ekstra parutan kulit oren untuk menambahkan aroma kewangiannya. Memang sedap kalau makan muffin nie dengan secawan teh atau kopi.
Saya menggunakan resepi mudah dan simple. Beli je muffin mix kat kedai.
Bahan tambahan yang diperlukan ialah
3 biji telur
125 gm air [tetapi saya tukar kepada susu segar]
155 gm minyak jagung
Satukan tepung muffin mix dengan telur dan air. Kacau sebati kemudian tuang minyak perlahan-lahan.
Kacau sehingga adunan sebati dan sedia untuk dibakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit.
02 April 2008
Suji oh Suji

Thanks to Kak Mastura sebab kongsi resepi ni kat forum.
Blueberry Sugee Square
Bahan-bahan :-
A/
1 1/4 cwn tepung
2 sdt serbuk penaik
1 cwn suji
1/2 cwn gula kastor
B/
200 gm mentega, lembutkan pada suhu bilik
2 bj telur saiz A
2 sdt esen vanila
Raspberry atau Strawbery jem secukupnya
Cara-cara :-
1. Panaskan oven kepada suhu 170'C.
2. Ayak tepung dengan serbuk penaik.
3. Di dalam mangkuk, masukkan tepung yang sudah diayak bersama suji dan gula kastor.
4. Tuang masuk bahan B dan gaul dengan menggunakan whisker. Gaul hingga sebati.
5. Tuang separuh dari adunan tadi ke dalam loyang empat segi yang berukuran 8X8. Kemudian sudukan jem ke atas permukaan adunan tadi. Tidak perlu meratakannya. Campak-campak je jem tu.
6. Tuang baki adunan supaya menutupi keseluruhan jem.
7. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga permukaan atas kek masak.
Nota :-
Menurut kata Kak Mas, tekstur kek ini agak berderai. Jadi untuk nak melembapkan kek nie dan mengurangkan berderai bila dipotong, boleh masukkan 2 sdb susu atau pun tambahkan kuantiti telur.
Jika suka manis, boleh lebihkan jem.
Selamat Mencuba.
Sarapan Pagi
Harinie teringin sangat nak buat lempeng kelapa. Orang utara cakap lempeng nyoq! Sedap lempeng nie kalau cicah dgn gula ke, kari yang semalam atau 2-3 malam ke. Seriously..mmg best cicah dgn kari. Ni kira my all time favourite lah. Senang sangat nk buat lempeng nie. Lempeng nie juga boleh dimakan waktu sarapan atau minum petang.Lempeng Kelapa
Bahan-bahan :-
2 cwn tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih
2 cwn air [tapi tak sampai pun, guna dlm 1 3/4 cwn ja]
2 sdt garam
Cara-cara :-
1. Di dalam bekas yang bersih, masukkan tepung gandum, kelapa parut dan garam.
2. Kemudian tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat konsistensi adunan yang betul. Adunan ini jangan terlampau pekat dan tak boleh terlalu cair.
3. Kacau adunan supaya tidak berketul-ketul dan sedia digunakan.
4. Lengserkan sedikit minyak ke dalam kuali/pan. Sendukkan adunan tadi ke dalam kuali dan leperkan dgn belakang senduk. Jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.
5. Alih-alihkan supaya masak kedua-dua belah bahagian. Angkat.





