Showing posts with label Aneka Apam. Show all posts
Showing posts with label Aneka Apam. Show all posts

04 May 2009

Apam Pisang

Kelmarin seorang kawan saya datang ke rumah sedekahkan buah kuinin dan 2 sikat pisang lemak manis. Pisang tu memang dah masak ranum. Boleh buat kuih atau kek. Jadi keesokannya saya bercadang nak buat apam pisang resepi dari Kak Noor. Saya tambah sedikit chocolate rice untuk bagi sedap dan rasa kecoklatan sket. Pisang memang ngam dengan coklat!



APAM PISANG
sumber : Noor Masri

Bahan-bahan :-
6 biji pisang [saya guna 7 biji]
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula kastor
4 biji telur
1 sdt soda
1 sdt serbuk penaik
1 sdb susu UHT
1 sdt esen pisang
secubit garam
chocolate rice

Cara-cara :-
1. Panaskan kukusan.
2. Lecek pisang di dalam sebuah bekas kemudian masukkan soda dan dikacau sedikit. Ketepikan.
2. Di dalam bekas lain, pukul gula dan telur sehingga kembang. Masukkan esen pisang. Pukul lagi.
3. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan tuang ke dalam bekas telur tadi. Tuang tepung secara perlahan-lahan sehingga habis. Masukkan pisang yang telah dilecek tadi dan garam. Kacau sebentar dan tuangkan susu. Kacau lagi kemudian masukkan chocolate rice. Memadai gaul dengan sudip kayu.
4. Tuang bancuhan apam ini ke dalam loyang yang telah di gris dengan sedikit minyak dan boleh dikukus selama 45 min atau sehingga masak.

Nota :-
Yang bertanda hitam [bold] itu ialah saya tambah sendiri.

09 March 2009

My Homemade Serabai

bancuhan yg diperam & sedia utk dimasak

serabai yang dah siap dibakar

kuah serabai yg terlebih gula merah..nampak mcm sos coklat pulak..hihi

siap! jemput makan..hehehe..

Akhirnya! Tercapai jugak hasrat nak buat serabai sendiri..Mcm nak menangis pun ada..hahahaha. Setelah diteliti beberapa resepi yang ada dalam simpanan, dalam internet, dari kawan-kawan dan sepupu, kemudian saya olah mengikut suka hati sendiri..wakaka. Maka terhasillah serabai ku ini..wahhhh..syokkk sgt! Resepinya ada di bawah ini, selamat mencuba!!

SERABAI

Bahan-bahan :-
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1 sdb gula
1/2 sdt garam
1/2 sdt yis segera
1 cwn air
1/2 cwn santan pekat

Cara-cara :-
1. Satukan tepung gandum dan tepung beras kemudian masukkan garam, gula dan air. Gaul sehingga sebati kemudian masukkan yis kering. Gaul lagi kemudian perap selama beberapa jam.
2. Setelah adunan diperap, keluarkan dan tuang santan. Kacau-kacau sedikit dan adunan sedia untuk digunakan.
3. Panaskan acuan serabai, oles sedikit minyak masak dan tuang sesenduk adunan kemudian tutup dengan tudung periuk. Biar sehingga berongga dan serabai masak, boleh diangkat.
4. Serabai sedia untuk dihidangkan.



Nota :-
Masa pertama kali buat, saya campurkan kanji di mana tepung beras itu saya asingkan 2 sdb kemudian di masak bersama dgn 1/2 cwn air. Kacau hingga likat kemudian dicampur pula dgn adunan tepung dan diperap. [Saya rujuk resepi ninoZ]
Untuk kedua kali pula [pagi tadi] saya sengaja tak masukkan kanji untuk nk lihat kesan serabai. Tapi tiada apa-apa tanda. Serabai jadi mcm biasa saja. Pendapat saya, kanji mungkin melembutkan serabai. Ini kerana, serabai yang saya buat kelmarin petang, masih lagi lembut sampai ke malam.

02 March 2009

Serabai

Masa balik ke Penang hujung minggu lepas memang dah hajat betul nak makan serabai. Lama sungguh tak makan. Boleh mamai lah kalau dok terbayang-bayang kesedapan serabai dengan kuahnya tu. Hari Ahad semalam awal-awal dah pesan dengan Abah suruh beli jugak-jugak serabai nie. Saya suka serabai bakar compare yang kukus nie sebab serabai bakar lebih sedap. Tapi tak ada rezeki la pulak, dapat yang kukus sahaja. Tak kisahlahhhhh..janji dapat jugak merasa serabai nie.
Ekceli saya teringin nak buat sendiri sebab acuan pun dah lama beli tapi malas giler la pulak plus dengan resepi yg dok ada ni pun mcm ntah betul ke tidak. Bila tanya kat orang yg biasa buat, jawapan skema yang keluar mulut ialah "ala..senang jer, buh tu..buh ni..agak-agak jer..aku pun takde resepi betui sgt..aku pun agak-agak jer"..hmmm..tension kan?!! Baik aku beli..lagik pueh hati! hahahaha...

17 July 2008

Saya menggunakan resepi apam puteri ayu coklat [rujuk resepi di bawah] cuma tak letak kelapa parut saja sebab Yusra request mcm tu aje nak jamu kawan-kawan dia di sekolah.

16 July 2008

Apam Puteri Ayu Coklat

Tadi petang kita bereksperimen dengan resepi baru yang kita jumpa kat SAJI. Apam puteri ayu coklat namanya. Biasa warna hijau kan, tapi yang ini warna coklat. Apam ni lembut sangat dan sedap pulak tu. Saya ikut sebijik-sebijik resepi tu dan alhamdulillah menjadi. Maklumlah, saya nie alergik sket dgn resepi apam! huahuahua... Apam Puteri Ayu Coklat

Bahan-bahan :-
2 biji telur
1/2 cwn gula
1/2 sdk ovalete [saya terrrbubuh 1 sdk!hehe]
1/2 cwn tepung gandum
1 sdb serbuk koko
kelapa parut putih + garam

Cara- cara :-
1. Pukul telur, gula dan ovalete hingga kembang dan pekat. [saya pukul sampai putih gebu tak hengat!]
2. Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak terlebih dahulu sedikit demi sedikit. [saya tuang terus then putarrrrrr sampai sebati].
3. Ambil sedikit kelapa parut yang telah digaul dgn sedikit garam dan masukkan ke dalam acuan. Tekan sedikit dan tuangkan adunan.
4. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak.

Nota :-
Pendapat saya, kalau tak letak kelapa parut dan biar apam nie kosong saja pun sedap. Tapi kena tukar nama lah jadik Apam Coklat.