Pergi pasar tadi terus capai 2 ikat sayur kailan. Dalam hati rasa tak sabar nak makan. Ye lah, sebab dah lama tak makan kailan goreng. Nak masak pun simple saja, tumbuk beberapa bawang merah dan bawang putih bersama-sama 3 biji cili merah. Kemudian tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Tuang sos tiram sket. Masukkan anak-anak udang kertas [orang panggil udang sayur] ke dalam kuali dan tumis lagi. Masukkan batang kailan terlebih dahulu kasik dia lembut dan sedikit air jika perlu. Akhir sekali baru masukkan daunnya yang dihiris-hiris lebar tu gaul sekejap dan perasakan dgn garam. Siap!
Showing posts with label Aneka Juadah Sayur Mayur. Show all posts
Showing posts with label Aneka Juadah Sayur Mayur. Show all posts
12 March 2009
Kailan Goreng Bercili
Pergi pasar tadi terus capai 2 ikat sayur kailan. Dalam hati rasa tak sabar nak makan. Ye lah, sebab dah lama tak makan kailan goreng. Nak masak pun simple saja, tumbuk beberapa bawang merah dan bawang putih bersama-sama 3 biji cili merah. Kemudian tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Tuang sos tiram sket. Masukkan anak-anak udang kertas [orang panggil udang sayur] ke dalam kuali dan tumis lagi. Masukkan batang kailan terlebih dahulu kasik dia lembut dan sedikit air jika perlu. Akhir sekali baru masukkan daunnya yang dihiris-hiris lebar tu gaul sekejap dan perasakan dgn garam. Siap!
27 November 2008
Sayur Campur
Masak sayur campur nie untuk lunch tadik gu dgn asam pedas tumis yang masak semalam. Harinie tak nak masak banyak sebab bos takde rumah outstation..membazir kan..kan..hehehe..
ada plak ulam pegaga dengan pucuk janggus yg dipetik kat belakang tu cuma sayang takde sambal belacan je..petang plak cadang nak buat bubur kacang je.

ada plak ulam pegaga dengan pucuk janggus yg dipetik kat belakang tu cuma sayang takde sambal belacan je..petang plak cadang nak buat bubur kacang je.
09 September 2008
Terung Berlado
Semalam angin baik laa kot..tu yang masak macam-macam..hihihi...diantaranya ialah terung goreng berlado yang memang saya selalu buat kalau ada terung panjang. Resepi ni guna resepi Kak Liza.

TERUNG GORENG BERLADA
Bahan-bahan :-
1 batang terung panjang, dihiris dan ditabur garam kunyit
garam dan gula secukup rasa
2 sdb sos tomato
Bahan ini perlu dikisar kasar/
5-7 biji cili merah
1 labu bawang besar [kalau kecil guna 2]
3 ulas bawang putih
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan goreng terendam terung sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tuang lebihan minyak dan tinggal bakinya utk menumis.
3. Tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak.
4. Apabila sudah masak, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Tuang sos tomato dan gaul lagi. Letak sedikit sahaja air jika perlu.[apabila kuah terlalu pekat].
5. Masukkan terung yang telah digoreng dan balik-balikkan sekejap sahaja kerana terung akan cepat lembik. Angkat dan boleh dihidangkan.

15 July 2008
03 July 2008
Sayur Madu 3
Ada bayam, cendawan dan tauhu. Sebab tu saya panggil sayur madu 3! Senang keje sebab tak yah tumis. Rebus naik je semua bahan. Didihkan air dulu kemudian masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan udang kering yang dah direndam. Masukkan batang bayam dulu nak kasi lembut. Lepas tu baru masukkan cendawan dan last sekali tauhu. Jangan lupa garam dan sedikit lada hitam. Untuk hiasan, letak je hirisan cili merah. Siap!
13 May 2008
Jantung Pisang Masak Parpu

::
---------------<>---------------
::Kita dah cantas jantung pisang belakang umah tadi. Teringat mak selalu masak parpu. Tiba-tiba kecur air liur la pulak.
::
::
Jantung Pisang Masak Parpu [kacang dhall]
::
Bahan-bahan :-
1 biji jantung pisang, direbus dan dihiris
::
1/2 cwn kacang dhall
1/2 sdt serbuk kari ikan
1 sdt udang kering
1 kotak santan
garam
1 sdt serbuk kunyit
::
Bahan tumis darat/
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1/2 sdt jintan manis
3 biji cili kering, dikerat-kerat
::
::
Cara-cara :-
1. Basuh dan bersihkan kacang dhall. Rebus kacang dhall bersama-sama serbuk kari ikan dan udang kering sehingga kacang dhall empuk. Masukkan serbuk kunyit.
2. Masukkan santan bersama-sama dgn air anggaran 2 cwn. Bila agak mendidih, masukkan jantung pisang dan garam. Jika kuah terlampau pekat, tuang air sedikit.
3. Untuk tumisan, panaskan minyak dan masukkan daun kari dan cili kering terlebih dahulu. Kacau-kacau sedikit dan masukkan bahan-bahan lain seperti bawang merah, bawang putih dan jintan manis. Tumis hingga garing dan kekuningan. Tutup api dan tuang masuk ke dalam periuk kuah parpu tadi. Kacau-kacau sedikit biar mesra dan bolehlah dihidangkan.
01 April 2008
Menu Tengahari

Peria Goreng Tumis Cili
bahan-bahan :-
1 batang peria
4 sdb minyak masak [anggaran]
garam secukup rasa
2 biji telur
bahan ini perlu ditumbuk :-
3 biji cili merah [kalau suka pedas, tambahkan lagi menjadi 5 biji]
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sdt udang kering
1/2 sdt belacan
Cara-cara :-
1. Bersihkan peria kemudian hiris peria seperti gambar di atas. Rendam di dalam bekas berisi air dan masukkan 1 sdt garam. Ketepikan.
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan tumbuk. Tambah air jika terlalu kering. Tumis hingga pecah minyak.
3. Setelah bahan tumisan wangi dan pecah minyak, masukkan peria. Kemudian masukkan garam.
4. Kacau sehingga peria lembut.
5. Pecahkan telur dan biar telur masak kemudian hancur-hancurkan telur tersebut.
6. Kacau peria agar bersatu dengan telur dan bolehlah diangkat.
Subscribe to:
Posts (Atom)