Showing posts with label Aneka Acar. Show all posts
Showing posts with label Aneka Acar. Show all posts

25 September 2008

Acar Ikan Masin

Resepi nie asal dari seorang mami Penang. Resepi Acar Ikan Masin nie dah beberapa kali saya buat untuk puasa tapi tahun nie saya nak buat untuk Hari Raya pulak. aci dakkk?? hehehe..Resepi nie disumbangkan oleh mist dari FNR.

ACAR IKAN MASIN

Bahan-bahan :-
200 gm ikan kering talang/kurau – potong dadu kemudian digoreng

200 gm gula
3 sdt biji ketumbar, disangrai dan dikisar halus
2 sdt jintan putih, disangrai dan dikisar halus
6 sdb cuka
1/2 sdt garam
4 tangkai daun kari
minyak untuk menggoreng

Bahan ditumbuk halus/
100 gm bawang putih
50 gm bawang merah
50 gm kunyit hidup [atau kurangkan sikit]
2” halia
25 biji cili kering


Bahan sampingan :-
10 biji bawang merah [sebiji-sebiji]
10 biji bawang putih [ sebiji-sebiji]
50 gm cili padi

Bahan tabur :-
1 sdb biji sawi
1 sdb lenga, disangrai sekejap

Cara2:-
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari.Tumis bahan tumbuk sehingga masak dan pecah minyak. Campurkan bahan sangrai sekali. Kacau sehingga cili betul-betul masak.
2. Masukkan gula dan biarkan gula hancur.
3. Masukkan bahan sampingan dan biar mendidih seketika dan masukkan cuka.
4. Akhir sekali baru dimasukkan ikan kering dan kacau sedikit-sedikit sahaja. Agak mesra dan sebati terus tutup api. Rasa dulu masam manisnya.
5. Taburkan biji sawi dan lenga. [Bahan tabur ini saya yg tambah sendiri. Jika tidak suka, abaikan sahaja]

23 April 2008

Acar Nyonya



---------------<>---------------

Saya tak pernah cuba buat acar nyonya nie. Dulu masa arwah tok ada, arwah rajin buatkan tapi bukan nyonya style but more to malay style. Saya cuba buat acar nyonya nie setelah meredah 'rumah' en. mat gebu laaa. Disebabkan terpesona dgn acar beliau, saya pun apa lagik, terus cuba buat. Masya allah, memang sedap sungguh acar nie. Masa menumis bahan pun dah bau wangi inikan pulak nk makan. Timun tu saya rendam dengan air kapur sket supaya crunchy. Tapi saya tak de kacang tumbuk dan bijan so saya letak biji sawi. Pastu masa menumis plak saya letak daun kari sket. Dan bahan sayur yang direandam pulak saya tak toskan tapi saya ambil dengan sudu biar perasa tu ada sket2 kat sayur. Err..sorilah mat, saya olah resepi pulakk..ampun!
::
---------------<>---------------
::
::
ACAR NYONYA
::
Bahan Sayur :-
2 biji timun, kerat 4, buang empulur dan hiris macam batang mancis
1 batang lobak merah, kerat 4, hiris macam batang mancis
2 bii bawang besar, belah 8 setiap biji
2 biji cili merah, kerat dua, buang biji dan hiris memanjang
2 biji cili hijau, kerat dua, buang biji dan hiris memanjang
100 g bunga kubis, cuci dan potong kecil (tak letak sebab tak de)
::
Bahan Perisa :-
80 ml cuka makan
4 camca besar gula
2 camca teh garam
::
Bahan Kisar :-
3 biji buah keras
2 batang serai, dihiris halus
20 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
4 biji cili merah
1/2 cm hirisan lengkuas
1 inci kunyit hidup
::
Bahan Lain :-
60 g kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
20 g bijan, sangai hingga kuning keemasan
::
::
Cara membuatnya :-
1. Satukan semua bahan2 sayur dalam satu bekas, gaul rata.
2. Satukan bahan2 perisa, kacau hingga larut. Kemudian tuang ke dalam bahan2 sayur, gaul rata dan biar 30 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga garing, gunakan api sederhana. Angkat dan biarkan rempah betul2 sejuk.
4. Toskan sayur2an tadi, kemudian gaul bersama rempah hingga rata. Masukkan juga kacang tanah dan bijan, gaul hingga semua mesra dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam sebelum dihidangkan......Yum yum...jom makannn!!!!