[baca dlm nada murid-murid sekolah bangun ucap selamat bila cikgu masuk kelas..hikhikhik]
21 May 2009
Muffin Hari Guru
[baca dlm nada murid-murid sekolah bangun ucap selamat bila cikgu masuk kelas..hikhikhik]
27 April 2009
Selamat Hari Lahir Nur Yusra
17 March 2009
Nak cuti sekejap
Me and my family nak bercuti sekejap sempena cuti sekolah nie. Nanti dah balik saya update kemana kami sekeluarga bercuti ekk. Apa pun doakan semoga kami selamat pergi dan balik ya. Jumpa lagi. Oh ya, cerita dari dapur..sempat laa pulok buat mufin bluberi. Itupun guna yang premix sahaja. Bukan apa, nak kasik bekal utk anak buah bawak balik. Dia datang sini waktu cuti sekolah untuk temankan yusra bermain. Main sahaja hokayy!
Belajar??!! jangan harap laaa..hahaha..
07 March 2009
Mufin Pisang Coklat Cip & Kismis
21 November 2008
Blueberry Muffins
Bahan-bahan :-
220 gm tepung naik sendiri
½ - ¾ cwn minyak sayuran
¾ cwn buttermilk atau susu biasa
½ - ¾ cwn gula kastor
1 biji telur, dipukul
1 sdt esen vanilla
150 gm flavourings [pisang, frozen blueberi/raspberry, choc bits, grated epal dsb]
Cara-cara :-
1. Panaskan oven 180’C. Griskan loyang muffin.
2. Gaul sebati semua bahan kering.
3. Gaul sebati semua bahan basah dan campurkan dgn bahan kering.
4. Masukkan flavouring dan gaul sehingga sebati.
5. Tuang ke dalam loyang muffin dan bakar selama 15-20 min atau sehingga masak.
Nota :-
Resepi asal dalam bahasa inggeris tapi saya translate ikut apa yang saya faham lah. Selamat mencuba!
18 August 2008
Muffins
Muffin Choc Chip, Pisang dan Walnut
Bahan-bahan :-
55 gm mentega tanpa garam
175 gm gula kastor
1 biji telur
2 biji pisang masak ranum, dilecek
280 gm tepung naik sendiri
2 sdt baking powder
200 gm walnut cincang, seeloknya dipanggang sebentar
85 gm choc chip
120 ml buttermilk
Cara-cara :-
1. Panaskan oven dan griskan loyang muffin jika tidak menggunakan cawan kertas.
2. Pukul mentega dan gula sehingga lembut. Masukkan telur dan pisang dan pukul lagi.
3. Dalam mangkuk berasingan, satukan tepung, baking powder, walnut dan choc chip kemudian digaul sebati. Masukkan adunan ini ke dalam adunan mentega bersama-sama buttermilk dan digaul lagi sehingga semuanya sebati.
3. Sendukkan adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak.
25 April 2008
Muffin Coklat Cip
---------------<>---------------
Tak perlu susah tak perlu risau. Kalau rasa teringin nak makan muffin, boleh cuba buat sendiri samada dari resepi-resepi sedia ada ataupun guna muffin mix mcm saya. Saya dah biasa dengan muffin mix nie so saya stick kepada yang ini saja. Bagi saya memang mudah untuk menyediakannya malah yang lebih penting ia sedap dan menjimatkan masa. Kepada sesiapa yang ingin mencuba muffin mix ini, boleh dapatkan di kedai menjual barang-barang bakeri [alamat seperti di bawah]. Bukan setakat muffin mix sahaja, malah macam-macam tepung segera anda boleh dapatkan juga di situ. Ada juga bahan-bahan yang harganya murah berbanding tempat lain.
::
My Choice Trading, 14 Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Tel : 03 5510 4198
03 April 2008
Senang punya kerja..
Muffin Orange Poppyseed nie memang wangi bila dibakar. Saya letak ekstra parutan kulit oren untuk menambahkan aroma kewangiannya. Memang sedap kalau makan muffin nie dengan secawan teh atau kopi.
Saya menggunakan resepi mudah dan simple. Beli je muffin mix kat kedai.
Bahan tambahan yang diperlukan ialah
3 biji telur
125 gm air [tetapi saya tukar kepada susu segar]
155 gm minyak jagung
Satukan tepung muffin mix dengan telur dan air. Kacau sebati kemudian tuang minyak perlahan-lahan.
Kacau sehingga adunan sebati dan sedia untuk dibakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit.
